ADAT, ADAB DAN AKHLAK
(Fikrah Bangi: 318),
BBB:
15 Zulhijjah 1440H. = 16 Ogos 2019 (Juma`at).
Katiga-tiga perkara di ats adalah merupakan
elemen pendidikan yang berjalan serentak ke atas individu dan masyarakat.
Ketiga-tiga ada perbezaan yang melengkapkan. Adat sebagaimana telah
diperkatakan ialah merupakan nilai yang baik yang dipupuk di dalam masyarakat
dan diamalkan dalam masyarakat. Contoh selain dari gotong royong ialah adat
mencapai kesepakatan melalui syura. Misalnya bagi melantik seorang ketua
kampung, bahkan melantik kabinet menteri pada zaman moden. Manakala `Adab`,
ialah peraturan nilai yang juga dilihat baik dari segi agama dan nilai dan
diamalkan di tengah masyarakat. Misalnya menghormati ibu bapa, orang tua,
pemimpin dan sebagainya. Adab ini terpupuk di dalam kehidupan melalui didikan
ibu bapa, masyarakat. Perlakuan beradab adalah dipuji, sebaliknya `Tidak
Beradab` adalah dikeji. Dari didikan dan nilai yang baik yang berlaku di dalam
masyarakat ini dijadi contoh tauladan oleh individu dalam masyarakat dan cuba
diamalkan. Manakala sifat tidak beradab adalah dijauhi.. Manakala `Akhlak`
ialah nilai perlakuan yang dilihat lebih tinggi dari adab. Seorang tidak
beradab dilihat tidak selari dengan amalan murni, dia dilihat sebagai tidak
wajar. Tetapi akhlak adalah nilai yang lebih tinggi yang diukur dengan baik dan
buruk. Siapa yang melakukankannya (tidak berakhlak) sekurang-kurangnya dihukum
dari segi sosial. Misalnya seorang berpakaian tidak menurut akhlak dan menjolok
mata, dikecam. Walau macam mana ia bukan sampai pada tahap yang disifatkan
sebagai jenayah yang boleh diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa, Perbutana
`Mencuri` misalnya telah melangar adat yang melihat mencuri adalah kesalahan
dan bertentangan dari segi adat. Ia juga dilihat tidak beradab dan tidak
berakhlak.
Baik adat, adab dan akhlak adalah nilai
baik yang dipupuk di tengah masyarakat. Pihak yang melakukan didikan berkenaan
ialah ibu bapa, guru institusi agam,a, seperti imam, dan amalan ibadat yang
dilakukan, aturan-aturan sosial yang diamalkan di tengah masyarakat. Pada
peringkat mengawal masyarakat agar tidak
melampaui tindakan sehingga bercanggah dengan akhlak, ialah undang-undang dan
penguatkuasa. Mereka yang melanggar nilai yang lebih dari akhlak seperti
melakukan curi, rasuah dan sebagainya menghadapi hukuman dari segi agama yang
perbuatan dikutuk dan dikira `Berdosa`, manakala dari hukum perundangan mereka
yang mencuri atau melakukan perbuatan rasuah ditangkap polis dan dihadapkan ke
mahkamah. Ia mungkin di penjara sebagai balasan terhadap jenayah yang
dilakukan.
Lapisan-lapisan nilai berkenaan perlu dihidupkan
di tengah masyarakat seperti di dalam
berperlakuan, bahkan diajar secara langsung terhapa anak-anak baik pada
peringkat tadika, sekolah rendah, bahkan hingga kepada pengajian tinggi, bahkan
nilai yang harus dilalui bagi keseluruhan hidup dan masyarakat itu sendiri.
Semua adalah mekanisme bagi membentuk nilai masyarakat yang baik. Nilai-nilai
ini walaupun dilihat bukan sebagai didikan formal seperti mempelajari keilmuan
secara langsung misalnya belajar ekonomi, sains dan perundangan, tetapi masyarakat menerima,
walau bagaimana hebat pencapaian seseorang di dalam bidang akademik atau
berjaya di dalam bidang ekonomi, tetap jika ia tidak menjaga di dalam bidang
akhlak dan melebihi daripada itu misalnya rterlibat di dalam perlakuan jenayah.
Misalnya:
Seorang pemimpin ternyata terlibat di dalam
rasuah.
Seorang ekonomis menipu dari segi urusan
kewangan
Seorang doktor melakukan skandel seks
dengan pegawai wanitanya dan
Seorang peguam terlibat di dalam
pembunuhan.
Jika semuanya sabit dengan kesalahan
mereka. Mereka dipandang rendah, dipecat dari jawatan, bahkan dihukum penjara.
Sebab itu nilai adat, adab dan akhlak
adalah penting. Perlu dididik selari
dengan bidang-bidang yang lain. Selain ianya dilihat sebagai didikan secara
tidak langsung perlu dizahirkan di dalam pendidikan formal, supaya masyarakat
dididik dengan baik dan cemerlang di dalam semua bidang. Dengan demikian
masyarakat dinentuk secara berilmu dan
berperadaban.
Sekian.
No comments:
Post a Comment