HARAPAN MENANG: MAHATHIR KEMBALI KE JAWATAN
PERDANA MENTERI
(Fikrah Bangi: 35)
BBB, 14 Safar 1440H. = 23 Oktober 2018M.
(Selasa):
Kepimpinan Pakatan Harapan bagi menghadapi
pilihanraya ke 14 menghadapi banyak cabaran. Antaranya:
·
PH tidak dapat selesai didaftarkan dan terpaksa dibubar
untuk penyusunan semula
·
Sikap Pas
yang dianggap parti terkuat di dalam menarik sokongan orang Melayu enggan
menyertai PH kerana tidak mau bersama antaranya
parti yang di dalamnya sering mengecamnya dan
parti yang dianggap derhaka kepadanya. Sebaliknya Pas dituduh
pengkhianat (BH. 4.1.2018: 1) dan dengan
kekuatannya Pas mampu berdikari dan bertanding bersendiri.
·
Berlaku
pergolakan di dalam PKR (UM, 26 April
2018: 1)
·
PH bertanding
menggunakan lambang PKR. Terpaksa membuat plan B, jika kemungkinan berlaku halangan
(Sinar, 14.3.2018: 1).
·
Fokus utama
ialah bagi menjatuhkan Dato` Seri Najib. Isu utama ialah 1MDB dan hutang negara.
Sementara itu pemilihan Dr. Mahathir sangat
dibimbangi oleh BN. Beliau yang yang
pada permulaan belum diketahui di mana beranding dibuat spekulasi kemungkinan
bertanding di Kubang Pasu kawasan
tradisinya di samping Langkawi. Serangan dilakukan terhadap Dr. Mahathir yang media pada masa itu masih dan (terpaksa
?) condong kepada kerajaan.
Berbagai
serangan terhadap Dr. Mahathir. Misalnya beliau dianggap calon kitar
semula (UM, 8.1.2018:1) bahkan
dikatakan, berlaku gelombang penolakan terhadap Dr. Mahathir (UM, 9.1.2018: 1).
Terdapat tuduh-tuduhan yang lebih berat yang tidak sesuai dipaparkan di sini.
Melihat kepada media cetak, akhbar-akhbar
biasa dan media letronik kerajaan (tv),
pada dasarnya kempen adalah normal bagai biasa sebagaimana
pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Adalah dijangka BN tidak mampu dikalahkan, walaupun kemungkinan mengalami
kekurangan dari segi kerusi. Namun adalah dikatakan bahawa `Orang Muda`
menjuarai kempen dengan menggunakan media baru. Mereka mempunyai rangkaian
jaringan yang meluas dan menyeluruh, lantaran itu dikatakan berlaku perubahan
menyeluruh. Revolusi senyap ini mendapat tempat dihati rakyat yang merubah
sokongan dari BN kepada PH.
Lantaran itu berlaku apa yang dinamakan
`Tsunami Rakyat` (Sinar, 10 Mei, 2018: 1).
Dan lahir istilah yang diberi kepada kerajaan
baru yang menguasai pemerintahan ,
``Suara Malaysia Baru Di Pentas Dunia``.
Sebelum daripada itu, Dr. Mahathir pada pagi
10 Mei 2018 mengisytiharkan `Harapan Menang dan kesal kerana kelewatan
pengumuman SPR (Sinar, 10.5.2016: 2).
Menurut Sinar,
``Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir
Mohamad menegaskan kemenangan berpihak kepada mereka, walaupun keputusan rasmi
PRU 14 lewat diumumkan malam tadi. Beliau yang kecewa dengan kelewatan
pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu berkata ketika sidang
media dibuat. Kemenangan Harapan didakwa jauh meninggalkan BN.`` (Sinar,
10.5.2018: 2).
Sememangnya keputusan rasmi kemudiannya
menunjukkan bahawa Pakatan Harapan memenangi sebanyak 113 kerusi, manakala BN
hanya memenangi sebanyak 79 kerusi, manakala Pas 18 kerusi, Warisan 8 kerusi,
manakala Bebas 3 dan Star 1.
Dari kemenangan itu timbul istilah baru yang
diberi kepada PH sebagai Suara Malaysia Baharu.
Dengan kemenangan itu Tun Mahathir mengangkat
sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi kali kedua. Metro mencatat:
``Selepas 15 tahun bersara, Tun Dr. Mahathir
Mohamad sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di
hadapan Yang Di Pertruan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara jam 9.56
malam tadi. Beliau melakar sejarah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali selepas partinya Pakatan Harapan
memenangi Pilihanraya Umum ke 14 kelmarin.`` (Metro, 11 Mei 2018: 1).
Dan dengan itu
`Sejarah Baru` trercipta di Malaysiayang membuka gerbang bagi Malaysia Baru.``.
Sekian.
No comments:
Post a Comment