August 18, 2019

HARMONI DENGAN KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN


HARMONI DENGAN KESATUAN DALAM PELBAGAIAN
(Fikrah Bangi: 320),
BBB:17 Zulhijjah 1440H. – 18 Ogos 2019M/ (Ahad).
Sebagaimana di dalam ruang landskap terdapat kepelbagaian bentuk muka bumi sebagai tapak landskap dan juga terdapat kepelbagaian tumbuhan dari yang tinggi kepada yang rendah, dari yang besar dan kecil, demikian terdapat berbagai objeks yang terbangun di dalam ruang sama ada binaan , batu batan dan sebagainya, maka semuanya dilihat sebagai satu kesatuan yang mengharmonikan.
Demikianlah melihat negara sebagai sebuah landskap ianya terdiri dari kepelbagaian dari muka bumi dan kepelbagaian dari penghuninya yang dapat dilihat dari kepelbagaian kaum, sebagaimana yang banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung. Terdapat juga kepelbagaian taraf hidup mereka dari petani dan nelayan yang dikira berada pada tahap miskin, pengusaha ladang, penanam pokok buah-buahan, penternak, terdapat mereka yang berniaga secara kecil-kecilan, manakala di bandar lebih banyak perbezaan. Misalnya ada yang begitu kaya, manakala terdapat mereka yang terlalu miskin. Ada yang bekerja di pejabat, ada di firma-firma, di kilang-kilang dan sebagai boroh yang membanting tulang.
Walaupun kepelbagaian antara satu sama lain perlu memerlui dan bergantunfgan antara satu sama lain. Pengusaha ladang tidak dapat memakmurkan ladang tanpa ada boroh-boroh yang bekerja, demikian firma-firma perlu profesional yang dapat menggerak dan memajukan firma berkenaan. Kesebokan lalu lintas memerlukan pemandu-pemandu yang membawa penumpang-penumpang. Institusi pendidikan memerlukan pelajar-pelajar yang bakal dididik menjadi mereka yang terpelajar dan berguna kepada bangsa dan negara.
Semua kegiatan yang berada pada landskap  dari  berbagai keperluan dan kelengkapan pada dasarnya adalah sesuatu yang harmoni yang merupakan kesatuan dalam kepelbagaian.
Sebagaimana dikatakan kewujudan ruang landskap boleh tumbuh dan berkembang secara liar dan tidak terjaga, maka ibarat ruang landskap sebagai sebuah negara, bagi menjadikannya teratur, maka ianya memerlukan kepada arkitek  dan seni  taman yang diatur dengan baik.

Dimaksudkan bagi membina negara sebagai ruang landskap yang maju dan baik memerlukan pimpinan yang berwibawa yang mempunyai kelayakan bagi memimpin dan mengatur negara. Pimpinan memerlukan pasukan kabinet yang berwibawa dan berkelayakan di dalam bidang-bidang yang dipertanggungjawabkan.
Sememangnya sifat kepelbagaian rakyat yang terdiri dari miskin dan kaya, tetapi pimpinan hendaklah berusaha agar semua rakyat mendapat pembelaan. Generasi muda diberi pelajaram, mereka diberi peluang mendapat pekerjaan yang memberi faedah kepada diri dan negara. Mereka dipastikan mendapat gaji yang mencukupi. Untuk diri dan keluarga. Mereka berhak dan hendaklah diberi peluang mendapat rumah sebagai tempat perlindungan, Pemerintah hendaklah menggerakkan keperluan ekonomi negara  menjadi negara yang maju.
Sekiranya pemerintah dapat mengatur pemerintahan secara baik, setiap orang mendapat peluang mendapat sumber pendapatan Semua merasa nikmat di dalam negara, maka sesungguhnya negara mencapai kemajuan dan rakyat dari pelbagai kaum bersatu dan dapat hidup di dalam masyarakat secara harmoni.
Sekian.

No comments:

Post a Comment