KEPERLUAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA - PERTAHANAN DAN DASAR LUAR
Fikrah Bangi: 306),
BBB:
03 Zulhijjah 1`440H. = 04 Ogos 2019M. (Ahad).
Banyak keperluan bagi melengkapkan sebuah
negara bangsa. Ianya tidak cukup dengan penerimaan kemerdekaan negara. Ianya
memerlukan jaminan bagi penerusan negara berkenaan. Antara yang terpenting
negara perlu ada pertahanan yang dapat menjaga negara dari pencerobohan musuh
atau anasir dalaman yang menggugat keamanan yang menyebabkan rakyat dalam
negara tidak aman. Pada peringkat permulaam negara masih bergantung dengan
British. Bahagian pertahanan masih di bawah pegawai dari British, sungguhpun
negara sudah mempunyai tentera sendiri. Keadaan negara yang masih belum aman
dan masih di dalam keadaan darurat bagi banyak kawasan, sebab itu masih
memerlukan lindungan British. Dari segi kerjasama negara pada masa itu merasa
lebih dekat dengan Australia – New Zealand di bawah British dari jiran
terdekat.
Pada peringkat permulaan perjuangan dan
kerjasama kerajaan lebih dekat dengan anggota negara-negara Komanwel dari
negara-negara jiran. Bahkan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaya pada masa
itu mengambil inisiatif memperjuangkan nasib rakyat Aftika Selatan sebagaimana
salah sebuah negara di dalam anggota Komanwel. Tunku memperjuangkan pembelaan
terhadap rakyat asal negara itu yang didiskriminasi dengan dasar
apartheid. Tunku dengan lantang
memperjuangkan isu ini dalam meeting dengan negara-negara komanwel Kejayaan
membasmikan dasar ini yang dipimpin oleh Nelson Mandela dapat dikaitkan juga
sebagai kejayaan yang diperjuangkan oleh Tunku.
Kerjasama ketenteraan pada peringkat awal
Malaya lebih cenderung kepada kerjasama dengan British, Australia dan New
Zealand sebagai negara-negara di bawah pengaruh British. Sebelum perlantikan
Agong, rakyat memandang Queen di England sebagai Queen di negaraini. Apa lagi mata wang negara
sebelum dikeluarkan mata wang sendiri, wajah Queen inilah pada mata wang
negara.
Sebagaimana pertahanan masih bergantung
dengan England dan negara-negara di bawah British, maka demikian dengan dasar
luar lebih condong kepada British dan negara-negara komanwel
Negara Malaya pada masa itu, oleh kerana
berpengalaman menerima ancaman komunis dan ramai tentera yang terkorban di
samping komunis lebih ramai terkorban menyebabkan Malaya pada peringkat
permulaan amat anti komunis. Negara-negara komunis walaupun tidak bertentang
secara berhadapan, mereka dan negara
mereka seprti Rusia, China Komunis dan
yang sama ideologi dengan mereka adalah sebagai musuh. Bagi rakyat negara ini,
kempen dengan menyatakan `Komunis Tidak Bertuhan` sudah cukup bagi rakyat
negara ini, khususnya bagi rakyat Islam memusuhi komunis tidak bertuhan.
Usaha pada peringkat awal sebagai keluar
dari kepompong British, ialah inisiatif yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman
ialah kerjasama dengan negara-negara jiran. Dimaksudkan dengan Thailand,
Filipina, Burma, Laos dan Kamboja yang akhirnya tertubuhnya ASA (Association of
Southeast Asia) yang akhirnya menjadi lebih mantap dengan nama Asean
Pada zaman Tengku adalah dilihat beliau
tidak menghalakan kerjasama dengan
Indonesia, biarpun negara itu paling dekat dan sama serumpun. Beliau tidak
mesra dengan Sukarno yang merupakan Presiden Indonesia yang memperjuangkan Afro-Asia dan kebangkitan Dunia Ketiga.
Pimpinan utama bagi Dunia Ketiga ini ialah Sukarno-Nehro, Nasir dan Tito.
Sedangkan Malaya dilihat kecil masih berjuang dalam lingkungan negara-negara
Komanwel yang bertuankan penjajah. Sekurang-kurangnya masih terjajah dari segi
minda.
Pada permulaan zaman Tunku minda negara
masih benar-benar belum bebas.
Seklian.
No comments:
Post a Comment