WARNA PERJUANGAN KEMERDEKAAN
(Fikrah Bangi: 303),
BBB:
29 Zulkaedah 1440H. = 01 Ogos 2019M. (Khamis).
Mulai 1940an lumrah dengan perjuangan
kemerdekaan negara di negara-negara dijajah. Sebelum dari itu perjuangan
kemerdekaan agak kurang ketara, kerana pada anggapan negara-negara yang
dijajah, mereka berpendapat adalah sukar mengalahkan negara-negara yang menjajah
mereka, kerana mereka terlalu kuat. Sebarang pemberontakan yang berlaku, mereka
mampu memadamnya. Berlainan selepas 1940an, khususnya selepas berlaku
peperangan dunia kedua (1940-1945) , mereka menyaksikan sendiri, bahawa
negara-negara penjajah yang dianggap kuat itu rupanya dapat dikalahkan.
Misalnya British yang berkuasa di beberapa negara di Asia seperti di Malaya,
Burma, India dan tempat-tempat yang lain
dapat dikalahkan oleh Jepun , Belanda yang menguasai Indonesia juga dapat
dikalahkan oleh Jepun, bahkan Amerika yang menguasai Filipina – selepas Spanyol
juga dikalahkan oleh Jepun. Juga
penjajahan-penjajahan yang berlaku di benua-benua yang lain berubah penguasaan.
Biarpun penjajah seperti Jepun dan German kemudian kalah dan setengah
penjajah cuba kembali menjajah di tempat mereka menjajah seperti British
kembali ke Malaya – Juga Borneo, Belanda kembali ke Indonesia dan diberbagai
tempat lain, tetapi pandangan rakyat dan negara-negara yang dijajah terhadap bekas
penjajah mereka sudah berubah. Pandanganm baru, bahawa penjajah dapat
dikalahkan, sebab itu mereka yang kembali untuk memerintah perlu ditentang,
mereka tidak kuat mana, Kemerdekaan perlu direbut dan pejuang-pejuang sanggup
mengangkat senjata melawan `Tuan` yang telah menjajah mereka. Ini ketara berlaku
di Indonesia. Belanda sebenarnya negara kecil di Eropah, jauh lebih kecil dari
negara Indonesia dan penduduk mereka tidak serama rakyat Indonesia yang
dijajah, lantaran itu menimbulkan keberanian untuk rakyat Indonbesia menentang
Belanda. Pejuang-pejuang kemedekaan negara seperti Sukarno, Hatta dan
tentera rakyat bangkit mengangkat
senjata dengan apa jua jenis senjata. Belanda yang tak sekuat mana mendapat
tentengan yang sengit dari rakyat. Perjuangan berterusan sehingga Bangsa
Bersatu campur tangan . Belanda terpaksa
keluar dari Indonesia secara hina dan Indonesia secara bermaruah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1947.
Di Malaya British juga tidak diterima
secara tangan terbuka bagi kembali menjajah Malaya,. Pada peringkat akhir kekalahan Jepun di
Malaya ada usaha memperjuangkan kemerdekaan.
Antaranya ada usaha untuk mencapai
kemerdejkaan bersama Indonesia. Misalnya usaha ini dilakukan Persatuan Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM), antaranya diketua oleh Dr. Burhanuddin Hilmi. Tetapi bila kemerdekaan diisytiharkan oleh
Indonesia, Malaya ketinggalan dan tidak bersama mengisytiharkan kemerdekaan dan mereka
terpaksa berdepan British yang kembali memerintah.
Dalam tempoh transisi ada yang mengambil
kesempatan `Bintang Tiga` bermaharaja
lela dan banyak melakukan pembunuhan terhadap mereka yang dianggap bekerjasama
dengan Jepun. Mereka dapat dipadam oleh British.
Ada kumpulan kiri yang menentang kepulangan
British, tapi tidak mampu menentang secara berdepan, kerana kelengkapan senjata
Britidh, mereka berundur dan berjuang secara gorela di dalam hutan. Mereka ini
dikenali sebagai komunis. Antara pimpinan ialah Cheng Pen dan pengikut-pengikut
dan kumpulan gerakan kiri Melayu antaranya dikenal oleh Rashid Maidin, Musa
Muhammmad, Shamsiah Faqih dan lain-lain. Mereka dikenali sebagai golongan kiri
dan berjuang secara bersenjata antaranya dari hutan rimba.
Satu golongan lagi kumpulan yang bergerak
secara organisasi dan menentang British antaranya menentang Malayan Union –
Gagasan British bagi Malaya. Dari berbagai-bagai organisasi ini membentuk
kesatuan antaranya melahirkan Umno sebagai komponan paling penting. Dari tentangan
terhadap Malayan Union melahirkan gerakan politik menuntut kemerdekaan.
Perjuanganm kemerdekaan tanahair ada yang
berbentuk radikal dan ada yang berjuang secara desakan dan keamanan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment