MASJID AL-UMM MENGANJURKAN KELAS TARANNUM
DAN SENI ISLAMI
(Fikrah Bangi: 326),
BBB: 23 Zulhijjah 1440H. = 24 Ogos 2019M.
(Sabtu).
Masjid Al-Umm pada pagi ini mengorak
langkah memperluaskan bidang pengajian kepada yang bersifat seni. Bidang yang
ditawarkan ialah Tarannum dan Seni Islami.
Tuan Nazir Masjid Al-Umm Dr. Haji Shafie
Abu Bakar dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa hasrat membuka bidang ini
memang berada di dalam plan induk
pengajian. Kini didapati masa yang bersesuaian. Antaranya dengan adanya guru
yang berkelayakan, terutamanya di dalam bidang tarannum.
Iklan dan hebahan untuk membuka Kelas
Tarannum dan Seni Islami telah dibuat sejak dua bulan yang lepas melalui media letronik dan hebahan kepada ahli jamaah
Masjid Al-Umm, terutama yang mempunyai anak atau cuci untuk datang mengikuti
Kelas Tarannum dan Seni Islami yang akan dibuka.
Pagi ini adalah merupakan hari pelancaran
bagi kelas tersebut. Pendaftaran pagi ini adalah bertempat di Bilik
Mesyuarat tingkat Satu Masjid Al-Umm.
Pada pagi ini semua bilik kuliah ditempah. Daripada 20 yang mendaftar 13 yang
hadir.
Guru yang akan membimbing pelajar-pelajar
ialah Ustaz Ghazi Najmuddeen, Imam bagi Masjid Al-Umm dan Ustas Faris Abdul
Hadi (Tidak hadir pada pagi ini kerana menyertai bertandingan Tilawah Al-Qur`an
pada peringkat Daerah Sepang yang siapa yang menang akan mewakili daerah ke negeri,
ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa kelak. Ustaz Faris adalah guru dalam
bidang Tarannum.
Menurut Nazir dalam ucapannya, pelajar
tarannum bukan setakat pembacaan semata-mata. Bidang pembacaan akan
dipertingkatkan dari segi tajwid dan dikembangkan kepada peringkat hafalan.
Manakala di dalam bidang Tarannum dan Seni
Islam pengajian dan latihan akan melibatkan bidang nasyid, marhaban, qasidah,
barzanji, azan, bahkan di dalam bidang khat (kaligrafi).
Semua bidang ini tidak semestinya diajar
oleh dua ustaz di atas, tetapi akan dijemput dari masa ke masa gurur-guru pakar
di dalam bidang-bidang khusus seperti guru di dalam bidang khat, nasyid,
qasidah dan sebagainya dari luar. Peralatan teknologi terkini akan digunakan,
Sebagai contoh dipergunakan sebagai contoh tarannum qari-qari seperti Syaikh
Al-Qushairi, Muhammad `Abdul Baeit, Syeikh Sudays dari luar negara dan
qari-qari tempatan seperti Ustaz Ismail Hashim, Ahmad Pergau, dan qari-qari
terkenal yang lebih baharu. Begitu juga dengan qariah seperti Hajah Rugayah Sulung, Faridah Mohd. Saman,
Hajah Rahmah dan qariah-qariah yang lebih baharu. Untuk makluman sebahagian
dari pelajar yang mengikuti kelas ialah pelajar perempuan.
Membayangkan visi dan misi pada masa depan,
pelajar-pelajar diharap bukan saja dapat membaca Al-Qur`an secara bertarannum
dan menghafal, tetapi juga dapat memberi makna dan mentafsir ayat-ayat
Al-Qur`an, sebab itu adalah menjadi hasrat Masjid Al-Umm pelajar-pelajar nuga akan diajar bahasa `Arab
dan juga nahu-saraf.
Bagi perkembangan lanjut, pihak Masjid
Al-Umm akan menganjurkan pertandingan bertarannum antara surau-surau di bawah
Masjid Al-Umm (23 surau), termasuk bidang-bidang seni yang lain seperti nasyid,
qasidah, salawat, azan dan penulisan khat.
Pertandingan akan diperluaskan kepada
peringkat daerah, negeri dan adalah menjadi harapan Masjid Al-Umm, bahawa pada
satu masa nanti pihak Masjid akan dapat menghantar wakil musabaqah Tilawah
Al-Qur`an pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa – Insya Allah.
Pada pertemuan pertama ini pelajar-pelajar
diuji dari segi pembacaan Al-Qur`an. Al-hamdulillah semua dapat membaca dengan
baik. Mereka akan dipertingkatkan dari segi tarannum, tajwid dan hafalan. Kita
berharap kelas Tarannum dan seni Islami yang dianjurkan akan terus maju dan
berkembang dan menjadi imej dan identiti
bagi Masjid Al-Umm – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment