MEMPERBAIKI KELEMAHAN DARI SOLAT JUMA`AT
PERTAMA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 31),
BBB, 10
Safar 1440H. = 19 Oktober 2018M. (Juma`at):
Bersyukur kepada Allah, kerana setelah melalui
tahap persediaan dan tahap pembinaan yang tiap satunya memakan masa 5 tahun,
akhirnya pada 4 Oktober 2018 Masjid Al-Umm menerima CCC, didaftarkan dan dapat mendirikan solat Juma`at pertama di
Masjid Al-Umm, iaitu pada Juma`at 12 Oktober 2018 bersamaan 3 Safar 1440.
Sebelum mengadakan solat Juma`at pertama ini
gotong royong bagi persediaan Juma`at diadakan pada Ahad sebelumnya (7 Oktober)
dengan menumpukan kepada persiapan luar dan dalam dan kebersihan secara
menyeluruh dan pada pagi Juma`at pertama sekali lagi membersih dan menghampar carpet
dan sejadah di dalam dan di luar. Walau bagaimana bila diadakan Juma`at kali
pertama, iaitu pada 12 Oktober disedari banyak kelemahan yang perlu dibaiki.
Antaranya:
a) Lalulintas –Guna Khidmat RELA
Kelemahan bagi Masjid Al-Umm ialah kekurangan
tempat parkir. Tempat parkir di dalam kawasan masjid hanya terdapat 51 ruang
parkir rasmi, tetapi jika disusun secara teratur dapat menuatkan sekadar 80 buah
kenderaan. Maka bagi kenderaan yang lain terpaksa parking di Medan Usahawan
berdepan masjid yang menjadi parkir awam. Selain daripada itu parkir dilakukan
di bahu-bahu jalan ke masjid di Jalan 1/3K, Jalan ¼, 1/4A, jalan ke sekolah dan
jalan dari Surau Damai ke sekolah. Setakat ini tempat parkir dapat menampung
kenderaan yang datang. Bagi mengawal kenderaan yang keluar masuk dan parking,
khidmat RELA digunakan. Setakat ini sejumlah 8 tenaga RELA digunakan bagi
menjaga lalulintas. RELA juga akan memperkemaskan lagi kaedah kawalan.
b) Masalah Kebisingan
Masjid Al-Umm berdekatan dengan Sekolah Rendah
Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi. Mereka ini memberi faedah
kepada masjid bagi meramaikan jama`ah dan kegiatan pendidikan. Bagi pertama
kali ini jama`ah dari Bandar Baru Bangi
adalah ramai dan memenuhi ruang masjid,
sama ada bahagian sayap kanan dan kiri dan juga bahagian atas. Jumlah melebihi
2,500 orang. Mungkin antara mereka sengaja datang kerana ini Juma`at pertama
Masjid Al-Umm an mereka mau tau tentang masjid baru dan keselesaan yang ada
padanya. Masalah yang dihadapi ialah kebisingan pelajar-pelajar sekolah,
walaupun sudah ditentu pihak yang mengawal, pengawal-pengawal memakai vest, tetapi
setengahnya terlepas ke atas dan tidak terkawal. Mereka disetujui ditempatkan
disayap kanan masjid dengan diawas oleh pengawas-pengawas dan juga dari kalangan guru mereka.
c) Ruang Solat
Setakat ini ruang solat yang digunakan ialah
Ruang Solat utama yang di dalamnya dapat memuatkan sebanyak 1,500
jama`ah
Sayap kanan 500
Sayap kiri 500
Ruang Legar 800
Setakat ini Ruang Serbaguna aras bawah tanah yang dapat
memuatkan 800 jama`ah belum digunakan. Tetapi jika sekiranya ruang-ruang yang
digunakan sekarang tidak mencukupi, maka ruang bawah tanah ini kemungkinan akan
dibuka. Bahagian di bawah ini disediakan alat TV yang dapat diikuti khutbah dan
pengajaran pada ruang utama.
Diminta mempastikan kemasukan makmum ke ruang
kosong dan tidak segera takbir selepas
iqamah sebelum ruang kosong dipenuhi dan
mereka yang di luar sempat masuk dan dapat bersama berjama`ah. Khutbah
diminta agar dipancarkan ke luar agar
dapat diikuti oleh kalangan ibu dari rumah mereka, khususnya yang berdekatan.
Seeloknya sebelum solat diperdengarkan
ayat-ayat Al-Qur`an sama ada secara life atau rakaman.
e) Petugas-Petugas
Mereka adalah sekarelawan yang datang
bergotong royong membersih masjid, menghampar carpet dan sajadah. Mereka juga
akan menyimpan carpet dan sejadah yang
digunakan pada hari Juma`at ke dalam stor.
f) Pungutan Derma
Ialah dengan menggunakan peti kecil bergerak.
Wang yang dipungut diminta dikira pada hari yang sama. Jumlah dapatan hendaklah
dipaparkan pada papan kenyataan – termasuk pendapatan harian.
Akhirnya, pihak AJK akan memperbaiki keadaan
dari masa ke semasa sehingga ke peringkat memuaskan – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment