IDEALIS BERSATU: MUHASABAH TERHDAP
PERCANGGAHAN ITU
(Fikrah Bangi: 329),
BBB: 26 Zulhijjah 1440H. = 27 Ogos 2019M. (Selasa):
Menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan
tanahair, maka slogan yang sering diulang dan diminta dari rakyat agar bersatu
dan menumpahkan taat setia kepada negara dengan tidak berbelah bahagi. Bagi
memupuk taat setia berbagai kaedah digunakan bagi melambangkan ketaatsetiaan
dan cinta terhadsap negara. Antaranya dengan mengebarkan bendera di mana saja
tempat sesuai dari pejabat, bangunan dan di rumah-rumah. Berbagai upacara
diadakan sebelum dan semasa menyambut perayaan. Misalnya larian merdeka,
jelajah tanahair, poendakian gunung, dan berbagai lagi. Puncak dari sambutan
adalah Upacara Sambutan Perbarisan yang diadakan sama ada di Kuala Lumpur atau
di Putrajaya yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi dan ahli kabinet.
Demikianlah rutin sambutan yang diadakan. Sambutan juga diadakan pada peringkat
negeri yang dihadiri pemimpin negeri.. Oleh kerana cara sambutan semacam
serupa, ianya seolah-olah menjadi biasa dan dilihat sebagai satu pesta dan sebagai sambutan raya-raya yang
biasa diadakan. Mungkin dilihat sebagai budaya perayaan dan sambutan yang
diadakan secara ulangan setiap tahun. Ianya dapat diterima sebagai satu pesta
atau raya tahunan yang disertai semua pihak tanpa dikait dan dinisbahkan kepada
kaum dan kelompok tertentu.
Manifestasi sambutab ini seharusnya merupakan
sentimen dan sokongan tidak berbelah bahagi dan tiada timbul unsur kaum
sebagaimana berlaku di dalam pertandingan sukan antara pasukan yang diwakili
negara menentang pasukan luar negara. Misalnya melalui pertandingan bola sepak,
badminton dan berbagai jenis sukan yang lain yang sokongan diberi tanpa
berbelah bagi yang menenggelamkan unsur kaum , bahasa dan faham politik,
Sememangnya sokongan yang bersifat massa yang sedemikian perlu di dalam memupuk
kesatuan dan rasa kasih sayang serta cinta rakyat terhadap negara.
Walau bagaimana manifestasi penyatuan
sentimen di atas adalah pada dasarnya bersifat luaran yanbg seharusnya
diperkukuhkan dengan unsur dalaman yang lebih kukuh. Misalnya usaha
menyatupadukan warga negara melalui sistem pelajaran dan bahasa kebangsaan
adalah berjaya. Dari segi praktikalnya dasar pendidikan mencerminkan kejayaan
kerjaya rakyat negara ini dalam kehidupan bermasyarakat. Kita bermegah
misaklnya generasi muda, katakan jaguh-jaguh sukan negera bila diinterview
mereka memilih bercakap di dalam bahasa kebangsaan dari bahasa kedua yang lain.
Ini mencerminkan dasar pelajaran dan dasar bahasa yang dipupuk selama ini telah
mencapai kejayaan dan perlu dipupuk dan dipertingkatkan.
Sebenarnya membentuk dasar terhadap rakyat
jelata dalam mempersatukan mereka lebih mudah dan berkesan dari kelompok
politik yang keras pendirian yang sering menyatakan rasa tidak puashati yang
mewakili kelompok kecil. Lebih merosakkan apabila ada cubaan tanpa tertulis
yang mau mengubah ciri budaya rakyat massa kepada hasrat dan cita-cita politik
yang bercanggah dengan ciri budaya yang telah berjaya diterapkan sebelum dan
selama ini. Akibat dari hasrat yang bercanggah ini menimbulkan rasa tidak
senang di dalam kalangan rakyat.
Apa yang ditimbulkan oleh Menteri Dalam
Negeri Muhyiddin Yasin bahawa sentimen
agama, kaum dan raja meningkat sekali ganda dari sebelum ini adalah merisaukan.
Mengapa terjadi sedemikian. Tidakkah ia terjadi di dalam masa pemerintahan
kerajaan sekarang ? Rakyat banyak tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya
kerajaan sekarang hendaklah melihat apakah polisi yang sedang dilaksanakan
sehingga sentimen perkauman, agama dan raja berganda dari sebelumnya. Kesalahan
bukan pada rakyat, tetapi pada polisi yang dilaksanakan oleh pemerintah
sekarang.
Sebab itu muhasabah perlu dilakukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment