August 19, 2019

FAKTOR PENYATUPADUKAN RAKYAT


FAKTOR  PENYATUPADUKAN RAKYAT
(Fikrah Bangi: 321`):
BBB: 18 Zulhijjah 1440H. = 19 Ogos 2019M. (Isnin).
Faktor penyatu masyarakat yang berkesan antaranya ialah pendidikan, sambutan hari-hari bersejarah, perayaan, sukan dan beberapa yang lain.
Pendidikan adalah dilihat faktor penting di dalam menyatukan masyarakat. Amalan pendidikan pada asalnya bukanlah berobjektif bagi menyatukan masyarakat, tetapi ialah bagi menyampaikan ilmu kepada yang dididik dan mengekalkan tradisi warisan. Kesedaran pendidikan berlaku adalah bersamaan kesedaran keilmuan yang timbul. Misalnya kesedaran kepada keperluan membaca bagi mengetahui ajaran dan keilmuan Islam menggerakkan masyarakat Islam yang mula-mula mempelajari tulisan jawi sejak akhir abad ke 13M lagi yang berlaku di Terengganu. Sejak dari itu pembelajaran keilmuan , terutama keilmuan Islam berlaku sejak akhir abad ke 13M, lagi Sejak dari itu tradisi pengajian Al-Qur`an adalah menjadi asas pengajian yang disertai dengan pengfajian tajwid, aqidah, fiqh dan berbagai-bagai lagi. Ini berkembang ke seluruh alam Melayu selari dengan perkkembangan Islam di Alam Melayu. Abdullah Munshi dalam Hikayat Pelayaran Abdullah pada pertengahan abad ke 19 menyebut tentang pengajian lumrah di Terengganu berasaskan Al-Qur`an.
Inggeris apabila datang menjajah Tanah Melayu, merasa perlu diajar asas mengeja, membaca dan mengira kepada penduduk asal di negara ini, maka diwujudkan sekolah pada akhir abad ke 19 diikuti dengan wujudnya Maktab Perguruan di Tanjung Malim bagi mengeluarkan guru-guru sekolah Melayu, manakala sekolah elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK – 1925) untuk anak-anak raja dan anak-anak pegawai elit. Dapatlah dikatakan sistem pendidikan awal ini merupakan sistem teratur pada peringkat awal yang diwujudkan oleh British yang bertujuan bagi memudahkan tadbiran dan komunikasi British dengan rakyat tempatan, tetapi secara tidak langsung ianya menjadi faktor penyatu rakyat di Tanah Melayu pada peringkat permulaan.
Di samping wujud pendidikan awal secara formal yang diwujudkan British seperti sekolah  Melayu dan Inggeris yang diperluaskan di negara ini pada zaman pemerintahan British wujud pendidikan yang diasaskan oleh kaum, bagi meneruskan warisan kaum berkenaan dan tidak menjadi dasar pendidikan negara. Misalnya orang Cina yang datang pada peringkat awal bekerja di lombong-lombong di Selangor, Perak dan yang berada di Pulau Piunang  bagi menjaga tradisi warisan Cina yang dibawa dari negara Cina, maka diwujudkan sekolah asas Cina secara bersendirisan. Sudah tentulah yang diajar ialah mengeja, menulis dan mengira menurut tradisi Cina dan tidak pernah menjadi tradisi pengajian peringkat  negeri  atau negara. Tradisi ini dikatakan sudah mencapai usia 200 tahun (The Star, 18 Ogos 2019). Keadaan yang sama berlaku terhadap kaum India yang bekerja di estet-estet. Bagi mengatasi buta huruf di kalangan mereka, maka diadakan oleh pihak estet dan persendirian diadakah sekolah-sekolah Tamil dalam keadaan yang daif. Tetapi sebagaimana pendidikan Cina, demikianlah pendidikan Tamil tidak pernah dikira sebagai pendidikan kebangsaan. Sekolah-sekolah kaum-kaum ini adalah diadakan di dalam skala kecil, lantaran bilangan penduduk berkenaan adalah kecil berasaskan tempat mereka tertumpu seperti di lombong-lombong dan peken-pekan yang mulai tumbuh. Walaupun selepas British mewujudkan pengajian kepada anak-anak elit dan sekolah-sekolah aliran Melayu di samping sekolah-sekolah Inggeris, sekolah Cina yang diasas secara persendirian dan sekolah Tamil di estet-ertet tidak pernah dikira sebagai satu aliran pendidikan kebangsaan.
Usaha ke arah mewujudkan dasar Pelajaran Kebangsaan hanya berlaku menjelang kemerdekaan. Rakyat berasal dari negeri Cina dan India yang dikira sebagai pendatang tidak diiktiraf sebagai rakyat asal negara ini.  Sebagai kompromi dan kerjasama antara kaum, maka melalui Dasar Jos Soli, maka pendatang ke negara ini terutama orang Cina dan India diberi peluang mendapat kerakyatan negara ini. Walau bagaimana pendidikan tradisi mereka yang dibawa dari negara asal mereka tidak pernah diiktiraf sebagai aliran atau dasar pendidikan negara.
Dasar pendidikan kebangsaan adalah dirangka melalui Penyata Razak (1956) yang menjadi asas bagi pendidikan negara yang dipraktik dan diperluaskan hingga kini. Dasar ini menyatukan pendidikan dan rakyat negara ini, terutama melalui Dasar Bahasa Kebangsaan – Bahasa Melayu yang menyatupadukan rakyat negara ini.
Sekian.

No comments:

Post a Comment