SINDROM PENAFIAN, BERI PENGIKTIRAFAN
(Fikrah Bangi: 331),
BBB: 28 Zulhijjah 1440H. = 29 Ogos 2019M.
(Khamis).
Sebagaimana kita katakan kelmarin, bahawa
sambutan kemerdekaan dan kebangsaan adalah terlampau Kuala Lumpur (termasuk
Putrajaya) sentrik, sehingga terasa seolah-olah Sabah dan Sarawak dilupai dari
segi pembentukan Malaysia. Malam tadi juga berbetulan Penuilis mengikuti ruang
pembicaraan mengenai sambutan kemerdekaan dan kebangsaan dari Timbalan Menteri
Penerangan, sindrom penafian dan menyalahkan `regim` (istilah yang digunakan)
terdahulu dan kerajaan terkini adalah berusaha memperbetulkan apa yang telah
dilakukan sebelumnya. Ini bererti penafian terhadap sejarah dan peranan yang
telah dibina oleh pemerintah terdahulu lebih dari setengah abad itu.
Sejauhmanakah hebatnya kerajaan sekarang yang melihat kesilaman itu sebagai kesalahan
dan tidak betul. Apakah pembaharuan pembaharuan yang nak dibawa itu ? Sedangkan
apa yang kita lihat apa yang hendak disambut dan pendekatan yang dilakukan
tidak jauh bezanya dari apa yang dilakukan oleh pihak yang lepas. Sebaliknya
ianya adalah ulangan yang setengahnya begitu klisye sifatnya. Tiada yang baru
dan sekadar pesta-pestaan.
Negara sesungguhnya tidak lupa terhadap peranan dan
sejarah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, sepatutnya juga oleh
generasi baharu yang setengahnya tidak berkesempatan dan tidak mengalami sejarah yang dilalui
negara baik bagi kemerdekaan Semenanjung Malaya dan juga Malaysia. Mereka
berjuang secara aman, tetapi pahit dari segi pengalaman yang kesusahpayaan
mereka seharusnya dihormati dan dikenangi.
Ada pola-pola persamaan antara perjuangan
kemerdekaan Malaya dan Malaysia yang seharusnya dijadikan azimat perjuangan
yang menyatupadukan rakyat di negara ini. Malaya dan Malaysia melalui pola ketentuan sejarah yang sama.
Baik Malaya dan Malaysia adalah merupakan bekas penjajahan British berada
bersebelahan di bahagian selatan ialah Indonesia yang sedang berjuang bagi
kemerdekaan dari penjajahan Belanda, manakala pada bahagian utara, faham
komunisme sedang berkembang di China dan vietnam yang faham ini mau diresapkan
ke Selatan. Kapitalis Amerika pada masa itu menguasai Vietnam yang diwarisi
dari Perancis dan juga mewarisi filipina dari Sepanyol
Selepas Perang Dunia Kedua, berdasarkan
Perjanjian Pacific, Penjajah dilihat saebagai kejijikan, mereka digalakkan
memberi kemerdekaan dan rakyat tempatan sememangnya sedang berjuang menuntut
kemerdekaan. Bagi negera-negara di bawah penjajahan British ada semacam
kebimbangan jatuh di bawah pengaruh komunis yang akan menyekat dasar kapitalis
di kawasan ini. Pemimpin-pemimpin di Malaya memang berjuang untuk kemerdekaan,
tetapi mereka terdiri dari berbagai aliran. Ada yang beraliran nasionalis seperti Dato` Onn Ja`far, Tunku dan yang
sealiran dengan mereka. Ada yang bersifat Islamis+Nasionalis seperti
Burhanuddinm Hilmi, ada komunis seperti Cheng Peng dan ada yang mendukung sosialis dan rakyat.
British dan Umno, kemudian disertai MCA dan MIC meletakkan negara ini di atas
landasan Nasionalis dan sedang menentang komunis, walaupun selepas kemerdekaan.
Gagasan Malaysia yang dicetusklan oleh
Tunku Abdul Rahman (1961), pada hakikat selari dengan kebimbangan dan hasrat
British. Kebimbangan bahawa tanah jajajahanya seperti Sabah (diwarisi dari
Keluarga Raja Brook) dan Sarawak dan Singapura dari jatuh di bawah pengaruh
terutama komunis yang akan menyekat dasar kapitalis di rantau ini dan juga akan
mengepung Australia tanah kekuasaan British, maka jalan terbaik jika sekiranya
bekas tanah jajahan British itu bersatu sebagai satu kelompok politik
pemerintahan. Tunku Abdul Rahman adalah watak yang berpeluang mengambil
kesempatan ini. Cetusan awalnya tentang Gagasan Malaysia disuarakan di
Singapura pada tahun 1961 dan mendapat renspond positif dari Lee Kuan Yew yang
menjadi Ketua Menteri Singapura pada masa itu. Gagasan ini diperluaskan ke
Sabah pada masa Donald Stephen menjadi pemimpin di Sabah dan juga diSarawak di
bawah pemimpin-pemimpin tempatan seperti Jugah Anak Biring, Kaluningkan, Abdul
Rahman Ya`kob dan Abang Uping (bapa Abang Johari).
Cetusan idea bernas ini mendapat sambutan,
tetapi tidak semudah dapat dilaksanakan dan perlu diwujudkan Suruhanjaya
Pelaksana. Halangan besar juga terpaksa ditempuh, misalnya Pemberontakan dan
penentangan dari Brunei oleh Azhari pemimpin yang menentang penyertaan Brunei
dalam Malaysia. Indonesia di bawah Presiden Sukarno dan di bawah pimpinan
Subandrio dan Aidit dari parti Komunis melancarkan konfrontasi terhadap
Malaysia dan Filipina menuntut Sabah yang didakwa di bawah Kerajaan Sulu di
Selatan yang termasuk dalam Filipina.
Berbagai tokoh pemimpi yang lahir dan
berjuang ke arah pembentukan Malaysia dan bukan dari Semenanjung sahaja.
Mengapa peranan mereka diabaikan dari pentas pembentukan Malaysia ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment