August 31, 2019

MERDEKA BERILMU DAN BERPERADABAN


MERDEKA: BERILMU BERPERADABAN
(Fikrah Bangi:  333),
BBB: 30 Zulhijjah 1440H. = 31 Ogos 2019M. (Sabtu).
Hari ini adalah hari ke 62 ulangtahun Kemerdekaan-Kebangsaan (Merdekabangsa). Sempenanya diadakan sambutan di berbagai tempat yang puncaknya adalah sambutan di Putrajaya. Sambutan dengan Pemeriksaan Kehormat pasukan  keselamatan oleh DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan ucapan ikrar rakyat pihak Pentadbir Tertinggi Negara adalah upacara hormat  rakyat terhadap Raja dan Negara disertai pembacaan Rukun Negara dilafazkan. Kemudian diikuti dengan perbarisan dari pihak tentera, pertahanan awam,  pentadbiran, berbagai agensi dan kepelbagaian di hadapan Yang Dipertuan Agong, para kabinet dan berbagai kalangan masyarakat.
Semua di atas adalah merupakan sambutan yang mempamerkan lambang kehebatan infra-struktur kedaulatan Negara Merdeka – Negara Malaysia.
Kemerdekaan sebenar seharusnya cerminan Keilmuan dan Peradaban  (Ilmuadab) yang dicapai.
Dari usia Merdekabangsa selama 62 tahun lebih dari cukup untuk dinilai sebagai cerminan masa depan. 62 tahun usia matang yang mencerminkan watak, imej, identiti dan jatidiri negara bangsa. Yang berilmu tidak menafikan sejarah kesilaman yang dilalui, kerana itulah asas tempat tegak dan darinyalah jatuh bangun negara bangsa dari kesilaman dan kekinian. Adalah satu kebongkakan bagi generasi yang merendah dan mengecam terhadap kesilaman dan sejarah yang lalu bagi membina kononya `Zaman Baharu` atau `Malaysia Baru`. Jika demikian ianya adalah cerminan  watak Setenggang yang tiada jatidiri dan tiada peribadi – Tiada peradaban.
Walau apapun sifatnya moyang pejuang, tidak semestinya yang berada pada pihak yang memegang tampuk pemerintahan, tetapi ramuan dari keseluruhan telah berjaya menegakkan rupajiwa sejarah negara merdekabangsa. Kredit keutamaan adalah kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dilihat sebenarnya amat banyak jasa dan kreativiti politiknya yang menjadi legasi perjuangan kemerdekaan tanahair dan pembinaannya . Di samping beliau ramai lagi tokoh dan watak yang sewajarnya dibariskan bersama dalam perjuangan kemerdekaan tanah air. Pada peringkat Semenanjung termasuklah Dato` Onn Ja`far, Tun Razak, Tun  Dr. Ismail, Tan Cheng Loke, Leong Yu Koh, sinavasagam dan beberapa lagi, manakala mereka yang tidak berada pada pihak yang memerintah seperti Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin Hilmi, Zulkifli Muhammad dan yang lain. Manakala pada peringkat negeri Sabah dan Sarawak seperti Tun Fuad Stephen, Tun Mustafa, Tan Sri Jugah anak Biring, Tun Abdul Rahman Ya`kob, Tun Abang Uping dan beberapa lagi yang nampaknya tidak diberi kedudukan sewajarnya di dalam pembentukan Malaysia.
Sambutan Merdekabangsa seharusnya tidak bersifat ulangan pesta-pestaan semata-mata, tetapi bergarispanduan bagaimana rangka meningkatkan keilmuan berterusan bagi semua lapisan generasi menjadikan mereka rakyat yang sementiasa dibekal dan mempertingkatkan ilmu melalui saluran-saluran yang releven kepada mereka. Generasi juga dibekal dengan keilmuanb sains, teknologi dan komunikasi khususnya bagi generasi muda dan pelajar. Mereka juga dibekalkan dengan keilmuan yang berhubung dengan ekonomi, perusahaan dan perdagangan. Bila terlibat dengan sektor—sektor berkenaan mereka maju dalam lapangan-lapangan berkenaan.
Generasi juga diasuh dengan ciri-ciri kreativiti dan inovasi yang menjadikan mereka kreatif dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.
Pendek kata dengan keilmuan menghasilkan berbagai-bagai jaring keilmuan, pekerjaan, perusahaan, pentadbiran, komunikasi dan perhubungan yang memajukan rakyat dan negara.
Warga negara di dalam negera merdeka, tidak saja dibina secara keilmuan rasional, kreatif dan inovasi, tetapi  serentak dengan itu mereka dididik melalui pendidikan negara tentang nilai kepercayaan agama, menjaga nilai budi dan adab sopan, mengamalkan etika, adab dan akhlak dengan ibu bapa, keluarga, teman, rakan sekerja,  dengan jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Nilai-nilai dapat dihayati dari pengajian agama, pendidikan melalui masjid surau dan kehidupan keluarga.
Nilai kasih sayang adab dan rasa kemanusiaan juga dapat dipupuk melalui nilai budaya dan seni yang hidup di tengah masyarakat dan nilai-nilai seni budaya ini  seharusnya dipandang mulia  dan didukung menjadi identitti dan jati diri.
Berilmu dan Berperadaban diharap menjadi tonggak identiti,  jatidiri, jiwa  dan rupabangsa Malaysia.
Sekian.

August 30, 2019

KENANGI MEREKA YANG BERJASA DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA


KENANGI MEREKA YANG BERJASA DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA
(fikrah Bangi: 332),
BBB: 29 Zulhijjah 1440H. = 30 Ogos 2019M. (Juma`at).
Antara ciri bangsa bertamadun adalah mengenangi mereka yang berjasa terhadap bangsa, bahkan terhadap kemanusiaan. Dalam membentuk Malaysia banyak cabaran yang dihadapi pemimpin-pemimpin, bermula dari perlaksanaan Gagasan Malaysia, iaitu mendapat persetujuan negeri-negeri yang bakal sama bergabung. Ini melibatkan pemimpin negeri-negeri dan rujukan terhadap rakyat. Selain dari mendapat persetujuan, tentangan juga terpaksa dihadapi. Dari segi dalaman, tentangan diterima dari pemimpin di Brunei. Azhari memimpin pemberontakan menentang cadangan penyertaan Brunei. Rujukan juga dibuat terhadap PBB bagi mengesahkan persetujuan melalui Suruhanjaya yang dibentuk.
Di Semenanjung pemimpin utama tentulah Tunku Andul Rahman Putera sendiri. Selain daripada beliau pemimpin yang lincah dan berdiplomasi yang banyak memimpin rundingan bagi pembentukan Malaysia ialah Tan Sri Ghazali Shafie yang berperanan sebagai Setiausaha Negara pada masa itu. Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah orang kanan Tunku yang terlibat dengan rundingan-rundingan. Kepimpinan pada peringkat tentera ialah General Tan Sri Ibrahim yang pernah memimpin pasukan pembebasan Malaya dari Jepun. Di samping beliau yang berjasa ialah General Tan Sri Abdul Hamid Bidin.
Tokoh dari Singapura tidak lain dari Lee Kuan Yew sendiri yang  terkenal sebagai intelektual dan negararwan sebagai Perdana Menteri Singapura di samping Goh Tok Chong, Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Ahmad Ibrahim Pakar Undang-Undang.
Mereka yang patut diberi kedudukan di dalam pembentukan Malaysia dari Sabah ialah Tun Fuad Stephen dan Tun Mustafa. Mereka berdua berperanan mewarnai sejarah Sabah di dalam Malaysia. Tun Mustafa banyak berperanan di dalam meluaskan Islam di Sabah.
Pada peringkjat negeri Sarawak tokoh-tokoh yang perlu diberi kedudukan dalam pembentukan Malaysia adalah seperti Tan Sri Jugah Anak Bering, Kaloningkan, Abang Uping,  Andul Rahman Ya`kub bahkan Abdul Taib Mahmud adalah mereka yang berperanan di dalam pembentukan Malaysia.
Adalah tidak wajar, watak-watak pejuang adalah dari Semenanjung sahaja. Peranan tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak, perlu ditonjolkan bersama pemimpin-pemimpin di Semenanjung. Perlu diperlihatkan perseimbangan peranan di dalam pembentukan Malaysia.
Kewiraan pemimpin dan tentera bukan setakat perbarisan dan pertempuran dihutan, tetapi juga pada peringkat kenegaraan. Sebagaimana disebutkan pembentukan Malaysia tidak disetujui oleh Indonesia yang pada masa itu di bawah pimpinan Presididen Sukarna. Beliau telah melancarkan  polisi – Konfrontasi terhadap Malaysia.  Orang kanannya Subandrio sebagai Menteri Luar yang mengapi-apikan penentangan disokong oleh Aidit Ketua Parti Komunis di Indonesia. Manakala tentera di bawah kepimpinan General Nasution. Sebagaimana pernah disebut Indonesia pernah menghantar pasukan bersenjatanya menyerang Malaysia di Labis Johor. Episod ini patut diperbesarkan dan bagaimana wira negara menentang pendaratan tentera dari Indonesia itu.
Sebagaimana disebut Filipina juga menentang pembentukan Malaysia, bahkan mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada Filipina. Berbagai imsiden ketenteraan dan infiltrasi dari Filipina ke Sabah berlaku. Episod-episod ini penting dihighlightkan di dalam mengimgati perjuangan pembentukan Malaysia.  Sabah dan Sarawak pada masa itu jika bersendirian tidak selamat. Ianya antara faktor menyegerakan persetujuan kepada pembentukan Malaysia.
Peranan diplomasi juga berlaku terutama antara pimpinan Tun Razak di Malaysia dan Adam Malik dari Indonesia membincangkan pemulihan hubngan antara Malaysia dan Indonesia dan kunjungan-kunjungan antara kedua belah pihak.
Adakah isu-isu yang begini penting  mau dihilangkan lantaran sindrom penafian terhadap peranan kerajaan yang lalu dan mau ditegakkan peranan kerajaan kini. Penafian kelihatan sebagai berdiri keawangan  tanpa  bertapak di atas sejarah yang begitu significant. Sejarah pembentukan Malaysia berpelbagaian dan amat menarik, tidak klisye dan menjemukan.
Sekian.

KENANGI MEREKA YANG BEJASA DALAM PEMBENTUKAN

August 29, 2019

SINDROM PENAFIAN, BERI PENGIKTIRAFAN !


