ADAT
CIRI BUDAYA MASYARAKAT
(Fikrah
Bangi: 317),
BBB:
14 Zulhijjah 1440H. = 15 Ogos 2019M. (Khamis).
Adat
adalah salah satu ciri yang menjadi
identiti bagi sesuatu kaum. Adat ialah amalan yang diulang kerana kebaikannya.
Akhirnya menjadi amalan baikyang dilakukan oleh kelompok atau kaum. Sebagai
contohnya kerja gotong royong di dalam masyarakat dianggap satu kebaikan,
kerana ianya dapat membantu kerja-kerja yang dianggap berat dan memerlukan
tenaga yang ramai. Sebagai contoh gotong royong bagi menuai padi yang sudah
masak misalnya, maka dengan gotong royong padi dapat dituai dengan segara
dengan tenaga yang ramai dan mengelak dari rosak dari kerana lama masa dan
kerana tidak cukup tenaga menuainya. Amalan seperti ini dianggap baik, maka
kerja gotong royong menjadi adat bagi kaum tani di kampung-kampung. Adat murni
ini diwarisi.
Adat
gotong royong seperti ini bukan setakat menuai padi, tetapi juga dilakukan bagi
kerja-kerja yang lain seperti membina rumah, kerja-kerja kahwin, kematian dan
sebagainya. Gotong royong dianggap baik, bahkan sebagai ciri nilai budaya yang
indah di dalam kehidupan masyarakat harmoni, tidak bersifat individualis. Ciri
yang baik ini diikuti dalam kerja-kerja amal di dalam kehidupan moden. Misalnya
gotong royong yang dianjurkan oleh misalnya oleh ketua masyarakat atau bandaraya
bagi membersih sesuatu kawasan. Gotong royong yang dianjur oleh wakil rakyat
bagi membina rumah orang miskin dari kalangan asnaf dengan peruntukan yang disediakan
oleh wakil rakyat. Gotong royong bagi memasak bagi mangsa banjir, ribut dan
berbagai-bagai kemalangan. Pendek kata gotong royong adalah adat dan amalan
yang baik yang asalnya dari kerja amal dikampung-kampung, maka ianya diwarisi
dan sesuai diamalkan oleh masyarakat sama ada di kampung maupun di bandar.
Banyak
perkara adat yang menjadi ciri kehidupan masyarakat. Pemupukan nilai adat yang
antaranya diperkukuhkan dengan nilai
agama, berlaku kepada seorang individu dari masa kecil hingga ke mati.
Ini dapat dilihat.
Seorang
ibu yang mengandung seorang bayi dilarang dari menganiaya binatang, takut
`kenang` yang tujuannya baik supaya seseorang itu bersifat rahmat dan kasihan
belas, termasuk kepada ibu, tidak bersifat kasar.
Bila
anak dilahirkan, maka ianya diazan ditelinga bagi anak lelaki dan iqamah bagi
anak perempuan agar kata-kata awal yang didengar sianak ialah dari
kalimat-kalimat suci. Berkat darinya diharap ianya menjadi anak yang baik. Anak
juga ditahniq, sebaiknya oleh seorang guru atau orang alim, dengan harapan anak
bakal menjadi anak yang terdidik dan baik. Dalam tempoh seminggu sebagai tanda
kesyukuran, maka diaqiqahkan anak tersebut, tanda kesyukuran. Jika anak lelaki
disembelih 2 ekor kambing dan bagi anak perempuan seekor, dimasak sedikit rasa
manis dan dijamukan kepada masyarakat dan jiran tetangga. Imam atau Tuan Guru
akan mendoakan keselamatan dan mengharap anak menjadi anak yang baik, rajin
belajar dan memberi manfaat kepada ibu bapa dan mesyarakat.
Masa
kecil anak didididik oleh ibu bapa dan keluarga dengfan nilai-nilai yang baik,
Misalnya bila hendak makan dengan tangan
kanan dan dimulai dengan bismillah. Ada juga bacaan ketika hendak tidur dan
bangun.. Anak terus diajar oleh ibu bapa dan keluarga bercakap. Sebelum
menghantar anak ke rumah guru atau sekolah, ibu bapa tekun mengajar anak
mengenal huruf, membaca muqaddam dan huruf jawi dan rumi, diajar mengira dan
mengeja. Anak-anak dari kecil diajar adat membuang air kecil dan besar. Menjaga
kebersihan, makan makanan sihat, cari berpakaian dan cara bergaul dan bermain
sesama anak-anak. Segalanya adalah di dalam suasana kasih sayang.
Bersambung
...
Sekian.
No comments:
Post a Comment