UMNO, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA – TUNTUT
KESETIAAN AHLI
(Fikrah Bangi: 31):
BBB, 11
Safar 1440H. = 20 Oktober 2018M. (Sabtu):
Setelah berusia 61 tahun Umno mengalami
kekalahan pada pilihanya ke 14 dengan hanya mendapat 79 dari jumlah kerusi parlimen 222, ini
diikuti oleh sejumlah yang memenangi kerusi berkenaan meletak jawatan dan
keluar parti. Ibarat `Sudah jatuh ditimpa tangga`. Sudahlah kalah` Bekas presiden yang juga
Bekas Perdana Menteri diseret ke mahkamah berdepan dengan 25 pertuduhan (Sinar,
21 September 2018: 1, 2 & 3).
Meskipun Dato` Seri Najib tidak lagi memimpin
Umno, namun memberi kesan terhadap imej
Umno. Dengan ketiadaan Najib, Umno diharap dapat dipulih kembali di bawah
pimpinan presiden baru yang dilantik menggantinya, iaitu Dato` Seri Zahid Hamidi, malangnya Zahid juga turut
terseret ke mahkamah dengan 45 tuduhan (TV
1, 18.10.2018).
Sebagai Presiden kepada Umno yang sedang giat
bersama pemimpin-pemimpin yang lain memulihkan Umno, tentulah kemelut yang dialami
oleh Zahid yang dalam proses pengadilan termasuk Najib memberi kesan kepada
usaha pemulihan Umno. Inilah ujian besar yang dialami oleh kepimpinan yang
mengalami jatuh bangun. Sebagai contoh Burhanuddin
Hilmi pemimpin Pas peringkat awal merengkok dalam penjara dan kesan dari
penderitaan yang dialami membawa kepada kematiannya. Ahmad Boestamam pemimpin
radikal (memimpin API, PUTERA dan PKMM) merengkok berlamaan dalam penjara yang
disifatkan `Malam Memanjang dan berada di dalam neraka !). Tidak kurang contoh
apa yang dialami Anwar sendiri yang
keluar masuk penjara. Pejuang sejati lebih banyak mengalami derita dari balasan
nikmat perjuangan. Ramai lagi contoh
pejuang yang berjuang memerdekakan tanahair. Sejarah mengadili
pejuang-pejuang.
Umno sedang mengalami ujian yang pahit. Kita
simpati dengan parti tertua dan banyak berjasa bagi kemerdekaan tanahair,
pembangunan bangsa, negara dan agama.
Kebanyakan parti yang ada adalah pecahan dari Umno seperti Semangat 46 (pupus),
Usno di Sabah (Pupus), PKR dan Bumiputra Bersatu. Umno tidak seharusnya dibiarkan
mati beragan. Semua pihak tidak sepatutnya
bergembira melihat penderitaan yang dihadapi Umno sebagai sebuah parti
induk. Sejarah gemilang , sebagai parti
kanan perlu dipertahan.
Pendukung-pendukung Umno yang lebih banyak menerima nikmat dari Umno
tidak seharusnya membiarkan umno kepupusan. Yang bertindak keluar parti setelah
mendapat nikmat daripadanya boleh disifatkan bukan saja tidak mengenang jasa tetapi
sebagai penderhaka.
Walau bagaimana di dalam kemelut yang dihadapi
Umno ada penegasan yang diberi oleh pemimpin pelapis. Mereka seperti:
Muhammad Hassan Timbalan Presiden Umno
Dr. Noraini Ahmad Ketua Wanita Umno
Ashraf Wajdi Dusuki Ketua Pemuda Umno
Dr. Maslina Harun Exco Pergerakan Puteri Umno
Seluruh kepimpinan Umno Selangor yang memberi
komitmen berdiri teguh dengan kepimpinan Umno. Begitu juga Umno dari
negeri-negeri yang lain.
Jika
dalam enam dekad, kepimpinan Umno dan ahli lebih banyak menerima nikmat,
maka kini Allah menguji di atas
kelalaian dan kealpaan selama ini. Ruang bagi pembaikan, transformasi, inovasi
terbuka luas bagi pemimpin-pemimpin pelapis.
Umno menunggu kepimpinan kreatif, inovatif dan dedikasi bagi memimpin `Kebangkitan Kedua Umno` – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment