SEMINAR: MASJID AL-UMM DARI SEGI SENIBINA
(Fikrah Bangi: 39)
BBB, 16 Safar 1440H. = 27 Oktober 2018M.
(Sabtu):
Pagi ini akan berlangsung Seminar Bulanan
Masjid Al-Umm bagi bulan Oktober 2018 mulai jam 10.00 pagi bertempat di Bilik
Seminar, Tingkat Satu, Masjid Al-Umm. Pembentang kertaskerja adalah architect
bagi Masjid Al-Umm, iaitu Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad yang tinggal di
Seksyen 2, berdekatan dengan Masjid Al-Umm. Syarikatnya ialah Syarijat Majubina
Sdn. Bhd. yang berpejabat Induknya di Perlis (Beliau orang Perlis).
Senibina bagi sesebuah bangunan adalah
penting, kerana ia adalah menjadi asas bagi pembinaan. Paling tidak, walau
binaan secara kecil, perlu ada rangka di dalam minda pihak yang membina. Bagi
sebuah bangunan seperti Masjid Al-Umm peringkat menyediakan plan bagi seni
bina, biasanya memakan masa untuk disiapkan. Menyediakan plan seni bina seperti
Masjid Al-Umm yang berada di dalam lokasi perbandaran adalah wajib sebelum
dilakukan pembinaan. Adalah satu kemestian plan disiapkan dan dihantar dan
diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi Masjid Al-Umm.
Bagi Masjid Al-Umm sejak dari diwujudkan
Jawatankuasa Pembinaan pada 4 Februari 2010 telah dikenalpasti pihak yang diamanahkan dari segi menyediakan
plan pembinaan, iaitu Tuan Nasai, tetapi beliau yang ditunjuk tanpa hadir ini
tidak pernah datang mesyuarat. Dalam mesyuarat-mesyuarat –mesyuarat berikut
pihak AJK diperkenalkan dengan beberapa orang yang menjadi jama`ah Surau Damai
(berdekatan Masjid Al-Umm) yang difikirkan dapat membantu bagi pembinaan
Masjid, seorang dariipadanya ialah Ar. Tuan Raja Fuaddin yang tinggal di
Seksyen Dua, Bandar Baru Bangi di samping lagi seorang pegawai Tadbir (Mantan
Pendaftar UPM, iaitu Tuan Haji Mohd. Kalok bin
Latiff yang juga tinggal di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
Ybhg. Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad dibawa
masuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm secara jemputan. Dari catatan
menunjukkan bahawa beliau menganggotai Ahli Jawatankuasa pada akhir 2011, Buat
kali pertama beliau mempamerkan plan arkitek bagi Masjid Al-Umm pada hari
Pelancaran Derma bagi Masjid Al-Umm yang dilancarkan oleh Adun Bangi pada 19
Mei 2012 dan sekali lagi beliau mempamerkan plan architecture bagi Masjid
Al-Umm pada hari Pecah Tanah bagi Masjid Al-Umm yang dilakukan oleh Dato`
Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 6 Januari
2013 yang di dalam ucapannya menjanjikan derma sebanyak RM6 juta itu. Plan yang dipamerkan adalah plan dalam
peringkat permulaan dan masih diperhalusi dan diperbaiki di dalam
mesyuarat-mesyuarat. Dalam kata lain plan adalah banyak berlaku perubahan.
Sebagai contoh hasil dari mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan dengan arkitek,
kontrektor dan consultant-consultant (sebelum tertubuhnya Jawatankuasa Teknikal
pada Ogos 2013 dan mulai bermesyuarat
pada awal 2014) ditambah ruang bawah tanah menjadi aras bagi konvensyen dan
pelbagai guna, juga berlaku perubahan pada kubah, menara dan banyak lagi
sehimgga dikatakan perubahan berlaku sebanyak 62%.
Tuan Raja Fuaddin seorang yang komited dengan
tugas dan amat sabar dengan karinah
pengkritik yang sering menghentamnya. Adalah menjadi target Ahli jawatankuasa
mau memulakan pembinaan fizikal Masjid Al-Umm, tidak kurang dari setahun selepas Pecah Tanah yang
dilakukan oleh Dato` Menteri Besar Selangor (6 Januari 2013), ertinya paling
lewat pada akhir tahun 2013 tersebut. Ini bererti plan arkitek perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu. Walau
bagaimana untuk diangkat kepada MPKj
plan hendaklah benar-benar sempurna, supaya tidak ditolak apabila diangkat.
Lantaran itu perbincangan jawatankuasa di dalam mesyuarat-mesyuarat memberi
tumpuan kepada penyiapan plan di samping soal kewangan. Setelah puashati plan
baru diangkat pada pertengahan 2013.
Walau bagaimana plan yang dihantar tidak mudah mendapat kelulusan. Tuan Raja Fuad terpaksa turun naik
ke Pejabat MPKj bagi mengetahui perkembangan sehingga pada satu peringkat,
pihak Pengerusi dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm terpaksa membuat
temujanji dengan YDP MPKj dan kakitangan yang berhubung dengan plan berbincang
mengenai kelulusan plan. Dalam perbincangan kelihatan tak banyak lagi perkara
yang perlu diperbaiki, tetapi ianya memakan masa yang lama untuk mendapat
kelulusan. Pihak AJK membuat rancangan untuk memulai pembinaan pada 10.12. 2013
setelah mendapat maklumat kelulusan plan secara tidak rasmi. Tarikh sebenarnya
plan diluluskan ialah pada 4.12.2013.
Berasaskan plan arkitek yang diluluskan maka pembinaan dimulakan pada
10.12.2013.
Plan architect
.... bersambung.
Sekian.
No comments:
Post a Comment