KRONOLOGI HINGGA KE PENERIMAAN CCC MASJID
AL-UMM
(Fikrah Bangi: 21)
BBB, 29 Muharram 1440H. = 09 Oktober 2018M.
(Selasa)
Untuk beberapa hari ini pihak Masjid Al-Umm
sebok dengan urusan bagi penyerahan dan penerimaan rasmi bangunan Masjid Al-Umm
selepas menerima CCC pada Khamis 24
Muharram 1440H. – 04 Oktober 2018 di Tingkat 6, Bangunan Selatan JAIS pada petang hari tersebut. Syukur kepada Allah di atas kelulusan CCC. Penyerahan
akan dilakukan oleh pihak kontrektor, iaitu Tekad Nusantar Sdn. Bhd. kepada
pihak JAIS dan dari JAIS kepada Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid
Al-Umm, iaitu pada petang Khamis 02 Safar 1440H. bersamaan 11 Oktober 2018 di
Masjid Al-Umm. Ianya merupakan puncak dari segi pembinaan Masjid Al-Umm.
Pembinaan Masjid Al-Umm sesungguhnya memakan
masa yang agak lama, ianya memakan masa 10 tahun bermula dari peringkat
persediaan dan pembinaan. Kronologi penting adalah sebagaimana berikut:
a) Peringkat Persediaan
·
Selepas ADUN
Bangi memenangi pilihanraya ( Mac 2008) yang dia juga menjadi Pengerusi Surau
Al-Umm, meminta Setiausaha Surau Al-Umm Tuan Haji Hussin Yunos menulis surat memohon digezetkan tapak bagi Masjid Al-Umm.
Permohonan diluluskan oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim pada 01 September 2009.
·
17 November
2009 surat dari JAIS, tiada halangan untuk mendirikan masjid.
·
04 Februari
2010 diadakan mesyuarat bagi membentuk jawatankuasa pembinaan Masjid Al-Umm. 30
oang wakil-wakil surau-surau keliling
Masjid Al-Umm hadir. Jawatankuasa dibentuk dipengerusikan oleh ADUN Bangi.
·
10 Februari
2012 mendapat kebenaran dari MAIS memungut derma. 10 orang ditauliahkan
·
19 Mei 2012
ADUN Bangi melancarkan Tabung Derma bagi
Masjid Al-Umm Sejumlah RM150,000 dapat dipungut. Ianya menjadi induk bagi
perbelanjaan bagi pembinaan Masjid Al-Umm.
·
06 Januari
2013 lawatan YAB Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid bin
Ibrahim melawat Tapak Masjid. Beliau berjanji
kerajaan Negeri Selangor akan menderma RM6 juta, apabila derma dapat dipungut
sejumlah sedemikian.
·
04 Disember
2013 plan arkitek diluluskan oleh pihak MPKj yang melayakkan untuk pembinaan.
b) Peringkat Pembinaan Fizikal
·
10 Disember
2013, `Masuk Tapak` bermaksud, kontrektor – Tekad Nusantara memulakan pembinaan
fizikal Masjid Al-Umm.
·
Kewangan pada
permulaan pembinaan iaitu akaun pada 31 Disember 2013 ialah RM2,641,102.35. Ia
adalah dari sumbangan orang ramai.
·
02
Januari 2014 penetapan Kiblat oleh pihak
JAIS (Mufti Selangor). Dilakukan oleh Dato` Dr. Haron Din secara jemputan.
Belum dilantik menjadi Penaung.
·
09.9.2016
Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan derma kepada Masjid Al-Umm, disampaikan
oleh YB Dato` Seri Azmin Ali Menteri Besar Negeri Selangor menerusi Dato` Dr.
Haron Din Penaung Masjid Al-Umm di Masjid al-Hasanah.
·
14.12.2017
mendapat kelulusan CPC dari pihak Aekitek Majubina Sdn. Bhd.
·
16.12.2017 (Sabtu) mula menggunakan Masjid Al-Umm sempena
menyambut Maulid al-Rasul pada hari tersebut (27 Rabi`ul-Awwal 1439H.). Bermula
dengan solat Zohor dan berterusan dengan solat-solat waktu seterusnya.
·
04 Oktober
2018 bersamaan Khamis 24 Muharram 1440H. mendapat CCC dari pihak MPKJ-JAIS-PAID
di Tingkatan 6, Bangunan Selatan JAIS.
·
11 Oktober
2018 bersamaan 2 Safar 1440 formaliti upacada penyerahan Masjid Al-Umm dari
Kontrektor kepada JAIS dan dari JAIS kepada Jawatankuasa Pembinaan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm.
·
12 Oktober
2018 bersamaan 03 Safar 1440H. Insya Allah akan bermula solat Juma`at di Masjid
Al-Umm.
·
Kos
keseluruhan pembinaan ialah RM21 juta.
DemikianlahKronologi ringkas persediaan dan
pembinaan Masjid Al-Umm yang memakan masa 10 tahun.
Sekian.
No comments:
Post a Comment