SINDROM PENAFIAN, BERI PENGIKTIRAFAN
(Fikrah Bangi: 331),
BBB: 28 Zulhijjah 1440H. = 29 Ogos 2019M. (Khamis).
Sebagaimana kita katakan kelmarin, bahawa sambutan kemerdekaan dan kebangsaan adalah terlampau Kuala Lumpur (termasuk Putrajaya) sentrik, sehingga terasa seolah-olah Sabah dan Sarawak dilupai dari segi pembentukan Malaysia. Malam tadi juga berbetulan Penuilis mengikuti ruang pembicaraan mengenai sambutan kemerdekaan dan kebangsaan dari Timbalan Menteri Penerangan, sindrom penafian dan menyalahkan `regim` (istilah yang digunakan) terdahulu dan kerajaan terkini adalah berusaha memperbetulkan apa yang telah dilakukan sebelumnya. Ini bererti penafian terhadap sejarah dan peranan yang telah dibina oleh pemerintah terdahulu lebih dari setengah abad itu. Sejauhmanakah hebatnya kerajaan sekarang yang melihat kesilaman itu sebagai kesalahan dan tidak betul. Apakah pembaharuan pembaharuan yang nak dibawa itu ? Sedangkan apa yang kita lihat apa yang hendak disambut dan pendekatan yang dilakukan tidak jauh bezanya dari apa yang dilakukan oleh pihak yang lepas. Sebaliknya ianya adalah ulangan yang setengahnya begitu klisye sifatnya. Tiada yang baru dan sekadar pesta-pestaan.
Negara  sesungguhnya tidak lupa terhadap peranan dan sejarah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, sepatutnya juga oleh generasi baharu yang setengahnya tidak berkesempatan  dan tidak mengalami sejarah yang dilalui negara baik bagi kemerdekaan Semenanjung Malaya dan juga Malaysia. Mereka berjuang secara aman, tetapi pahit dari segi pengalaman yang kesusahpayaan mereka seharusnya dihormati dan dikenangi.
Ada pola-pola persamaan antara perjuangan kemerdekaan Malaya dan Malaysia yang seharusnya dijadikan azimat perjuangan yang menyatupadukan rakyat di negara ini. Malaya dan Malaysia  melalui pola ketentuan sejarah yang sama. Baik Malaya dan Malaysia adalah merupakan bekas penjajahan British berada bersebelahan di bahagian selatan ialah Indonesia yang sedang berjuang bagi kemerdekaan dari penjajahan Belanda, manakala pada bahagian utara, faham komunisme sedang berkembang di China dan vietnam yang faham ini mau diresapkan ke Selatan. Kapitalis Amerika pada masa itu menguasai Vietnam yang diwarisi dari Perancis dan juga mewarisi filipina dari Sepanyol
Selepas Perang Dunia Kedua, berdasarkan Perjanjian Pacific, Penjajah dilihat saebagai kejijikan, mereka digalakkan memberi kemerdekaan dan rakyat tempatan sememangnya sedang berjuang menuntut kemerdekaan. Bagi negera-negara di bawah penjajahan British ada semacam kebimbangan jatuh di bawah pengaruh komunis yang akan menyekat dasar kapitalis di kawasan ini. Pemimpin-pemimpin di Malaya memang berjuang untuk kemerdekaan, tetapi mereka terdiri dari berbagai aliran. Ada yang beraliran nasionalis  seperti Dato` Onn Ja`far, Tunku dan yang sealiran dengan mereka. Ada yang bersifat Islamis+Nasionalis seperti Burhanuddinm Hilmi, ada komunis seperti Cheng Peng  dan ada yang mendukung sosialis dan rakyat. British dan Umno, kemudian disertai MCA dan MIC meletakkan negara ini di atas landasan Nasionalis dan sedang menentang komunis, walaupun selepas kemerdekaan.
Gagasan Malaysia yang dicetusklan oleh Tunku Abdul Rahman (1961), pada hakikat selari dengan kebimbangan dan hasrat British. Kebimbangan bahawa tanah jajajahanya seperti Sabah (diwarisi dari Keluarga Raja Brook) dan Sarawak dan Singapura dari jatuh di bawah pengaruh terutama komunis yang akan menyekat dasar kapitalis di rantau ini dan juga akan mengepung Australia tanah kekuasaan British, maka jalan terbaik jika sekiranya bekas tanah jajahan British itu bersatu sebagai satu kelompok politik pemerintahan. Tunku Abdul Rahman adalah watak yang berpeluang mengambil kesempatan ini. Cetusan awalnya tentang Gagasan Malaysia disuarakan di Singapura pada tahun 1961 dan mendapat renspond positif dari Lee Kuan Yew yang menjadi Ketua Menteri Singapura pada masa itu. Gagasan ini diperluaskan ke Sabah pada masa Donald Stephen menjadi pemimpin di Sabah dan juga diSarawak di bawah pemimpin-pemimpin tempatan seperti Jugah Anak Biring, Kaluningkan, Abdul Rahman Ya`kob dan Abang Uping (bapa Abang Johari).
Cetusan idea bernas ini mendapat sambutan, tetapi tidak semudah dapat dilaksanakan dan perlu diwujudkan Suruhanjaya Pelaksana. Halangan besar juga terpaksa ditempuh, misalnya Pemberontakan dan penentangan dari Brunei oleh Azhari pemimpin yang menentang penyertaan Brunei dalam Malaysia. Indonesia di bawah Presiden Sukarno dan di bawah pimpinan Subandrio dan Aidit dari parti Komunis melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia dan Filipina menuntut Sabah yang didakwa di bawah Kerajaan Sulu di Selatan yang termasuk dalam Filipina.
Berbagai tokoh pemimpi yang lahir dan berjuang ke arah pembentukan Malaysia dan bukan dari Semenanjung sahaja. Mengapa peranan mereka diabaikan dari pentas pembentukan Malaysia ?
Sekian.

August 28, 2019

SAMBUTAN KEMERDEKAAN TERLAMPAU KL SENTRIK


SAMBUTAN KEMERDEKAAN TERLAMPAU KL SENTRIK
(Fikrah Bangi 330),
BBB: 27 Zulhijjah 1440H. = 28 Ogos 2019M. (Rabu).
Memang agak delima bagi menyambut kemerdekaan yang benar-benar dihayati secara  seimbang antara Semenanjung (Malaya)  dan Sabah dan Sarawak. Ini ialah kerana tarikh kemerdekaan di Semenanjung ialah pada 31 Ogos 1957, manakala tarikh kemerdekaan Sabah dan Sarawak, walaupun pada awalnya diusahakan tarikh bersamaan, iaitu pada tarikh 31 Ogos juga (1963), tetapi terpaksa dilewatkan kepada 16 September, kerana menanti kelulusan dari Suruhanjaya PBB yang membuat penilaian terhadap sokongan rakyat atau sebaliknya terhadap Gagasan Malaysia di Sabah dan Sarawak. Persetujuan dari rakyat Sabah dan Sarawak dicapai, namun tarikhnya tidak sama (16 September) dengan tarikh kemerdekaan Semenanjung (Malaya). Di dalam hal ini ada semacam dilema bagi tarikh menyambut kemerdekaan Malaysia.
Pendekatan yang diambil setakat ini, bahawa tarikh ulang tahun sambutan kemerdekaan ialah  bermula dari 31 Ogos dan berterusan kepada 16 September sebagai Hari Malaysia. Kegagalan setakat ini ialah bagaimana menyatukan sentimen menyambut kemerdekaan, agar tidak wujud kelainan dan perbezaan.Tarikh kemerdekaan yang dikira dari 31 Ogos dan berterusan hingga  ke Hari Malaysia (16 September), adalah pendekatan yang dapat memuaskan rasa rakyat di Malaysia, walaupun tidak dapat diraikan secara tepat dan konkrit.
Di samping dilema di atas, pihak Kuala Lumpur dilihat bias dari segi acara sambutan yang nampaknya lebih berpihak kepada 31 Ogos di Semenanjung dan kurang menonjolkan kedudukan dan peranan Sabah dan Sarawak. Adakah ianya kerana dilema yang dihadapi dari segi tarikh atau pihak berkuasa politik kini adalah bukan dari generasi  yang benar-benar berdepan dengan perjuangan membentuk negara Malaysia ? Atau mereka kurang memahami situasi kemerdekaan Malaysia atau pihak yang mengendalikan bidang komunikasi malas membuat penyelidikan yang komprehensif dan menyajikan kepada rakyat Konsep Malaysia dan sambutan yang sewajarnya diambil sebagai pendekatan.
Setakat ini watak yang memperjuangkan pembentukan Malaysia adalah Tunku Abdul Rahman adalah benar, tetapi yang menjadi persoalan memasukkan yang tidak releven dan meninggalkan yang releven adalah dipersoalkan dari segi pendekatan. Dato` Onn bin Ja`far dapatlah diterima pejuang kemerekaan peringkat awal sebelum dijuarai oleh Tunku Abdul Rahman bagi kemerdekaan Malaya, tetapi memasukkan Tun Hussein Onn sebagai tokoh perjuangan kemerdekaan, apa lagi Malaysia kurang tepat, sedangkan di sana ramai lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Malaya dan Malaysia tidak diberi tempat.
Dalam keadaan sekarang tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak tidak diberi tempat sewajarnya di dalam pembentukan Malaysia, sebaliknya ditumpu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dari Semenanjung. Adalah dilihat di Semenanjung pula sengaja mengkesampingkan Tun Razak yang berjuang bagi kemerdekaan Malaya dan juga Malaysia. Beliau adalah tokoh selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang mempertahankan Malaysia dari konfrontasi yang dilakukan Indonesia – khususnya Sukarno terhadap pembentukan Malaysia dan juga penentangan dari Filipina yang pada masa itu di bawah pemerintahan Ferdinand Marcos yang mendakwa Sabah adalah sebagai sebahagian dari Filipina, lantaran ianya adalah sebahagian dari pemerintahan kerajaan Sulu di bawah wilayah Filipina. Malaysia digugat dan diganyang sehingga Indonesia pernah menghantar pasukan besenjatanya dan mendarat di Labis, Johor, kerana ramai penduduk dari Indonesia bertempat di situ.
Tindakan diplomasi dilancarkan disebalik konfrontasi oleh Tun Razak bertemu Adam Malik yang mengganti Subandrio di Indonesia dan berjaya mengendurkan ketegangan antara Malaysia dan Indonesia.
Persoalan kita juga bukan setakat Tun Razak dikesampingkan dari pentas penbentukan Malaysia, tetapi tokoh-tokoh yang memain peranan penting dari Sabah dan Sarawak, bahkan dari Singapura dan Brunei tidak dibicarakan. Kita kira ini menggores hati rakyat Sabah dan Sarawak, bahawa pimpinan mereka tidak diberi ruang dan tempat yang wajar dalam perjuangan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
Pendekatan perlu diubah terutama oleh Kementerian Komunikasi, agar sambutan kemerdekaan benar-benar bersifat Malaysia dan dihayati secara seimbang oleh penduduk Semenanjunbg, Sabah dan Sarawak !
Sekian.

August 27, 2019

IDEALIS BERSATU: MUHASABAH PERLU TERHADAP PERCANGGAHAN ITU


IDEALIS BERSATU: MUHASABAH TERHDAP PERCANGGAHAN ITU
(Fikrah Bangi: 329),
BBB: 26 Zulhijjah 1440H. = 27  Ogos 2019M. (Selasa):
Menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan tanahair, maka slogan yang sering diulang dan diminta dari rakyat agar bersatu dan menumpahkan taat setia kepada negara dengan tidak berbelah bahagi. Bagi memupuk taat setia berbagai kaedah digunakan bagi melambangkan ketaatsetiaan dan cinta terhadsap negara. Antaranya dengan mengebarkan bendera di mana saja tempat sesuai dari pejabat, bangunan dan di rumah-rumah. Berbagai upacara diadakan sebelum dan semasa menyambut perayaan. Misalnya larian merdeka, jelajah tanahair, poendakian gunung, dan berbagai lagi. Puncak dari sambutan adalah Upacara Sambutan Perbarisan yang diadakan sama ada di Kuala Lumpur atau di Putrajaya yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi dan ahli kabinet. Demikianlah rutin sambutan yang diadakan. Sambutan juga diadakan pada peringkat negeri yang dihadiri pemimpin negeri.. Oleh kerana cara sambutan semacam serupa, ianya seolah-olah menjadi biasa dan dilihat sebagai satu  pesta dan sebagai sambutan raya-raya yang biasa diadakan. Mungkin dilihat sebagai budaya perayaan dan sambutan yang diadakan secara ulangan setiap tahun. Ianya dapat diterima sebagai satu pesta atau raya tahunan yang disertai semua pihak tanpa dikait dan dinisbahkan kepada kaum dan kelompok tertentu.
Manifestasi sambutab ini seharusnya merupakan sentimen dan sokongan tidak berbelah bahagi dan tiada timbul unsur kaum sebagaimana berlaku di dalam pertandingan sukan antara pasukan yang diwakili negara menentang pasukan luar negara. Misalnya melalui pertandingan bola sepak, badminton dan berbagai jenis sukan yang lain yang sokongan diberi tanpa berbelah bagi yang menenggelamkan unsur kaum , bahasa dan faham politik, Sememangnya sokongan yang bersifat massa yang sedemikian perlu di dalam memupuk kesatuan dan rasa kasih sayang serta cinta rakyat terhadap negara.
Walau bagaimana manifestasi penyatuan sentimen di atas adalah pada dasarnya bersifat luaran yanbg seharusnya diperkukuhkan dengan unsur dalaman yang lebih kukuh. Misalnya usaha menyatupadukan warga negara melalui sistem pelajaran dan bahasa kebangsaan adalah berjaya. Dari segi praktikalnya dasar pendidikan mencerminkan kejayaan kerjaya rakyat negara ini dalam kehidupan bermasyarakat. Kita bermegah misaklnya generasi muda, katakan jaguh-jaguh sukan negera bila diinterview mereka memilih bercakap di dalam bahasa kebangsaan dari bahasa kedua yang lain. Ini mencerminkan dasar pelajaran dan dasar bahasa yang dipupuk selama ini telah mencapai kejayaan dan perlu dipupuk dan dipertingkatkan.
Sebenarnya membentuk dasar terhadap rakyat jelata dalam mempersatukan mereka lebih mudah dan berkesan dari kelompok politik yang keras pendirian yang sering menyatakan rasa tidak puashati yang mewakili kelompok kecil. Lebih merosakkan apabila ada cubaan tanpa tertulis yang mau mengubah ciri budaya rakyat massa kepada hasrat dan cita-cita politik yang bercanggah dengan ciri budaya yang telah berjaya diterapkan sebelum dan selama ini. Akibat dari hasrat yang bercanggah ini menimbulkan rasa tidak senang di dalam kalangan rakyat.
Apa yang ditimbulkan oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yasin bahawa  sentimen agama, kaum dan raja meningkat sekali ganda dari sebelum ini adalah merisaukan. Mengapa terjadi sedemikian. Tidakkah ia terjadi di dalam masa pemerintahan kerajaan sekarang ? Rakyat banyak tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya kerajaan sekarang hendaklah melihat apakah polisi yang sedang dilaksanakan sehingga sentimen perkauman, agama dan raja berganda dari sebelumnya. Kesalahan bukan pada rakyat, tetapi pada polisi yang dilaksanakan oleh pemerintah sekarang.
Sebab itu muhasabah perlu dilakukan.
Sekian.

August 26, 2019

POLITIK DAN PERPADUAN MENJELANG ULANG TAHUN KEMERDEKAAN


POLITIK DAN PERPADUAN MENJELANG ULANG TAHUN KEMERDEKAAN
(Fikrah Bangi: 328),
BBB: 25 Zulhijjah 1440H. = 26 Ogos 2019M. (Isnin).
Politik perjuangan bagi mendapat kemerdekaan negara dilihat adalah perjuangan yang murni. Ada yang berjaya, tetapi ada yang menjadi mangsa merengkok dalam tahanan. Setengahnya  menderita dan menemui ajal. Politik memperjuangkan kemerdekaan  membawa negara ini mencapai kemerdekaan yang tarikh keranat kemerdekaan disambut setiap tahun.
Selepas kemerdekaan dilihat penubuhan parti politik tidak lain dari mau menguasai pemerintahan. Berbagai ideologi dan saranan ditampilkan kepada rakyat bagi mendapat sokongan. Selama lebih 60 tahun parti Perikatan dan BN dilihat releven diberi mandat memerintah negara ini. Dalam masa tersebut parti berkenaan, semasa Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan gagasan Malaysia  sejak 1961 dan cadangan berkenaan diterima  (1963) oleh  Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi ditolak oleh Brunei dan kemudian 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Melalui politik menyatukan negeri-negeri dalam Malaysia, walaupun pada peringkat tertentu ada gugatan. Pada peringkat luar ditentang oleh Indonesia dan Filipina. Dari dalam, misalnya ketika Sabah di bawah PBS ada semacam penentangan terhadap Kuala Lumpur. Tun Mustafa dianggap bapa yang mententeramkan Sabah dengan USNO (seperti Umno) dan diteruskan ole seperti Berjaya dan kemudian BN yang selari dengan Persekutuan.
Sarawak pada peringkat permulaan dilihat tenteram kerana kebijaksanaan pemimpin seperti Tun Abdul Rahman Ya`kob. Sarawak dan Sabah kelihatan tenang, tatkala pemerintahan berada di bawah BN.
Selepas pilihanraya 2014 (9 Mei 2018), berlaku perubahan sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Rakyat tidak puashati dengan pemerintahan BN selama lebih 60 tahun memerintah itu. Isu GST dan IMDB membangkit sentimen kemarahan rakyat yang mnenjatuklan BN. Kenaikan BN  tidaklah selicin yang diharapkan. Sabah yang dimenangi Parti Warisan di bawah Shafie Afdal berjaya menarik sokongan yang menyebabkan Sabah yang dikuasai majoriti BN, berlaku lompatan ahli-ahli parti BN ke Warisan. Walau bagaimana Warisan dilihat mnengambil pendekatan berpihak kepada pemerintah Persekutuan .
Walau bagaimana Sarawak yang juga di bawah BN sebelum PH, dilihat sebagai radikal. Ini sebenarnya dapat dirasai semasa BN masih memerintah lagi. Tok Nan (Adnan) yang saebelumnya Menteri Kabinet Persekutuan apabila dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak bersifat radikal dan menyuarakan hak-hak Sarawak sebagaimana di dalam  perjanjian Penubuhan Malaysia dan kini tuntutan diteruskan oleh pimpinan kini. Sarawak dilihat banyak mendapat faedah hasil tuntutan terhadap kerajaan PH kini. Apa yang dapat dirasa, ada semacam `Longgar` ikatan negari-negeri di dalam Malaysia sekarang, terutamanya dengan Sarawak.  Ini akibat dari mainan dan sentimen politik, khususnya yang bersifat kenegerian.
Perkembangan lanjut sebenarnya sedang berlaku. Pihak pemerintah PH dilihat menunjukkan sifat yang lebih liberal terhadap Sarawak bagi mendapat sokongan politik ?
Di samping pemerintah berusaha untuk meningkatkan sokongan rakyat setelah ternyata semakin menurun, dan dalam masa usaha meningkatkan penyatuan, khususnya  dalam situwasi menyambut kemerdekaan Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan, bahawa unsur perkauman meningkat sekaliganda berbanding dengan masa sebelumnya. Beliau menyebut tiga faktor, iaitu, sentimen perkauman, agama dan isu Jawi (Tradisi dan Budaya).
Perkara di atas adalah disedari, tetapi kementerian Dalam Negeri tidak sepatutnya mendedahkan semata-mata. Sebaliknya hendaklah memberi jawapan mengapa >
Ini adalah terjadi dalam masa pemerintahan kini. Ertinya ianya diakibatkan oleh polisi pemerintahan kini. Kita mau tau sebab terjadi demikian dan jawapan bagi mengatasinya.
Sekian.

August 25, 2019

JAWI KUNCI KEILMUAN DAN SENI ROHANI


JAWI KUNCI KEILMUAN DAN SENI ROHANI
(Fikrah Bangi: 327),
BBB: 24 Zulhijjah 1440H. = 25 Ogos 2019M. (Ahad).
Dengan penerimaan tulisan jawi sejak akhir abad ke 13M, maka selama 8 abad jawi menjadi tulisan yang merupakan kunci keilmuan bagi peradaban Melayu Islam. Jawi menjadi medium membaca perkara-perkara yang berhubung dengan akidah, ibadat, perundangan, muamalat bahkan menjadi tulisan bagi urusan pentadbiran dan perniagaan. Kegunaan ini berterusan hinggalah zaman kemerdekaan. Segala penerbitan seperti kitab-kitab, buku-buku dan segala urusan yang memerlukan tulisan adalah menggunakan tulisan jawi. Tulisan rumi hanya baru diguna selepas tahun 1960an. Tulisan jawi adalah rupa tulisan dan jiwa peradaban bagi orang Melayu dan penduduk di negara ini.. Kalau kita mau mengkaji tentang peradaban Melayu, maka ianya tidak sempurna tanpa mengkaji dokumen tulisan, kitab-kitab dan manuskrip yang berjumlah lebih dari 15,000 yang terhimpun di perpustakaan-perpustakaan dan dan arkib-arkib di negera ini dan juga berbagai perpustakaan di luar negara. Penentang terhadap tulisan jawi yang merupakan warisan intelektual Melayu-Nusantara adalah penentang ilmu, tradisi budaya dan kesenian. Penentang adalah bersifat tidak rasional dan bersifat sentimen dan tidak bersifat intelektual.
Satu anugerah yang diterima melalui tulisan jawi, ialah membuka peluang kepada orang Melayu dan Nusantara berkenalan dan menghayati seni rohani yang tiada tara halus dan mendalam yang tidak dicapai oleh seni-seni alamiah yang lain. Melalui Al-Qur`an, selain dari ianya dipelajari kandungan keilmuan di dalamnya Al-Qur`an menganugerahkan kaedah-kaedah linguistik dan tajwid dan pembacaan secara berlagu.
Melalui pembacaan ianya dapat dilagukan secara tarannum  berbagai lagu - tarannum murattal seperti  bayati, hijaz, nahwan, tawassut, jiharki, saddad, saba dan ajam. Lagu-lagu sedemikian popular digunakan dalam pertandingan musabaqah Al-Qur`an di negara ini pada peringkat, tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pengajian terhadap Al-Qur`an begitu terkenal di Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.
Satu anugerah yang diterima masyarakat Melayu yang menerima Islam ialah kehalusan seni rohani yang di alami melalui Islam. Seni rohani ini tidak saja dipelajari dan dialami jiwa sesatu individu, tetapi seni rohani, misalnya melalui perpaduan bahasa dan kehalusan rasa melalui tasawuf mengalir dan terjelma di dalam tulisan khat. Khat ialah garisan minda, rasa dan rohani yang mengalir dari hati rohani ke jari dan tertulis berbagai-bagai bentuk tulisan yang indah dan tinggi dari segi seninya. Tulisan-tulisan yang indah ini diperturunkan di dalam tulisan berbentuk nasakh, raq`ah, thuluth, raihan dan berpuluh-puluh pecahan dariadanya. Huruf Al-Qur`an `an dan jawi tidak statik, tetapi dapat dibentuk dengan berbagai gaya sama ada memanjang, melebar, menegak, melentang memuncak membentuk berbagai bentuk tulisan yang melambangkan kehalusan rasa dan seni jiwa penulisnya. Saesungguhnya tiada tulisan yang seindah dan seseni huruf Al-Qur`an. Walapun ada kaligrafi dalam bahasa lain seperti Jepun dan Cina, tetapi tiada mampu menandingi kaligrafi Islam yang dikukuh bukan saja dari elemen alamiah, tetapi lebih kepada elemen rohaniah.
Percikan seni rohani tidak saja tergubah di dalam bacaan seperti Al-Qur`an  dan tulsan khat, tetapi juga berlaku  pada seni bina Islam, tiada seni bina di dunia ini sehalus seni bina Islam yang dihidupkan oleh  elemen kerohaniannya yang halus dan kental. Lihat saja kepada berbagai bentuk seni bina masjid yang rohaniah sifatnya. Lihat saja berbagai sen bina yang mempunyai sentuhan kerohanian Islam seperti Taj Mahal, banguinan-bangunan istana di Cordova dan berbagai binaan yang mempunyai sentuhan Islam di negara-negara Islam. Tiada seni rohani  setinggi yang dapat dihasilkan Islam baik di Jepun, Cina, Rusia dan Barat.
Seni rohani juga terpercik ke dalam bidang persuratan yang melahirkan penyair-penyair besar Islam seperti Rabi`ah al-`Adawiyah, Hafiz, Iqbal dan ramai lagi, juga terpercik kepada bidang muzik yang melahirkan irama yang menyentuh kerohanian.
Penentang-penentang terhadap Jawi adalah mereka yang kering dari segi rohani dan miskin dari segi aeni, keras dari segipendirian dan tiada kehalusan.
Bagi orang Islam dan Melayu, jangan pisahkan diri dari tradisi intelektual dan seni rohani yang dianugerah Islam. Ia adalah sumber intelektual dan seni rohani.
Sekian.

August 24, 2019

MASJID AL-UMM MENGANJURKAN KELAS TARANNUM DAN SENI ISLAMI


MASJID AL-UMM MENGANJURKAN KELAS TARANNUM DAN SENI ISLAMI
(Fikrah Bangi: 326),
BBB: 23 Zulhijjah 1440H. = 24 Ogos 2019M. (Sabtu).
Masjid Al-Umm pada pagi ini mengorak langkah memperluaskan bidang pengajian kepada yang bersifat seni. Bidang yang ditawarkan ialah Tarannum dan Seni Islami.
Tuan Nazir Masjid Al-Umm Dr. Haji Shafie Abu Bakar dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa hasrat membuka bidang ini  memang berada di dalam plan induk pengajian. Kini didapati masa yang bersesuaian. Antaranya dengan adanya guru yang berkelayakan, terutamanya di dalam bidang tarannum.
Iklan dan hebahan untuk membuka Kelas Tarannum dan Seni Islami telah dibuat sejak dua bulan yang lepas melalui  media letronik dan hebahan kepada ahli jamaah Masjid Al-Umm, terutama yang mempunyai anak atau cuci untuk datang mengikuti Kelas Tarannum dan Seni Islami yang akan dibuka.

Pagi ini adalah merupakan hari pelancaran bagi kelas tersebut. Pendaftaran pagi ini adalah bertempat di Bilik Mesyuarat  tingkat Satu Masjid Al-Umm. Pada pagi ini semua bilik kuliah ditempah. Daripada 20 yang mendaftar 13 yang hadir.
Guru yang akan membimbing pelajar-pelajar ialah Ustaz Ghazi Najmuddeen, Imam bagi Masjid Al-Umm dan Ustas Faris Abdul Hadi (Tidak hadir pada pagi ini kerana menyertai bertandingan Tilawah Al-Qur`an pada peringkat Daerah Sepang yang siapa yang menang akan mewakili daerah ke negeri, ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa kelak. Ustaz Faris adalah guru dalam bidang Tarannum.
Menurut Nazir dalam ucapannya, pelajar tarannum bukan setakat pembacaan semata-mata. Bidang pembacaan akan dipertingkatkan dari segi tajwid dan dikembangkan kepada peringkat hafalan.
Manakala di dalam bidang Tarannum dan Seni Islam pengajian dan latihan akan melibatkan bidang nasyid, marhaban, qasidah, barzanji, azan, bahkan di dalam bidang khat (kaligrafi).
Semua bidang ini tidak semestinya diajar oleh dua ustaz di atas, tetapi akan dijemput dari masa ke masa gurur-guru pakar di dalam bidang-bidang khusus seperti guru di dalam bidang khat, nasyid, qasidah dan sebagainya dari luar. Peralatan teknologi terkini akan digunakan, Sebagai contoh dipergunakan sebagai contoh tarannum qari-qari seperti Syaikh Al-Qushairi, Muhammad `Abdul Baeit, Syeikh Sudays dari luar negara dan qari-qari tempatan seperti Ustaz Ismail Hashim, Ahmad Pergau, dan qari-qari terkenal yang lebih baharu. Begitu juga dengan qariah seperti  Hajah Rugayah Sulung, Faridah Mohd. Saman, Hajah Rahmah dan qariah-qariah yang lebih baharu. Untuk makluman sebahagian dari pelajar yang mengikuti kelas ialah pelajar perempuan.

Membayangkan visi dan misi pada masa depan, pelajar-pelajar diharap bukan saja dapat membaca Al-Qur`an secara bertarannum dan menghafal, tetapi juga dapat memberi makna dan mentafsir ayat-ayat Al-Qur`an, sebab itu adalah menjadi hasrat Masjid Al-Umm  pelajar-pelajar nuga akan diajar bahasa `Arab dan juga nahu-saraf.
Bagi perkembangan lanjut, pihak Masjid Al-Umm akan menganjurkan pertandingan bertarannum antara surau-surau di bawah Masjid Al-Umm (23 surau), termasuk bidang-bidang seni yang lain seperti nasyid, qasidah, salawat, azan dan penulisan khat.
Pertandingan akan diperluaskan kepada peringkat daerah, negeri dan adalah menjadi harapan Masjid Al-Umm, bahawa pada satu masa nanti pihak Masjid akan dapat menghantar wakil musabaqah Tilawah Al-Qur`an pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa – Insya Allah.

Pada pertemuan pertama ini pelajar-pelajar diuji dari segi pembacaan Al-Qur`an. Al-hamdulillah semua dapat membaca dengan baik. Mereka akan dipertingkatkan dari segi tarannum, tajwid dan hafalan. Kita berharap kelas Tarannum dan seni Islami yang dianjurkan akan terus maju dan berkembang  dan menjadi imej dan identiti bagi Masjid Al-Umm – Insya Allah.
Sekian.

August 23, 2019

TRADISI PENULISAN JAWI SUMBER PERADABAN MELAYU


TRADISI PENULISAN JAWI  SUMBER PERADABAN MELAYU
(Fikrah Bangi: 325),
BBB: 22 Zulhijjah 1440H. = 23 Ogos 2019M (Juma`at).
Utusan dak kumpulan serta tradisi persuratan Melayu bermula dengan Islam yang memperkenalkan kepada budaya Melayu Tulisan Jawi (Melayu) sejak akhir abad ke 13M. sebagaimana terbukti pada Batu Bersaurat Terengganu (Islam lebih awal hadir).
Selama lapan abad tradisi keilmuan dan peradaban Melayu adalah terhimpun di dalam persuratan Jawi. Tradisi keilmuan yang dirakam di dalam tulisan  jawi ini bermula dari Kerajaan Trengganu, Pasai, Melaka, Johor Riau, Acheh, Patani, Banten, Banjar dan negeri-negeri Melayu yang lain. Tradisi tulisan Jawi berterusan hingga zaman kemerdekaan dan naskhah perisytiharan kemerdekaan adalah dalam tulisan jawi. Sebagaimana telah disebut perbincangan bagi menggunakan tulisan rumi hanyalah berlaku selepas 1960an (setengah abad cuma). Walaupun tulisan rumi digunakan selepas 1960an, tetapi tulisan jawi tetap digunakan. Kalau kita tengok Utusan Malaysia masih membawa ruangan bertulisan jawi hingga kini, iaitu pada keluaran akhbar berkenaan pada setiap hari Isnin. Tiada siapa dapat menafikan tentang kepentingan tulisan jawi bagi peradaban Melayu Islam dan Malaysia.  Tiada siapa dapat mengkaji tentang tamadun dan peradaban Melayu dan negara tanpa membaca segala dokumen di dalam tulisan jawi.
Tulisan jawi mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Islam. Huruf-huruf di dalam tulisan jawi adalah diambil daripada huruf-huruf Al-Qur`an dengan beberapa tambahan huruf juga berdasarkan kepada hurufAl-Qur`an seperti ga, cha, nga, nya. Kemasukan huruf Al-Qur`an sebagai tulisan jawi adalah berasal dari pengajian terhadap Al-Qur`an. Dari kaedah pembacaan terhadap Al-Qur`an, maka dipinjam huruf-hurufnya dieja bagi perkataan-perkataan Melayu
Selaion dar membaca Al-Qur`an yang merupakan tuntutan wajib bagi setiap muslim dan muslimat sekurang-kurang sebagai pembacaan wajib di dalam solat memperkenalkan kaedah ejaan di dalam bahasa Melayu.  Pada asalnya tulisan berdasarkan baris-baris dan panjang pendek berdasarkan tambahan huruf saksi (madd). Penulisan tulisan jawi adalah juga satu keperluan , terutama bagi mempelajari keilmuan-keilmuan fardhu di dalam Islam, Keilmuan-keilmuan induk Islam adalah terdapat di dalam bahasa `Arab. Pengajaran dengan menggunakan kitab-kitab `Arab atau di dalam bahasa `Arab tentulah membebankan bagi orang yang tidak mengetahui bahasa `Arab, jadi secara logiknya perlu kepada karangan-karangan di dalam bahasa Melayu.
Sebelum  terkarangnya kitab-kitab di dalam bahasa Melayu sepenuhnya, kita dapati kitab-kitab di dalam bahasa Arab yang ringkas-ringkas terutama yang bersifat matan, dibuat terjemahan ke bahasa Melayu secara terjemahan gantung. Ini dapat dilihat contoh terjemahan gantung seperti terhadap matan akidah Al-Taftazani, Matan al-Barahin oleh Muhammad Yusuf al-Sanusi yang kedua-duanya kitab akidah yang bidang keilmuan perlu dipelajari. Begitu juga dengan bidang-bidang fiqh dan sebagainya. Daripada sini berkembang kepengarangan secara tulisan kitab seperti kitab Bidayat al-Hidayah berasaskan Matan al-Sanusi seperti yang dihasilkan oleh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin dan juga disyarah oleh Syaikh Muhammad Zainal Abidin al-Fatani dengan karangannya yang berjudul `Aqidat al-Najin.
Tradisi kepengarangan kitab-kitab keilmuan ini bermula dari tradisi di Aceh seperti oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri yang mengarang di dalam banyak bidang , tetapi di dalam fiqh seperti kita Sirat al-Mustaqim, Syeikh Abdul Ra`uf Singkel mengarang tafsir terawal dalam bahasa Melayu berasaskan Tafsir Baidhawi, dilanjutkan oleh tradisi mengarang i Terengganu seperti oleh Abdul Malik bin Abdullah yang mensyarah Hikam Melayu, mengarang kitab Kifayah (aqidah dan fiqh) dan mengarang kitab Kayfiyat al-Niyyah sezaman dengan zaman  Aceh pada akhir abad ke 17.
Selepas itu lahir tradisi keilmuan dan kepengarangan seperti di Patani, Johor Riau,, Kedah, Kelantan,  Banjar, Sambas, Banten, dan meluas ke berbagai pusat keilmuyan dan pengajian dari zaman tradisi sehingga ke zaman moden sehingga zaman kemeredekaan. Tradisi keilmuan telah mnenghasikan lebuh dai 15,000 manuskrip yang sebahagian besar masih belum dikaji. Ianya merupakan inti peradaban Melayu yang dihasilkan di dalam tulsan jawi yang menuntut diteliti.
Sekian.

August 22, 2019

NOSTALGIK TENTANG UTUSAN DI SAMPING PENERUSAN


NOSTALGIK TENTANG UTUSAN DI SAMPING PENERUSAN
(Fikrah Bangi: 3243),
BBB:  21 Zulhijjah 1440H. = 22 Ogos 2019M. (Khamis).
Biarpun Utusan Malaysia diteruskan, selepas disebut-sebut akan dihentikan operasinya, namun kita memandang Utusan secara nostalgik dan banyak ranjau yang bakal ditempoh. Utusan pada hari ini merayu:  ``Beli akhbar Utusan bantulah kami.`` (hal. 11). Ini menggambarkan kedaifan yang dialami Utusan akhbar Melayu tertua di negara ini yang diterbitkan sejak 1939 di Singapura sebelum berpindah  ke Kuala Lumpur di Jalan Chow Sow Lin, Kuala Lumpur selepas merdeka.
Pada Utusan dapat dilihat imej-imej sejarah yang dilaluinya. Utusan disifatkan sebagai darah daging orang Melayu. Dia adalah lidah yang melaporkan perjuangan kemerdekaan tanahair dari zaman Dato` Onn Ja`far yang juga seorang wartawan bersama Abu Bakar al-Baqir agamawan hingga kepada Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan dan Burhanuddin Hilmi. Utusan berkembang, khususnya selepas kemerdekaan dan berpindah ke Kuala Lumpur. Utusan menerbitkan Utusan Melayu, Utusan Zaman. Pada masa yang sama menerbitkan Majalah Mustika. Sejak dari awal penerbitan hingga ke pertengahan 1960an semua penerbitan di dalam tulisan jawi, termasuklah majalah agama bulanan yang diberi judul Kiblat.
Pada awal 1960an timbul polemik di dada akhbar tentang Tulisan Jawi dan  Rumi antaranya didokong oleh Asas 50. Ashraf seorang pendukung Asas dan pakar bahasa ,mendukung pendapat Tulisan rumi lebih baik dan praktikal digunakan sebagai tulisan Melayu. Pendapat ini berpengaruh dan Berita Harian yang mula diterbit pada 1960an menerbitkan akhbar berkenaan di dalam tulisan rumi. Utusan juga mengikut menerbitkan akhbar Utusan Malaysia di dalam tulisan rumi, tetapi masih mengekalkan penerbitan Utusan Melayu di dalam tulisan Jawi, kemudsian tinggal Utusanb Zamnan dalam tulisan jawi sebelum Utusan Zaman terkubur dan didokong oleh Mingguan Malaysia. Selepas Utusan Kiblat – Majalah Agama bertulisan jawi dihentikan, maka Utusan menerbitkan Al-Islam dalam tulisan rumi pada 1980an. Majalah Mestika lebih awal menukarkan penerbitan dari tulisan jawi kepada tulisan rumi.
Walaupun perubahan yang berlaku tidak menggugat kedudukan Syarikat Kumpulan Utusan Melayu dengan berbagai-bagai penerbitannya. Ini ialah kerana Utusan dikira pada zaman itu adalah sebuah  syarikat penerbitan yang kukuh, di samping Syarikat The New Strait Times yang berasal dari Singapura dan menerbitkan akhbar Berita Harian akhbar Melayu bertulisan rumi di samping NST berbahasa Inggeris.
Kekukuhan Syarikat Utusan Melayu ialah kerana ianya  mendukung pemerintah semasa dan tiada tandingan oleh akhbar-akhbar lain. Pernah Syarikat berkenaan mau dibawa ke kiri dan mogok terhadap  pimpinan oleh antaranya  Said  Zahari dan pengikut-pengikut , tetapi dapat ditumpaskan apabila Ibrahim Fikri bertindak memadamkan gerakan kiri ini. Dapat dikatakan kekuatan utusan kerana ianya menjadi secara tidak rasmi sebagai lidah kerajaan.
Gugatan diterima mutakhir sebagai serentak ialah kemerosotan penggunaan media cetak kepada media letronik  dan digital. Ini menyebabkan pasaran buku dan akhbar menurun, kerana masyarakat mendapat berita secara segera dan tidak memerlukan kos tinggi, jadi bahan-bahan bercetak menurun dari segi penggunaan. Bahkan komunikasi lebih kepada paperless dan penggunaan secara online. Akibatnya perpustakaan menurun dari segi penggunaan dan pasaran buku juga  kurang dari segi kelarisan.
Faktor yang lebih besar yang menimpa Utusan, ialah kekalahan BN dalam pilihanraya ke 14. BN, khususnya Umno adalah pendukung bagi Utusan. Lantaran itu Utusan terpaksa berdikari. Akibatnya ialah apa yang dialami oleh Utusan. Walaupun pihak Umno tidak akan melepas tangan dan ada komitmen dari pihak-pihak tertentu, tetapi sejauhmanakah kemampuan yang dapat diberi ?
Utusan tidak seharusnya mengubah haluan dan perlu diperingatkan kepada Umno, tanpa  ada media, maka Umno akan lebih terpinggir dari segi perjuangan. Sebab itu Utusan seharusnya didukung dan dibela.
Kreativiti perlu agar Utusan terus releven.
Sekian.

August 21, 2019

AL-HAMDULILLAH UTUSAN MASIH DITERBIT


AL-HAMDULILLAH UTUSAN MASIH DITERBIT
(Fikrah Bangi: 323),
BBB: 20 Zulhijjah 1440H. = 21 Ogos 2019M. (Rabu).
Mendapat maklumat dari media letronak pada petang semalam (Selasa), bahawa Utusan Malaysia, termasuk Kosmo, kerana masalah kos pembiayaan dan tekanan  terbitan digital, hati Penulis menjadi sayu. Utusan yang mula diterbit sejak 1938 yang dipelopori oleh Yusof Ishak yang pada masa tiada media cetak dimiliki Melayu telah berusaha mendapat modal dan membeli mesin cetak dari Jepun itu melambangkan detik-detik perjuangan Melayu dari segi penerbitam. Kini menghadapi situasi gawat dari segi penerusan.
Umum menmgetahui, bagi survival akhbar mesti mendapat sokongan dan tunjangan dari badan yang kukuh.  Berita Harian disokong oleh Media Prima dan Utusan disokong oleh Umno. Kekalahan Umno dalam pilihanraya ke 14 (9 Mei 2018), menjadikan Utusan hilang penyokong kuatnya. Kehilangan mereka yang menyokong, menjadikan Utusan sebagaimana yang dihadapi sekarang.
Walaupunm berita pagi ini (21 Ogos 2019) sedikit menggembirakan, bahawa Utusan terus diterbitkan, bahawa kita dapat menelah situasi gawat yang sedang dihadapi Utusan dan Kumpulannya. Dari situasi yang dihadapi Utusan kita dapat mengambil ibrah, bahawa kedudukan Melayu begitu rapuh. Dari sebuah kekusaan memerintah negara sebelum pilihanraya ke 14, Melayu, khususnya Umno, tersungkur selepas keputusan pilihanraya ke 14. Apa yang dihadapi Utusan adalah ibrah yang perlu dihayati, bahawa `Lorong Hitam` yang bakal dhadapi Melayu akan memanjang, jika tidak ada usaha memulihkan kedudukannya.
Berita pagi ini juga mengisyaratkan ke arah keparahan yang dihadapi Melayu, bahawa seganding dengan Melayu, sebagaimana menjadi berita muka depan Sinar Harian hari ini bahawa:
``Islam Semakin Terancam Selepas PRU 14``
Perkara ini tidak terjadi begitu sahaja, tetapi ianya merupakan satu perancangan yang sudah dan sedang diatur rapi oleh pihak musuh Melayu dan Islam yang mengakibatkan apa yang sedang terjadi dan dihadapi Melayu-Islam.``
Musuh Melayu-Islam menyedari, walaupun Melayu melalui Umno telah tersungkur dan menghadapi ketenatan, tetapi mereka sedar, Melayu masih mempunyai kekuatan dari segi suara majoriti yang kalau mereka bersatu akan menggugat pihak musuh. Ini terbukti dari kesedaran peringkat mutakhir apabila Melayu bersatu mereka dapat menguasai majoriti dan memenangi pelihanraya. Ini yang dibimbang oleh pihak musuh dan mereka sedang mengatur percaturan bagi melemahkan Melayu.
Rancangan penutupan Utusan, mencerminkan kelemahan Melayu, tetapi ada kesedaran sebelum ianya benar-benar ditutup dan usaha  penerbitannya diteruskan, tetapi kita amat khuatir setakat manakah Utusan dapat bangkit dengan `Menongkat Paruh` bagi survival dan dapat meneruskan perjuangan di dalam bidang penerbitan. Ia juga mencerminkan setakat manakah kemampuan Melayu untuk bangkit kembali dari kejatuhannya.
Situasi dan ibrah ini perlu dipandang dan diambil  tindakan serius.
Sekian.

August 20, 2019

BUDAYA PERAYAAN MENGIRSTKAN HUBUNGAN RAKYAT


BUDAYA PERAYAAN MENGIRATKAN HUBUNGAN
(Fikrah Bangi: 322),
BBB>  19 Zulhijjah 1440H. = 20 Ogos 2019M. (Selasa).
Salah satu aspek budaya yang penting, khususnya bagi kita rakyat Malaysia, ialah sambutan-sambutan hariraya. Sebagaimana kita mempunyai berbagai kaum, maka setiap kaum itu mempunyai hari-hari perayaan bagi kaum masing-masing. Bagi Malaysia sudah menjadi adat yang diamalkan, bahawa setiap perayaan yang disambut oleh setiap kaum itu turut dirai, bahkan dirayakan oleh kaum-kaum yang lain di negara ini.. Selain dari tumpang gembira, maka melalui sambutan perayaan ini sebenarnya mengeratkan hubungan antara kaum, bahkan ianya menjadi daya tarikan bagi orang luar yang menarik mereka datang melancung dan menyertai sama berhariraya.
Antara raya penting di negara kita ialah Hariraya Idul Fitri, Hariraya Idul Adhha, Tahun Bartu Cina, Sambutan Hari Ponggal, Hari Menuai bagi bumiputra di Sabah-Sarawak. Perayaan yang disambut, walaupun asalnya ada kaitan dengan agama, tetapi yang disambut adalah dari segi perayaan, tetapi tidak dari segi agama. Kebanyakan dari sambutan berkenaan adalah lebih bersifat tradisi rakyat dan adat.
Perayaan yang penting yang sama dirayakan oleh semua kaum ialah Hariraya Idul Fitri. Kemeriahan bagi kehadiran Idul Fitri turut disertai oleh semua kaum, terutama dari segi persediaan kuih muih bagi berbuka puasa. Kaum lain dari Islam turut sama ke pasar-pasar minggu bagi membeli kuih muih dan makanan-makanan yang lazat. Antara adat yang baik ialah ziarah menziarahi antara satu sama lain dan bermaaf maafan. Berlaku kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk ziarah dan bermaaf maafan sambil menikmati berbagai juadah yang disediakan. Selain dari sambutan oleh individu dan keluarga, sambtan diadakan oleh ketua, pemimpin hingga kepada Perdana Menteri mengadakan apa yang diistilahkan sebagai Hari Terbuka dan ianya dikunjungi berbagai kaum. Sambutan ini walaupun pada asalnya antara satu hingga tiga hari, kini sambutan dilakukan sehingga ke sebulan.. Keceriaan terlihat pada setiap wajah yang menyertainya. Ada yang berpendapat ianya membazir dan merugikan masa, tetapi dilihat kepada ianya membawa keceriaan dan rasa bahagia, sebenarnya ianya menggembirakan rakyat dan dapat melupakan tekanan-tekanan dan menjadikan rakyat di dalam susana mesra dan gembira. Bagi orang Islam ada satu lagi perayaan, iaitu Idul Adhha, tetapi perayaan ini lebih bersifat agama dan penyembelihan binatang qurban, sebab itu ia tidak disertai bukan Islam sebagaimana Idul Fitri.
Atas sifat dan semangat menyertai kemeriahan sambutan dan bersilatul rahim, maka sambutan Tahun Baru Cina yang bersifat adat itu, kini menjadi sambutan yang disertai berbagai kaum. Ia adalah bagi sambutan tahun baru dan tidak ada kena mengena dengan agama. Sebab itu sambutan Tahun Baru Cina disertai oleh semua kaum dan berlaku ziarah dan menziarah dan menyertai jamuan yang makanannya adalah dari bahan-bahan yang halal. Sebagaimana Idul Fitri disambut oleh individu, pemimpin dan institusi,maka demikianlah juga dengan sambutan Hari Tahun Baru Cina. Cuma masanya terhad dan tidak selama sambutan Idul Fitri.
Sambutan Hari Ponggal ialah sempena Hari Menuai. Ia adalah sambutanb bagi kaum India. Mereka adakan masakan pomggal yang boleh dinikmati oleh semua kaum. Keadaan yang sama berlaku kepada etnik di Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai perayaan kaum yang berkait dengan penuaian hasil dan disambut dengan jamuan dan pesta-pesta yang mencerminkan identiti kaum berkenaan seperti muzik sape, tarian dan berbagai jenis pakaian yang berwarna-warmi. Perayaan sedemikian diangkat kepada peringkat negara dan mempunyai hari cuti bagi disertai oleh kaum yang lain.
Perayaan kaum-kaum adalah ciri budaya penting. Perayaan kaum-kaum ini disertai kaum-kaum yang lain yang mengeratkan hubungan antara mereka. Perayaan menceriakan rakyat dan merapatkan hubungan antara mereka, menjadikan masyarakat di dalam harmoni. Sambutan perayaan berbagai kaum menjadi identiti dan jatidiri rakyat Malaysia.
Sekian.

August 19, 2019

FAKTOR PENYATUPADUKAN RAKYAT


FAKTOR  PENYATUPADUKAN RAKYAT
(Fikrah Bangi: 321`):
BBB: 18 Zulhijjah 1440H. = 19 Ogos 2019M. (Isnin).
Faktor penyatu masyarakat yang berkesan antaranya ialah pendidikan, sambutan hari-hari bersejarah, perayaan, sukan dan beberapa yang lain.
Pendidikan adalah dilihat faktor penting di dalam menyatukan masyarakat. Amalan pendidikan pada asalnya bukanlah berobjektif bagi menyatukan masyarakat, tetapi ialah bagi menyampaikan ilmu kepada yang dididik dan mengekalkan tradisi warisan. Kesedaran pendidikan berlaku adalah bersamaan kesedaran keilmuan yang timbul. Misalnya kesedaran kepada keperluan membaca bagi mengetahui ajaran dan keilmuan Islam menggerakkan masyarakat Islam yang mula-mula mempelajari tulisan jawi sejak akhir abad ke 13M lagi yang berlaku di Terengganu. Sejak dari itu pembelajaran keilmuan , terutama keilmuan Islam berlaku sejak akhir abad ke 13M, lagi Sejak dari itu tradisi pengajian Al-Qur`an adalah menjadi asas pengajian yang disertai dengan pengfajian tajwid, aqidah, fiqh dan berbagai-bagai lagi. Ini berkembang ke seluruh alam Melayu selari dengan perkkembangan Islam di Alam Melayu. Abdullah Munshi dalam Hikayat Pelayaran Abdullah pada pertengahan abad ke 19 menyebut tentang pengajian lumrah di Terengganu berasaskan Al-Qur`an.
Inggeris apabila datang menjajah Tanah Melayu, merasa perlu diajar asas mengeja, membaca dan mengira kepada penduduk asal di negara ini, maka diwujudkan sekolah pada akhir abad ke 19 diikuti dengan wujudnya Maktab Perguruan di Tanjung Malim bagi mengeluarkan guru-guru sekolah Melayu, manakala sekolah elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK – 1925) untuk anak-anak raja dan anak-anak pegawai elit. Dapatlah dikatakan sistem pendidikan awal ini merupakan sistem teratur pada peringkat awal yang diwujudkan oleh British yang bertujuan bagi memudahkan tadbiran dan komunikasi British dengan rakyat tempatan, tetapi secara tidak langsung ianya menjadi faktor penyatu rakyat di Tanah Melayu pada peringkat permulaan.
Di samping wujud pendidikan awal secara formal yang diwujudkan British seperti sekolah  Melayu dan Inggeris yang diperluaskan di negara ini pada zaman pemerintahan British wujud pendidikan yang diasaskan oleh kaum, bagi meneruskan warisan kaum berkenaan dan tidak menjadi dasar pendidikan negara. Misalnya orang Cina yang datang pada peringkat awal bekerja di lombong-lombong di Selangor, Perak dan yang berada di Pulau Piunang  bagi menjaga tradisi warisan Cina yang dibawa dari negara Cina, maka diwujudkan sekolah asas Cina secara bersendirisan. Sudah tentulah yang diajar ialah mengeja, menulis dan mengira menurut tradisi Cina dan tidak pernah menjadi tradisi pengajian peringkat  negeri  atau negara. Tradisi ini dikatakan sudah mencapai usia 200 tahun (The Star, 18 Ogos 2019). Keadaan yang sama berlaku terhadap kaum India yang bekerja di estet-estet. Bagi mengatasi buta huruf di kalangan mereka, maka diadakan oleh pihak estet dan persendirian diadakah sekolah-sekolah Tamil dalam keadaan yang daif. Tetapi sebagaimana pendidikan Cina, demikianlah pendidikan Tamil tidak pernah dikira sebagai pendidikan kebangsaan. Sekolah-sekolah kaum-kaum ini adalah diadakan di dalam skala kecil, lantaran bilangan penduduk berkenaan adalah kecil berasaskan tempat mereka tertumpu seperti di lombong-lombong dan peken-pekan yang mulai tumbuh. Walaupun selepas British mewujudkan pengajian kepada anak-anak elit dan sekolah-sekolah aliran Melayu di samping sekolah-sekolah Inggeris, sekolah Cina yang diasas secara persendirian dan sekolah Tamil di estet-ertet tidak pernah dikira sebagai satu aliran pendidikan kebangsaan.
Usaha ke arah mewujudkan dasar Pelajaran Kebangsaan hanya berlaku menjelang kemerdekaan. Rakyat berasal dari negeri Cina dan India yang dikira sebagai pendatang tidak diiktiraf sebagai rakyat asal negara ini.  Sebagai kompromi dan kerjasama antara kaum, maka melalui Dasar Jos Soli, maka pendatang ke negara ini terutama orang Cina dan India diberi peluang mendapat kerakyatan negara ini. Walau bagaimana pendidikan tradisi mereka yang dibawa dari negara asal mereka tidak pernah diiktiraf sebagai aliran atau dasar pendidikan negara.
Dasar pendidikan kebangsaan adalah dirangka melalui Penyata Razak (1956) yang menjadi asas bagi pendidikan negara yang dipraktik dan diperluaskan hingga kini. Dasar ini menyatukan pendidikan dan rakyat negara ini, terutama melalui Dasar Bahasa Kebangsaan – Bahasa Melayu yang menyatupadukan rakyat negara ini.
Sekian.

August 18, 2019

HARMONI DENGAN KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN


HARMONI DENGAN KESATUAN DALAM PELBAGAIAN
(Fikrah Bangi: 320),
BBB:17 Zulhijjah 1440H. – 18 Ogos 2019M/ (Ahad).
Sebagaimana di dalam ruang landskap terdapat kepelbagaian bentuk muka bumi sebagai tapak landskap dan juga terdapat kepelbagaian tumbuhan dari yang tinggi kepada yang rendah, dari yang besar dan kecil, demikian terdapat berbagai objeks yang terbangun di dalam ruang sama ada binaan , batu batan dan sebagainya, maka semuanya dilihat sebagai satu kesatuan yang mengharmonikan.
Demikianlah melihat negara sebagai sebuah landskap ianya terdiri dari kepelbagaian dari muka bumi dan kepelbagaian dari penghuninya yang dapat dilihat dari kepelbagaian kaum, sebagaimana yang banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung. Terdapat juga kepelbagaian taraf hidup mereka dari petani dan nelayan yang dikira berada pada tahap miskin, pengusaha ladang, penanam pokok buah-buahan, penternak, terdapat mereka yang berniaga secara kecil-kecilan, manakala di bandar lebih banyak perbezaan. Misalnya ada yang begitu kaya, manakala terdapat mereka yang terlalu miskin. Ada yang bekerja di pejabat, ada di firma-firma, di kilang-kilang dan sebagai boroh yang membanting tulang.
Walaupun kepelbagaian antara satu sama lain perlu memerlui dan bergantunfgan antara satu sama lain. Pengusaha ladang tidak dapat memakmurkan ladang tanpa ada boroh-boroh yang bekerja, demikian firma-firma perlu profesional yang dapat menggerak dan memajukan firma berkenaan. Kesebokan lalu lintas memerlukan pemandu-pemandu yang membawa penumpang-penumpang. Institusi pendidikan memerlukan pelajar-pelajar yang bakal dididik menjadi mereka yang terpelajar dan berguna kepada bangsa dan negara.
Semua kegiatan yang berada pada landskap  dari  berbagai keperluan dan kelengkapan pada dasarnya adalah sesuatu yang harmoni yang merupakan kesatuan dalam kepelbagaian.
Sebagaimana dikatakan kewujudan ruang landskap boleh tumbuh dan berkembang secara liar dan tidak terjaga, maka ibarat ruang landskap sebagai sebuah negara, bagi menjadikannya teratur, maka ianya memerlukan kepada arkitek  dan seni  taman yang diatur dengan baik.

Dimaksudkan bagi membina negara sebagai ruang landskap yang maju dan baik memerlukan pimpinan yang berwibawa yang mempunyai kelayakan bagi memimpin dan mengatur negara. Pimpinan memerlukan pasukan kabinet yang berwibawa dan berkelayakan di dalam bidang-bidang yang dipertanggungjawabkan.
Sememangnya sifat kepelbagaian rakyat yang terdiri dari miskin dan kaya, tetapi pimpinan hendaklah berusaha agar semua rakyat mendapat pembelaan. Generasi muda diberi pelajaram, mereka diberi peluang mendapat pekerjaan yang memberi faedah kepada diri dan negara. Mereka dipastikan mendapat gaji yang mencukupi. Untuk diri dan keluarga. Mereka berhak dan hendaklah diberi peluang mendapat rumah sebagai tempat perlindungan, Pemerintah hendaklah menggerakkan keperluan ekonomi negara  menjadi negara yang maju.
Sekiranya pemerintah dapat mengatur pemerintahan secara baik, setiap orang mendapat peluang mendapat sumber pendapatan Semua merasa nikmat di dalam negara, maka sesungguhnya negara mencapai kemajuan dan rakyat dari pelbagai kaum bersatu dan dapat hidup di dalam masyarakat secara harmoni.
Sekian.

August 17, 2019

LANDSKAP BUDAYA NEGARA


LANDSKAP BUDAYA  NEGARA
(Fikrah Bangi: 319),
BBB: 16 Zulhijjah 1440H. = 17 Ogos 2019M. (Sabtu).
Sesuatu yang diterima sebagai budaya, adalah sesuatu yang mantap dan indah. Berbaju melayu selengkap dengan bersamping dan bertanjak diterima sebagai pakaian budaya Melayu bagi lelaki   yang mencerminkan sebagai identiti seorang lelaki Melayu yang berjati diri Melayu. Ianya pakaian yang berstatus dan tidak dipakai sembarangan. Dipakai dalam majlis dan acara khusus.
Menyebut landskap Budaya Negara, ianya menggambarkan kedudukan budaya yang bertaraf negara dan dianggap indah. Ianya adalah sebagai realiti budaya negara yang menjadi identiti negara yang dimegahkan.
Sebagaimana sebuah landskap yang berada di dalam suatu kawasan yang muka buminya tidak semestinya rata, sebaliknya mungkin mempunyai tanah tinggi, berbukit, mempunyai lembah, anak sungai, dengan pohon-pohon yang subur dan indah. Landskap sedemikian ditambah indah dengan usaha tambahan dari pengjaganya. Misalnya dengan memotong tanah pada bahagian yang perlu dipotong, membuat denai dan jalan yang boleh dilalui, ditambah dengan tanaman-tanaman hiasan yang menambahkan kecantikan ruang dan pandangan. Pada akhir ruang landskap berkenaan menjadi menarik dan menjadi tempat yang suka dikunjungi, bahkan menjadi tempat yang menarik kehadiran bagi merehatkan minda dan melapangkan jiwa.
Landskap Budaya Negara, adalah tamsilan yang melihat budaya menyeluruh negara adalah sebagai sesuatu yang indah. Budaya negara dari segi alamiahnya adalah cantik. Ianya bergunung ganang, mempunyai hutan tebal, ada  sungai dan adalah lembah dan ada muara ke laut. Di dada bumi negara dihuni oleh penduduk luar bandar yang terdiri dari kampung-kampung yang penduduknya bertani, menanam kelapa sawit , getah dan berbagai tanaman. Mereka juga mengeluarkan hasil hutan dan ternakan, termasuk di sungai. Selain dari kampung-kampung terdapat pekan-pekan yang didiami oleh penghuni dari kaum-kaum yang lebih ramai, ada pusat pentadbiran ada kawasan perniagaan dan perusahaan. Rakyat mengusahakan berbagai kegiatan ekonomi. Pekan-pekan ini mempunyai jalan-jalan yang menghubungkan kawasan pekan dengan bandar-bandar. Bandar menjadi pusat pentadbiran. Kawasan-kawasan dikenali dengan bandar dan ibu negeri yang menjadi pusat pentadbiran dan di sini berpusat pemerintahan negeri. Negeri-negeri berkenaan berpusatkan pemerintahan Pusat yang dikenali sebagai Pusat pemerintahan.
Dari segi penduduk ada rakyat yang miskin yang biasanya berada di luar bandar, manakala di bandar dikira sebagai pusat kegiatan ekonomi. Terdapat di sini berbagai-bagai perusahaan. Di pusat ini terdapat status sosial masyarakat, di mana terdapat kalangan orang politrik yang memerintah, terdapat kalangan pentadbir, pengusaha-pengusaha, orang kaya dan berada, terdapatr rakyat dari kalangan menengah yang mendiami kawasan mewah. Di samping itu terdapat rakyat biasa, tinggal di rumah-rumah pangsa yang agak susah dan berjuabfg bagi mendapat rezeki kehidupan. Manakala kalangan anak-anak berlumba menperbaiki diri dengan mendapat pengajian terbaik bagi mendapat jaminan bahawa dengan berpelajaran, mereka mendapat peluang bekerja secara lebih baik. Pendek kata Lanskap Budaya Negara adalah ruang lingkup negara yang dihuni rakyat dari berbagai kaum dan berbagai taraf kehidupan bagi survival kehidupan.  Landskap Budaya Negara ini dilihat dari mata budaya dan seni  sebenarnya adalah indah. Ia mencerminkan wajah dan imej kehidupan rakyat dan warga  yang menjadi identiti bagi mereka dan negara.
Dengan beranalogi, bahawa ruang lanskap boleh diperbaiki dengan pengindahan  muka bumi, penambahan dengan pokok-pokok hiasan, ditambah dengan jalan-jalan, bahkan disempurnakan landskap berkenaan secara kreatif sehingga menjadi menarik dan disenangi dan dikunjungi, demikianlah secara analogi pihak pentadbir, yakni kerajaan dan pemerintah negara dan negeri tidak sepatutnya berdiam diri, sebaliknya  terus memperbaiki  segala yang berhubungan dengan  landskap negera, terutama dari segi manusia dan rakyat dan segala infra-struktur berkenaan agar terutama rakyat yang menjadi faktor landskap utama negara diberi segala kemudahan yang menggerakkan mereka menjadi maju.
Dengan demikian Lanskap Budaya Negara menjadi indah, maju dan menarik, bahkan disenangi.
Sekian.

August 16, 2019

ADAT, ADAB DAN AKHLAK


ADAT, ADAB DAN AKHLAK
(Fikrah Bangi: 318),
BBB:  15 Zulhijjah 1440H. = 16 Ogos 2019 (Juma`at).
Katiga-tiga perkara di ats adalah merupakan elemen pendidikan yang berjalan serentak ke atas individu dan masyarakat. Ketiga-tiga ada perbezaan yang melengkapkan. Adat sebagaimana telah diperkatakan ialah merupakan nilai yang baik yang dipupuk di dalam masyarakat dan diamalkan dalam masyarakat. Contoh selain dari gotong royong ialah adat mencapai kesepakatan melalui syura. Misalnya bagi melantik seorang ketua kampung, bahkan melantik kabinet menteri pada zaman moden. Manakala `Adab`, ialah peraturan nilai yang juga dilihat baik dari segi agama dan nilai dan diamalkan di tengah masyarakat. Misalnya menghormati ibu bapa, orang tua, pemimpin dan sebagainya. Adab ini terpupuk di dalam kehidupan melalui didikan ibu bapa, masyarakat. Perlakuan beradab adalah dipuji, sebaliknya `Tidak Beradab` adalah dikeji. Dari didikan dan nilai yang baik yang berlaku di dalam masyarakat ini dijadi contoh tauladan oleh individu dalam masyarakat dan cuba diamalkan. Manakala sifat tidak beradab adalah dijauhi.. Manakala `Akhlak` ialah nilai perlakuan yang dilihat lebih tinggi dari adab. Seorang tidak beradab dilihat tidak selari dengan amalan murni, dia dilihat sebagai tidak wajar. Tetapi akhlak adalah nilai yang lebih tinggi yang diukur dengan baik dan buruk. Siapa yang melakukankannya (tidak berakhlak) sekurang-kurangnya dihukum dari segi sosial. Misalnya seorang berpakaian tidak menurut akhlak dan menjolok mata, dikecam. Walau macam mana ia bukan sampai pada tahap yang disifatkan sebagai jenayah yang boleh diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa, Perbutana `Mencuri` misalnya telah melangar adat yang melihat mencuri adalah kesalahan dan bertentangan dari segi adat. Ia juga dilihat tidak beradab dan tidak berakhlak.
Baik adat, adab dan akhlak adalah nilai baik yang dipupuk di tengah masyarakat. Pihak yang melakukan didikan berkenaan ialah ibu bapa, guru institusi agam,a, seperti imam, dan amalan ibadat yang dilakukan, aturan-aturan sosial yang diamalkan di tengah masyarakat. Pada peringkat  mengawal masyarakat agar tidak melampaui tindakan sehingga bercanggah dengan akhlak, ialah undang-undang dan penguatkuasa. Mereka yang melanggar nilai yang lebih dari akhlak seperti melakukan curi, rasuah dan sebagainya menghadapi hukuman dari segi agama yang perbuatan dikutuk dan dikira `Berdosa`, manakala dari hukum perundangan mereka yang mencuri atau melakukan perbuatan rasuah ditangkap polis dan dihadapkan ke mahkamah. Ia mungkin di penjara sebagai balasan terhadap jenayah yang dilakukan.
Lapisan-lapisan nilai berkenaan perlu dihidupkan di tengah masyarakat seperti  di dalam berperlakuan, bahkan diajar secara langsung terhapa anak-anak baik pada peringkat tadika, sekolah rendah, bahkan hingga kepada pengajian tinggi, bahkan nilai yang harus dilalui bagi keseluruhan hidup dan masyarakat itu sendiri. Semua adalah mekanisme bagi membentuk nilai masyarakat yang baik. Nilai-nilai ini walaupun dilihat bukan sebagai didikan formal seperti mempelajari keilmuan secara langsung misalnya belajar ekonomi, sains dan  perundangan, tetapi masyarakat menerima, walau bagaimana hebat pencapaian seseorang di dalam bidang akademik atau berjaya di dalam bidang ekonomi, tetap jika ia tidak menjaga di dalam bidang akhlak dan melebihi daripada itu misalnya rterlibat di dalam perlakuan jenayah. Misalnya:
Seorang pemimpin ternyata terlibat di dalam rasuah.
Seorang ekonomis menipu dari segi urusan kewangan
Seorang doktor melakukan skandel seks dengan pegawai wanitanya dan
Seorang peguam terlibat di dalam pembunuhan.
Jika semuanya sabit dengan kesalahan mereka. Mereka dipandang rendah, dipecat dari jawatan, bahkan dihukum penjara.
Sebab itu nilai adat, adab dan akhlak adalah penting. Perlu  dididik selari dengan bidang-bidang yang lain. Selain ianya dilihat sebagai didikan secara tidak langsung perlu dizahirkan di dalam pendidikan formal, supaya masyarakat dididik dengan baik dan cemerlang di dalam semua bidang. Dengan demikian masyarakat dinentuk secara  berilmu dan berperadaban.
Sekian.

August 15, 2019

ADAT CIRI BUDAYA MASYARAKAT


ADAT CIRI BUDAYA MASYARAKAT
(Fikrah Bangi: 317),
BBB: 14 Zulhijjah 1440H. = 15 Ogos 2019M. (Khamis).
Adat adalah salah satu ciri  yang menjadi identiti bagi sesuatu kaum. Adat ialah amalan yang diulang kerana kebaikannya. Akhirnya menjadi amalan baikyang dilakukan oleh kelompok atau kaum. Sebagai contohnya kerja gotong royong di dalam masyarakat dianggap satu kebaikan, kerana ianya dapat membantu kerja-kerja yang dianggap berat dan memerlukan tenaga yang ramai. Sebagai contoh gotong royong bagi menuai padi yang sudah masak misalnya, maka dengan gotong royong padi dapat dituai dengan segara dengan tenaga yang ramai dan mengelak dari rosak dari kerana lama masa dan kerana tidak cukup tenaga menuainya. Amalan seperti ini dianggap baik, maka kerja gotong royong menjadi adat bagi kaum tani di kampung-kampung. Adat murni ini diwarisi.
Adat gotong royong seperti ini bukan setakat menuai padi, tetapi juga dilakukan bagi kerja-kerja yang lain seperti membina rumah, kerja-kerja kahwin, kematian dan sebagainya. Gotong royong dianggap baik, bahkan sebagai ciri nilai budaya yang indah di dalam kehidupan masyarakat harmoni, tidak bersifat individualis. Ciri yang baik ini diikuti dalam kerja-kerja amal di dalam kehidupan moden. Misalnya gotong royong yang dianjurkan oleh misalnya oleh ketua masyarakat atau bandaraya bagi membersih sesuatu kawasan. Gotong royong yang dianjur oleh wakil rakyat bagi membina rumah orang miskin dari kalangan asnaf dengan peruntukan yang disediakan oleh wakil rakyat. Gotong royong bagi memasak bagi mangsa banjir, ribut dan berbagai-bagai kemalangan. Pendek kata gotong royong adalah adat dan amalan yang baik yang asalnya dari kerja amal dikampung-kampung, maka ianya diwarisi dan sesuai diamalkan oleh masyarakat sama ada di kampung maupun di bandar.
Banyak perkara adat yang menjadi ciri kehidupan masyarakat. Pemupukan nilai adat yang antaranya diperkukuhkan dengan nilai  agama, berlaku kepada seorang individu dari masa kecil hingga ke mati. Ini dapat dilihat.
Seorang ibu yang mengandung seorang bayi dilarang dari menganiaya binatang, takut `kenang` yang tujuannya baik supaya seseorang itu bersifat rahmat dan kasihan belas, termasuk kepada ibu, tidak bersifat kasar.
Bila anak dilahirkan, maka ianya diazan ditelinga bagi anak lelaki dan iqamah bagi anak perempuan agar kata-kata awal yang didengar sianak ialah dari kalimat-kalimat suci. Berkat darinya diharap ianya menjadi anak yang baik. Anak juga ditahniq, sebaiknya oleh seorang guru atau orang alim, dengan harapan anak bakal menjadi anak yang terdidik dan baik. Dalam tempoh seminggu sebagai tanda kesyukuran, maka diaqiqahkan anak tersebut, tanda kesyukuran. Jika anak lelaki disembelih 2 ekor kambing dan bagi anak perempuan seekor, dimasak sedikit rasa manis dan dijamukan kepada masyarakat dan jiran tetangga. Imam atau Tuan Guru akan mendoakan keselamatan dan mengharap anak menjadi anak yang baik, rajin belajar dan memberi manfaat kepada ibu bapa dan mesyarakat.
Masa kecil anak didididik oleh ibu bapa dan keluarga dengfan nilai-nilai yang baik, Misalnya bila hendak makan  dengan tangan kanan dan dimulai dengan bismillah. Ada juga bacaan ketika hendak tidur dan bangun.. Anak terus diajar oleh ibu bapa dan keluarga bercakap. Sebelum menghantar anak ke rumah guru atau sekolah, ibu bapa tekun mengajar anak mengenal huruf, membaca muqaddam dan huruf jawi dan rumi, diajar mengira dan mengeja. Anak-anak dari kecil diajar adat membuang air kecil dan besar. Menjaga kebersihan, makan makanan sihat, cari berpakaian dan cara bergaul dan bermain sesama anak-anak. Segalanya adalah di dalam suasana kasih sayang.
Bersambung ...
Sekian.

August 14, 2019

MAKANAN SEBAGAI ASPEK BUDAYA


MAKANAN  SEBAGAI ASPEK BUDAYA
(Fikrah Bang:  316),
BBB: 1`3 Zulhijjah 1440H. = 14 Ogos 2019M. (Rabu).
Salah satu aspek  yang menjadi bahan budaya di dalam kehidupan manusia ialah makanan.. Untuk hidup manusia memerlukan makanan. Makanan pada asalnya didapatkan oleh manusia yang masih belum mempunyai hubungan dengan luar, ialah dengan mendapatkan atau menanamkan hasil tanaman makanan dari apa yang ada disekelilingnya. Misalnya dari berbagai jenis ubi yang ada disekeliling kawasan kehidupan. Menanamkannya  bila mereka lebih maju misalnya dengan menanam padi, jagung dan berbagai jenis bahan makanan – termasuklah berbagai-bagai buah-buahan yang boleh di dapati di sekeliling kawasan kehidupan. Mereka juga menangkap ikan dan bila bertambah maju mereka juga menternak seperti kambing, lembu dan berbagai-bagai lagi.. Cara mereka menghasilkan makanan dan memakannya adalah merupakan budaya permakanan mereka. Misalnya mereka mulai pandai memasak seperti ubi, beras dan lauk paut.  Antaranya dengan membakar ikan, menyalai daging yang mereka menternak dan berburu. Budaya makanan ini bukan saja jenis-jenis makanan yang mereka dapati dan hasilkan, termasuklah peralatan dan kaedah menghasilkan makanan dan tanaman.
Dalam era yang lebih maju dan berlaku perhubungan dengan luar dan berlaku pertukaran bahan makanan atau sudah ada kaedah berjual beli atau berniaga, maka cara hidup bertambah maju dan makanan yang tidak dapat dihasilkan setempat, dibawa dari luar, atau makanan dari sini dihantar ke luar bagi mendapat pertukaran bahan dan mungkin  wang untuk berjual beli dan berniaga. Barang-barang dari luar dibawa masuk misalnya gandum yang tidak dapat ditanam di Malaysia di bawa masuk dari luar dan beras pula dijual ke luar bagi yang mempunyai kelebihan beras.
Kini kehidupan bertambah moden. Pekerja-pekerja mendapat upah atau gaji dan  berbagai barang dibawa dari luar melalui pengangkutan yang lebih canggih dan cepat. Kini segala barang makanan dari luar dibawa ke sini dan sebaliknya. Kemampuan mendapat berbagai barangan terpulang kepada kemampuan seseorang untuk membeli. Kini limau yang ditanam di Australia atau di Mesir boleh didapat di pasaran. Demikian miusalnya seorang boleh membeli buah kurma dari Timuir Tengah dalam keadaan yang masih fresh. Demikian dengan anggur,  buah zaiton,  zabid dan sebagainya boleh didapati.
Selain dari pengaruh permakanan dari luar dan boleh didapati bagi mereka yang berkemampuan, makanan yang dianggap  baik dan mengenyangkan mempengaruhi cara makanan setempat. Misalnya nasi lemak yang asalnya adalah merupakan makanan asal Melayu, sudah diterima dan menjadi makanan umum, bahkan bukan lagi sebagai makanan waktu pagi, tetapi sepanjang hari. Roti canai yang dianggap dari India atau hasil dari  orang India, kini sudah menjadi makanan yang diterima umum bagi masyarakat dan tidak lagi dimakan waktu pagi. Demikian lagi dengan makanan yong tau foo yang asalnya makanan orang Cina sudah diterima menjadi makanan orang ramai.
Pengaruh makanan juga ada yang dibawa atau dari pengaruh luar negeri, Misalnya tom yam dari Thailand sudah menjadi sebahagaian menu makanan rakyat di Malaysia, Steak dari barat juga menjadi makanan setempat. Sate dulu berasal dari Jawa kini menjadi popular sebagai makanan rakyat.
Makanan setempat juga menjadi popular d tengah masyarakat. Misalnya nasi dagang dari Terengganu menjadi makanan popular bagi berbagai tempat, Nasi kandar dari Penang berkembang dan popular diberbagai tempat. Demikian dengan laksa Johor, dodol Kelantan,  Demikianlah dengan berbagai makanan yang lain. Mskanan juga dikaitkan dengan hariraya, misalnya lemang dan rendang bagi hariraya orang Islam. Demikian dengan perayaan kaum lain ada jenis makanan yang identik dengan perayaan mereka.
Makanan sesungguhnya menjadi sebahagian dari budaya  masyarakat. Kepelbagaian makanan adalah kepelbagaian cita rasa masyarakat. Makanan adalah daya tarikan masyarakat. Sebab itu sering diadakan pesta makanan, juadah Ramadhan yang dapat menarik masyarakat. Ia adalah warna budaya masyarakat.
Sekian.

August 13, 2019

PAKAIAN BUKAN SEKADAR KEPERLUAN


PAKAIAN BUKAN SEKADAR KEPERLUAN

(Frikrah  Bangi: 315),

BBB: 12 Zulhijjah 1440H. = 13 Ogos 201`9M. (Selasa).

Salah satu aspek yang mencirikan budaya ialah pakaian. Pakaian adalah merupalam salah satu keperluan bagi manusia. Tujuan asalnya ialah bagi melindungi diri daripada bahaya seperti melindungi diri dari kesejukan, juga daripada ancaman serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Berpakaian juga dengan tujuan menjaga maruah. Individu atau masyarakat merasa malu jika tubuh badan , apa lagi kemaluan dari terdedah kepada pandangan umum. Perasaan malu ini berlaku bukan saja kepada masyarakat umum, tetapi juga kepada masyarakat primitif seperti orang asli. Mereka menutup kemaluan dengan daun atau kulit agar tidqk terdedah kepada pandangan.

 Evolusi berpakaian terus berlaku sehingga mereka tahu menggfunakan benang dan menenun pakaian. Cara berpakaian adalah berbeza antara satu tempat dari tempat yang lain. Ia bergantung kepada cuaca dan bahan-bahan yang ada. Antara meterial yang terkenal ialah benang yang dibuat dari kapas atau yang lain yang ditenun. Atau dibuat dari bulu binatang. Misalnya bulu biri-biri. Bagi kawasan yang sejuk cuacanya. Misalnya bagi orang eskimo mereka menggunakan pakaian dari bulu binatang, kerana ianya boleh menahan diri dari kesejukan.  Bagi orang Arab yang hidup dalam cuaca yang panas, maka mereka menggunakan baju darpada kain yang tidak panas. Demikian bagi orang Melayu yang bercuaca tropikal menggunakan pakaian dari cotton dan kini berbagai nama yang sesuai dijadikan pakaian sesuai dengan keadaan dan cuaca setempat.


Dari berbagai cuaca menghasilkan berbagai jenis pakaian yang sesuai dengan cuaca setempat  yang mencirikan berbagai budaya pakaian yang menjadi identiti setempat yang berlainan budaya pakaian. Misalnya orang Melayu ber kain dan berbaju melayu dalam masa kebiasaan. Orang Arab dengan jubahnya, orang India dengan kain pelikat dengan baju pendeknya, orang Cina dengan baju manderin dan chemgsam dan sebagainya. Dengan demikian menghasilkan berbagai budaya berpakaian.

Bagi setiap kaum ada pakaian budaya seperti Melayu dengan baju Melayu bertanjak atau bersongkok, orang  Muru-Kadazan dengan pakaian Murut-Kadazannya. Demikian dengan orang Cina, India dan sebagainya memperlihatkan berbagai ciri budaya berpakaian yang unik.

Namun pada peringkat tertentu ada pakaian formal dan diterima sebagai pakaian antarabangsa. Misalnya pakaian kot selengkap diterima sebagai pakaian rasmi pada peringkat antarabangsa, bahkan sama bagi lelaki dan perempuan. 


Sesungguhnya berpakaian adalah mencerminkan budaya kaum dan bangsa.yang menjadi identi, jati diri dan kemegahan bagi mereka.
Sekian.