MEMAHAMI
KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
(Fikrah Bangi:
33):
BBB, 12 Safar 1440H. = 21 Oktober 2018M.
(Ahad):
Pemrintahan negara selama ini (61) tahun sejak
kemerdekaan (1957) adalah dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) yang di dalamnya
terdapat berbelas parti politik bergabung membentuk BN yang mendominasi pemerintahan selama ini,
tetapi kejutan berlaku dengan keputusan pilihanraya pada 9.5.2018 apabila
parti-parti yang menentang BN yang dikenali dengan Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihanraya dengan PH memenangi 113 kerusi dan BN 79.
(Perubahan berlaku dari segi jumlah, kerana berlaku lompat parti dan perletakan
jawatan).
PH adalah baharu, diwujudkan bagi mendepani
pilihanraya (Mei, 2018). Tetapi di dalam PH terdiri dari gabungan parti yang
lama dan baru. DAP komponan utama bersama PKR sudah wujud seusia dengan
Malaysia. Parti ini memperjuangkan demokrasi bagi semua rakyat, tanpa mengira
kaum, manakala PKR relatifnya baru,
ditubuhkan dari gerakan penyokong yang membela Anwar Ibrahim yang terpenjara
kerana `Kes Liwat`. Penyokong berhimpun di Hotel Rannaisance, Kuala Lumpur
pada 4 April 1999. Perhimpunan dirasmikan
oleh Wan Azizah Ismail, Isteri Anwar Ibrahim.
Pada hari itu tertubuhlah PKR dan
bermulanya pendaftaran ahli. Parti Keadilan Rakyat, sebagaimana nama parti,
iaitu Keadilan Rakyat bertujuan menuntut keadilan, terutama terhadap Anwar.
Nama ini – Tuntut Keadilan terus sesuai
sebagai motto parti yang berjuang bagi
menuntut keadilan rakyat secara berterusan.
Sebuah lagi parti, ialah parti Amanah Negara,
parti ini adalah belahan dari Pas. Satu kelompok – antaranya intelektual dan
professional yang tidak berpuashati
dengan kepimpinan Pas yang dianggap konservatif dan tidak mau meneruskan penyertaan di dalam
Pakatan Rakyat (Pendekatan dirintis oleh Dato` Fadzil Nor), menyebabkan golongan
ini berpisah dan menubuhkan parti yang dinamakan Amanah Negara pada 16 September 2015 diketuai sebagai
Presiden ialah Mat Sabu dan Timbalannya Salahuddin Ayob.. Satu kumpulan lagi
yang membawa tertubuhnya Parti Bumiputra Bersatu, ialah diakibatkan oleh
penyingkiran Mahyuddin Yassin dari Timbalan Perdana Menteri dan Umno yang
menyebabkan Mahyuddin bergabung dengan Mahathir yang amat anti Najib dan tidak bersetuju dengan kepimpinan
Najib, membawa kepada penubuhan Parti Bumiputra Bersatu. Sehingga kepada hampir
pilihanraya parti ini masih menguruskan pendaftarannya.
Sebuah parti lagi yang asalnya bersama dengan
Pakatan Rakyat dan bekerjasama sejak pilihanraya 1999 dan makin meningkat
sekongan terhadapnya oleh semua kaum (meningkat dalam pilihanraya 1999, 2008 dan 2013) ialah Pas.
Pas mempunyai kekuatan di dalam menarik sokongan orang Melayu. PH amat berharap
agar Pas bersama dengan PH, kerana
pengaruh kuatnya di dalam menarik undi Melayu, namun Pas yang tidak
sebulu dengan Dap, kerana dianggap pemimpin parti itu sering menyelar Pas dan
kepimpinan dan Pas juga menyelar sama Dap, menyebabkan Pas membuat keputusan
memasuki pilihanraya Mei 2018 bersendirian. Selepas itu Pas mulai berbaik
dengan Umno yang mencetus berbagai spekulasi, bahkan kepimpinan Pas menyatakan,
``Pas mau Najib Kekal` (Sinar, 3.1.2018: 1) . Selain dari Mahyuddin disingkir
dari Umno, turut disingkir ialah Shafie Afdhal Menteri Pembangunan Luar Bandar
yang mewakili Sabah di dalam Umno. Shafie menubuhkan parti Warisan di Sabah
yang akhirnya mengatasi majoriti BN di Dewan Undangan Negeri Sabah dan
menguasai Sabah. Kesilapan Najib menyingkir Mahyuddin dan Shafie Afdhal
mengurangkan sokongan terhadapnya.
Dengan kemarahan rakyat terhadap Najib dan BN,
khususnya isu GST dan peningkatan kos hidup menyebabkan rakyat membuat
keputusan mengalahkan BN dan memberi kemenangan PH memerintah.
Pas
sebagai sebuah parti yang kuat dan berpengaruh terutama di kalangan
pengundi Melayu dapat meningkatkan
sokongan dengan mengusai pemerintahan di Kelantan dan Terengganu dan hampir-hanpir
menguasai negeri Kedah yang majoriti masyarakatnya Melayu dan teguh dengan pegangan
keislaman. Walau bagaimana Pas yang semasa bersama di dalam Pakatan Rakyat dulu
telah bertapak di negeri-negeri Pantai Barat dengan sokongan bukan Melayu dan
bukan Islam mengalami kekurangan sokongan
di negeri-negeri yang dahulu Pas mulai bertapak seperti di Selangor,
Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Johor, Melaka,
Perlis dan Pulau Pinang.
Pakatan Harapan telah menang. PH telah
memerintah 5 bulan, kita masih kabur dari segi falsafah kenegaraan PH, arah
yang dituju, visi dan misi PH. Walaupun banyak janji yang dibuat, banyak dari
janji diakui tidak dapat dilaksanakan.
Bagi memahami Kerajaan PH tidak dapat dilihat
pada janji-janji sahaja, tetapi hendaklah dilihat dan dinilai apa yang telah dan sedang dilakukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment