POLITIK DAN PERPADUAN MENJELANG ULANG TAHUN
KEMERDEKAAN
(Fikrah Bangi: 328),
BBB: 25 Zulhijjah 1440H. = 26 Ogos 2019M.
(Isnin).
Politik perjuangan bagi mendapat
kemerdekaan negara dilihat adalah perjuangan yang murni. Ada yang berjaya,
tetapi ada yang menjadi mangsa merengkok dalam tahanan. Setengahnya menderita dan menemui ajal. Politik
memperjuangkan kemerdekaan membawa
negara ini mencapai kemerdekaan yang tarikh keranat kemerdekaan disambut setiap
tahun.
Selepas kemerdekaan dilihat penubuhan parti
politik tidak lain dari mau menguasai pemerintahan. Berbagai ideologi dan
saranan ditampilkan kepada rakyat bagi mendapat sokongan. Selama lebih 60 tahun
parti Perikatan dan BN dilihat releven diberi mandat memerintah negara ini.
Dalam masa tersebut parti berkenaan, semasa Tunku Abdul Rahman telah
mencadangkan gagasan Malaysia sejak 1961
dan cadangan berkenaan diterima (1963) oleh Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi ditolak
oleh Brunei dan kemudian 1965 Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Melalui politik
menyatukan negeri-negeri dalam Malaysia, walaupun pada peringkat tertentu ada
gugatan. Pada peringkat luar ditentang oleh Indonesia dan Filipina. Dari dalam,
misalnya ketika Sabah di bawah PBS ada semacam penentangan terhadap Kuala
Lumpur. Tun Mustafa dianggap bapa yang mententeramkan Sabah dengan USNO
(seperti Umno) dan diteruskan ole seperti Berjaya dan kemudian BN yang selari
dengan Persekutuan.
Sarawak pada peringkat permulaan dilihat
tenteram kerana kebijaksanaan pemimpin seperti Tun Abdul Rahman Ya`kob. Sarawak
dan Sabah kelihatan tenang, tatkala pemerintahan berada di bawah BN.
Selepas pilihanraya 2014 (9 Mei 2018),
berlaku perubahan sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Rakyat tidak
puashati dengan pemerintahan BN selama lebih 60 tahun memerintah itu. Isu GST
dan IMDB membangkit sentimen kemarahan rakyat yang mnenjatuklan BN. Kenaikan
BN tidaklah selicin yang diharapkan.
Sabah yang dimenangi Parti Warisan di bawah Shafie Afdal berjaya menarik
sokongan yang menyebabkan Sabah yang dikuasai majoriti BN, berlaku lompatan
ahli-ahli parti BN ke Warisan. Walau bagaimana Warisan dilihat mnengambil
pendekatan berpihak kepada pemerintah Persekutuan .
Walau bagaimana Sarawak yang juga di bawah
BN sebelum PH, dilihat sebagai radikal. Ini sebenarnya dapat dirasai semasa BN
masih memerintah lagi. Tok Nan (Adnan) yang saebelumnya Menteri Kabinet
Persekutuan apabila dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak bersifat radikal dan
menyuarakan hak-hak Sarawak sebagaimana di dalam perjanjian Penubuhan Malaysia dan kini
tuntutan diteruskan oleh pimpinan kini. Sarawak dilihat banyak mendapat faedah
hasil tuntutan terhadap kerajaan PH kini. Apa yang dapat dirasa, ada semacam
`Longgar` ikatan negari-negeri di dalam Malaysia sekarang, terutamanya dengan
Sarawak. Ini akibat dari mainan dan
sentimen politik, khususnya yang bersifat kenegerian.
Perkembangan lanjut sebenarnya sedang
berlaku. Pihak pemerintah PH dilihat menunjukkan sifat yang lebih liberal terhadap
Sarawak bagi mendapat sokongan politik ?
Di samping pemerintah berusaha untuk meningkatkan
sokongan rakyat setelah ternyata semakin menurun, dan dalam masa usaha
meningkatkan penyatuan, khususnya dalam
situwasi menyambut kemerdekaan Tan Sri Muhyiddin Yasin menyatakan, bahawa unsur
perkauman meningkat sekaliganda berbanding dengan masa sebelumnya. Beliau
menyebut tiga faktor, iaitu, sentimen perkauman, agama dan isu Jawi (Tradisi
dan Budaya).
Perkara di atas adalah disedari, tetapi
kementerian Dalam Negeri tidak sepatutnya mendedahkan semata-mata. Sebaliknya
hendaklah memberi jawapan mengapa >
Ini adalah terjadi dalam masa pemerintahan
kini. Ertinya ianya diakibatkan oleh polisi pemerintahan kini. Kita mau tau
sebab terjadi demikian dan jawapan bagi mengatasinya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment