PEMBINAAN NEGARA BANGSA
(Fikrah Bangi: 305).
BBB: 02 Zulhijjah 1440H. = 03 Ogos 2019M.
(Sabtu).
Kemerdekaan Negara Malaya adalah merupakan
proses ke arah pembinaan negara bangsa.
Sebelum kemerdekaan dapatlah dikatakan negeri-negeri Melayu di Semenanjung
adalah merupakan negeri-negeri orang Melayu. Kerana kependudukan secara rasmi
adalah orang Melayu. Walaupun sudah ada orang-orang bukan Melayu, mereka ini
dianggap sebagai pendatang yang di bawah oleh penjajah, bagi kepentingan ekonomi
penjajah. Orang India dibawa dari India bagi menjadikan mereka pekerja-pekerja
ladang di estet-estet getah bagi di export atau dibawa pulang ke England
bagi kemajuan industri di sana, Orang
India juga digunakan sebagai boroh yang bekerja dengan keretapi dan pembinaan
jalan raya bagi kemudahan dikeluarkan bahan-bahan ekonomi penjajah. manakala
orang Cina yang sebahagian mereka telah datang peringkat awal dan bertambah
bagi kepentingan pengeluaran bijih timah yang juga bagi kepentingan penjajah.
Orang Melayu dibiarkan dengan kehidupan
dikampung-kampung secara tradisi menanam padi dan juga menanam getah bagi
kepentingan penjajah. Mereka adalah dianggap paling mundur dan tidak banyak
menymbangkan ekonomi kepada penjajah. Keadaan mereka adalah harmoni dan tidak
berlaku konflik, kecuali di kalangan kongsi-kongsi dan penguasa-penguasa bijih.
Orang Melayu hidup setia di bawah pemerintahan raja-raja Melayu. Walau
bagaimana sebelum kemerdekaan dan
sebelum tercetusnya Malayan Union, keadaan negeri-negeri Melayu agak terpisah
dan longgar hubungan antara negeri. Negeri-negeri di Pantai Barat dianggap
maju, kerana banyak hasil ekonomi dan ramai pula dengan pekerja-pekerja yang
memberi pulangan ekonomi kepada penjajah. Adapun negeri-negeri di Pantai Timurt
agak terabai, kerana kurang dari segi hasil mahsul yang dapat dikaut oleh
penjajah.
Selepas perang Dunia Kedua, ada beberapa usaha
menyatukan negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1948 diusulkan agar negeri-negeri
Melayu bersatu di dalam gabungan yang dikenali dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Penyatuan negeri-negeri berkenaan tidaklah merubah dari segi geografi dan sistem
pemerintahan bernegeri. Tiap-tiap negeri, tetap dari segi sempadan
masing-masing dengan Raja atau Sultan adalah pemerintah negeri dengan wujudnya
pentadbiran tertinggi di negeri yang dikenali dengan Menteri Besar, manakala
pada setiap daerah mempunyai ketua yang dikenali dengan pegawai Daerah. Di
bawah mereka adalah penghulu-penghulu dan ketua kampung.. Sistem ini berterusan
hingga menjelang kemerdekaan, apabila pihak penjajah memperkenalkan satu konsep
pemerintahan yang dikenali dengan Malayan Union bertujuan menyatukan neger-negeri
dibawah sat penyatuan. Pada masa ini gerakan politik tanahair sedang rancak ke
arah menuntut kemerdekaan. Parti-parti politik Melayu atau yang lebih dikenali
dengan Umno, menentang Malayan Union. Malayan Union dituduh bertujuan untuk
menjatuhkan Raja-Raja Melayu. Lantaran itu Malayan Union ditiadakan akibat dari
penentangan berkenaan
Sebagaimana dimaklum melalui rundingan
terutama Umno, pihak British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Malaya pada
masa itu atas kerjasama Umno, MCA dan MIC. Satu cara penyelesaian yang dianggap
sebagai satu cara menyatupadukan rakyat di negara ini, adalahj disetujui
melalui konsep Jos Soli, maka rakyat dari kaum Cina dan India yang bekerja di sini
dan tidak berhasrat pulang ke negara asal mereka diberi kerakyatan melalui Jos
Soli tersebut. Mereka adalah dari keturunan Cina dan India. Ini adalah
merupakan hasil rundingan dengan pihak penjajah dan kerjasama Parti Perikatan
yang terkandung di bawahnya MCA dan MIC. Dengan penerimaan kerakyatan ini
memperkukuhkan sokongan rakyat terutama kepada Part Perikatan pada masa itu.
Langkah ini dapat dikatakan sebagai proses
pembinaan negara Bangsa yang dikenali dengan Malaya Merdeka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment