MASJID AL-UMM MEMULAKAN SOLAT JUMA`AT 12 OKTOBER 2018
(Fikrah Bangi: 17):
BBB, 24 Muharram 1440H. = 04 Oktober 2018M.
(Khamis):
Bersyukur kepada Allah, kerana pada Juma`at 12 Oktober 2018 bersamaan 3 Safar 1440
pihak Masjid mendapat kebenaran dari JAIS bagi mendirikan solat Juma`at
pertamanya. Ini berikutan dari
pengeluaran CCC yang diputuskan di dalam mesyuarat di JAIS pada petang hari ini (4
Oktober).
Beberapa orang Jawatankuasa Pembinaan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm, iaitu Dr. Shafie Abu Bakar selaku Pengerusi
Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm,
Ir. Tuan Haji Ishak Arshad selaku Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Hussin
bin Yunos selaku Bendahari dan Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar selaku Pemangku
Setiausaha dijemput hadir ke Mesyuarat Berkaitan Pembangunan Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi pada 4 Oktober 2018
bersamaan 24 Muharram 1440 bertempat di Bilik Mesyuarat Haji Ali, Jabatan Agama Islam Selangor,
Tingkat 6 Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Hadir ke
mesyuarat itu:
·
Y.A.D. Dato`
Haji Emran bin Haji Kadir, Timbalan
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) – Mempengerusikan mesyuarat.
·
Y.D.H. Dato`
Orang Kaya To` Ungku Maha Bijaya, Orang
Besar Daerah Hulu Langat, Tuan Abdul Jalil bin Dato` Abdul Rani.
·
Wakil dari
MPKj
·
Tuan Haji Mahyudin
bin Abu Bakar,
Pegawai Tadbir, PAID, Hulu
Langat.
·
En Mohd Azam
bin Azmi,
Penolong Pegawai Unit
Pembangunan JAIS.
·
Ustaz Mohd
Nazri bin Sabirin,
Ketua Unit Pembangunan
Masjid,
PAID, Hulu Langat.
·
Ustaz Hashim,
Pegawai Dari PAID
·
Ar. Tuan Raja
Fuaddin bin Raja Ahmad,
Arkitek Masjid Al-Umm.
·
Tetuan Safari
Ingineuers
Engineer Masjid Al-Umm
(Perunding)
·
Tuan Haji
Marzuki bin Haji Omar
Tekad Nusantara (Kontrektor).
Dato` Emran memulakan perbincangan dengan
menyatakan tujuan mesyuarat bagi membincangkan tentang pembangunan Masjid
Al-Umm.
Penulis sebagai Pengerusi Masjid Al-Umm
diminta memberi maklumat tentang Masjid Al-Umm. Masjid Al-Umm sudah siap 98%. Semua
sudah mendapat kelulusan termasuk dari bomba. Apa yang sedang dilakukan ialah membaiki
kerosakan-kerosakan kecil. Masjid sudah digunakan untuk solat waktu selepas
mendapat CPC sejak 14.12.2017. Hingga kini tiada masalah yang dihdapi. Kos
pembangunan RM21 juta, sudah dibayar RM19
juta dan baki RM2 juta sedang dibayar secara beransur. Memandangkan masjid
sudah siap dan mendapat kelulusan dari berbagai pihak Masjid memohon izin untuk
mendirikan solat Juma`at dalam masa terdekat. (Wakil MPKj mau dipastikan maklumat,
tapi belum tiba pada masa itu).
Penulis meminta Tuan Haji Ishak menambahkan
maklumat, Katanya, semua keperluan 21 borang telah dipenuhi termasuk plan tambahan telah
diangkat dan mendapat kelulusan. Kini menunggu kelulusan bagi CCC dari MPKj.
Dato` Emran menyatakan kita menunggu
kesampaian wakil MPKj. Sebenarnya kita mau tahu maklumat dari MPKj.
Kebenaran mendirikan Jumaat boleh diberi
jika pihak MPKj memberi akuan `Bangunan Layak Digunakan`, walaupun tanpa CCC.
Beliau menyebut banyak masjid di bawah jagaan beliau mendapat derma dari orang berada. Setengahnya mendapat
kelulusan penggunaan sedang dalam pembinaan.
Tuan Haji Hussin Bendahari memohon dari Dato`
Emran , jika ada pihak dermawan mau menderma, mohon disalurkan kepada Masji
Al-Umm. Beliau akan cuba melihatnya, katanya.
Pihak arkitek Raja Fuaddin dan Konterktor Tuan Haji Marzuki Haji Omar bercakap yang
mereka tidak ada halangan bagi mendapat kelulusan MPKj.
Dalam masa perbincangan Wakil MPKj tiba- agak lewat. Beliau menyampaikan salam Dato`
YDP MPKj dan memaklumkan semua perkara yang berhubung dengan Masjid Asl-Umm telah diluluskan. Kami mengucapkan
al-hamdulillah
Kata Dato` Emran, kalau dari awal kita dapat
tahu, tentu tak perlu mesyuarat panjang-panjang. Sebenarnya Surat untuk CCC telah tersedia. Tunggu
penurunan tarikh berkuatkuasa, iaitu pada hari ini.
Dengan kelulusan dibincangkan tarikh mula untuk
mendirikan solat Juma`at. Sebenarnya menurut aturan kata pihak PAID boleh dimulakan
mulai esok (Jumaat 5 Oktober), tapi oleh kerana perlu kepada penyerahan dan
penyebaran maklumat, maka dipersetujui tarikh mulai mendirikan Juma`at bagi
Masjid Al-Umm ialah pada 12 Oktober 2018 hadapan. PAID akan turun ke Masjid
Al-Umm bagi membuat penyerahan surat kebenaran mendirikan Juma`at pada Asar
petang Khamis 11 Oktober 2018.
Mesyuarat berakhir jam 3.30 petang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment