MESYUARAT J/K MASJID AL-UMM DENGAN PENGERUSI-PENGERUSI
SURAU
(Fikrah Bangi: 41)
BBB, 19 Safar 1440H. = 28 Oktober 2018M.
(Ahad):
Berikutan dari kelulusan CCC Masjid Al-Umm pada
4 Oktober 2018 dan pendaftaran Masjid di JAIS pada 10.10. 2018 yang melayakkan
Masjid Al-Umm beroperasi secara rasmi dan Masjid Al-Umm telah mendirikan solat
Juma`at mulai pada Juma`at 12 Oktober 2018, maka seterusnya pihak PAID meminta
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm mengadakan pemilihan
Jawatankuasa secara rasmi tidak lewat dari
14 Oktober 2015. Masjid Al-Hasanah menangguhkan pemilihan pada 13
Oktober, kerana menunggu persempadanan rasmi antara Masjid Al-Umm dan Masjid
Al-Hasanah. Persempadanan diketahui secara rasmi dari JAIS pada 23 Oktober
2018. Persempadanan adalah berdasarkan belahan menurut jalan dari Bulatan UKM
ke taraffic light dekat Pejabat Daerah ke Jalan Reko, kekanan dan masuk ke
Bulatan ke UKM. Semua surau dalam lengkongan tersebut adalah di bawah Masjid
Al-Umm, iaitu sebanyak 23 buah surau, manakala pada sebelah kiri termasuk di
bawah Masjid Al-Hasanah.
Surau-surau di bawah Masjid Al-Umm ialah:
1) Al-Amin
2) Al-Ikhlas 3) Al-Nur 4)
Jubli Perak 5) Al-Kauthar
6) Al-Ittihad 7) Al-Islah 8)
Al-Ehsan 9) Al-Madani 10) Al-Munawwarah
11) Abdul Rahman Ibn
`Auf 12) Al-Ikhwan 13) Bangi Perdana 14) Nor Idaman
15) Al-Mawaddah 16) Al-Sabah 17) Al-Raudhah 18) Pusat Islam
19) Al-Mahabbah 20) Al-Hidayah 21) Al-Syakirin 22) Al-Ukhuwwah
23) Damai.
Adalah diharapkan sebaiknya semua wakil surau
terpilih ke dalam jawaankuasa Masjid Al-Umm bakal dilantik.
Sebagai masjid baru, masa yang diberi kepada
Masjid Al-Umm adalah terlampau singkat, masjid Al-Hasanah memilih tarikh baru
untuk pemilihan ialah pada Ahad 11 November 2018, maka hari pemilihan bagi
Masjid Al-Umm tiada pilihan, melainkan pada Sabtu 10 November 2018. Untuk
pemilihan hari minggu adalah terbaik. Bagi Masjid Al-Umm hari pemilihan adalah Sabtu 10 November 2018. Hari berikutnya pemilihan di Masjid
Al-Hasanah (11 November). Hari bekerja tidak sesuai bagi hari pemilihan..
Bagi
berkenalan dengan pengerusi-pengerusi surau-surau di bawah Masjid Al-Umm
dan juga membincangkan persoalan pemilihan Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm menjemput Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan pengimarahan Masjid
Al-Umm dan pengerusi-pengerusi surau-surau di bawah Masjid Al-Umm atau wakil-wakil
hadir ke Mesyuarat di Masjid Al-Umm yang butirnya :
Tarikh:
Ahad 28 Oktober 2018 (19 Safar 1440).
Masa: 10,00 pagi
TempatL
Bilik Mesyuarat Masjid Al-Umm
(Aras Satu).
Al-Hamdulillah mesyuarat pada pagi ini
dihadiri oleh semua pengerusi-pengerusi surau atau wakil mereka.
Pengerusi
Majlis memaklumkan kepada pengerusi-pengerusi atau wakil-wskil tujuan jemputan,
iaitu bagi memaklumkan persempadanan dan
tarikh Mesyuarat pemilihan. Sebelum daripada itu pengenalan pengerusi atau wakil diadakan. Demikian juga
dimaklumkan jumlah ahli kariah yang telah didaftarkan sebelumnya dan peluang untuk pertambahan ahli kariah boleh
dilakukan sebelum tarikh pemilihan.
Pada mesyuarat itu sengaja dijemput Tuan Haji
Kamaruddin Mohamad Setiausaha Masjid Al-Hasanah yang berpengalaman mengenai
urusan pemilihan bagi menerangkan kaedah yang biasa dijalankan di Masjid Al-Hasanah selama ini. Beliau
memberi penerangan kaedah pemilihan dan
persediaan yang perlu dilakukan.
Antara persetujuan yang diambil, pihak
pengerusi-pengerusi surau bersetuju membekalkan nama mereka yang difikir layak
menganggotai jawatankuasa yang bakal dipilih. Mereka diminta hantar nama-nama kepada pejabat
Masjid Al-Umm sebagai panduan pengundian. Mereka juga bersetuju cara memilih
ialah secara pangkah pada borang danbukan secara angkat tangan. Pengendalian
pemilihan akan dilakukan oleh PAID dan JAIS..
Sekian,
No comments:
Post a Comment