DASAR PELAJARAB NEKANISME PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
(Fikrah Bangi: 308),
BBB:
05 Zulhijjah 1440M. = 06 Ogos 2019M. (Selasa).
Dasar Pelajaran adalah mekanisme penting di
dalam membina Negara Bangsa, lantaran melalui Dasar Pelajaran dapat menyatukan
keilmuan dan pelajaran yang dapat diikuti oleh warga negara yang menjadikan
mereka orang yang berilmu. Melalui Dasar Pelajaran yang menggunakan bahasa pengantar yang sama dapat menyatupadukan warga
negara sesuatu bangsa.
Menjelag kemerdekaan negara, tiada kesatuan
dari segi Dasar pelajaran yang diikuti. Aliran utama ialah pengajian pada
peringkat menengah dan menengah tinggi (HSC) yang berkiblatkan ke England.
Sijil yang diperiksa diberi nilaian pada tahap Cambridge dan (MC) pada
peringkat negara. Bahasa digunakan ialah bahasa Inggeris. Mereka yang lulus
dengan baik berpeluang menyambung pelajaran misalnya ke universiti di Singapura
atau ke England.
Pada peringkat rendah ada sekolah rendah
aliran berbahasa Inggeris yang meningkat
kepada HSC, manakala sekolah Melayu bagi bumiputra hanya pada peringkat rendah
tertingginya darjah enam. Dengan kelulusan ini mereka layak memohon menjadi
guru sekolah rendah setelah melalui latihan perguruan. Peluang-peluang untuk bekerja
pada bahagian lain adalah terhad berbanding dengan yang lulus dalam aliran
Inggeris.
Di samping aliran berbahasa Inggeris,
terdapat sekolah Cina yang mempunyai kurikulumnya tersendiri dan bersifat
kecinaan. Sekolah-sekolah ini didirikan oleh komuniti berkenaan bagi kemampuan
mereka berbahasa Cina dan berkemampuan membaca, menulis dan mengira. Sekoplah
pada peringkat rendah dan menengah didirikan oleh komuniti berkenaan atau oleh
merekla yang berada dan mereka sendiri membiayai. Kelulusan mereka berkelayakan
untuk bekerja di sektor-sektor perniagaan yang mereka menguasai. Arah pengajian
mereka bagi melanjutkan pelajaran ialah seperti ke Taiwan, Hong Kong dan
Singapura.
Bagi kaum India yang bekerja di estet-estet
dan sebagai buruh jalanraya mereka bersekolah Tamil yang antaranya didirikan
oleh pihak estet atau secara persendirian. Kurikulum adalah terhad pada peringkat rendah dan
berorientasikan negara India. Pengajian setakat darjah rendah dan tidak
kemana-mana.
Pada peringkat negeri-negeri pula ada
aliran agama yang kurikulumnya di sedia dan dikawal oleh pihak jabatan agama
negeri.Terdapat pengajian pada peringkat ibtida`i dan thanawi. Pengajian
sedemikian adalah menumpukan kepada pengajian agama dan menggunakan bahasa Arab
dan juga bahasa Melayu. Mereka yang lulus pada peringkat thanawi layak memohon
jadi guru, pegawai agama dan sebagainya.
Selepas kemerdekaan negara, usaha yang
penting dilakukan oleh Datuk Abdul Razak bin Hussein yang beliau adalah
Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Pelajaran. Usaha berkenaan
ialah merangka Dasar Pelajaran Negara yang diikuti oleh pelajar-pelajar menurut aliran kebangsaan.
Dasar ini dikenali sebagai Dasar Pelajaran Razak (1956). Dasar ini merangkumi
pengajian pada peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi. Bahasa pengantar bagi pengajian ialah bahasa
Melayu. Walau bagaimana oleh kerana pengajian
pada peringkat rendah menggunakan bahasa Melayu dan tidaklah sukar
mengikuti kurikulum Dasar Pelajaran Razak, tetapi untuk tingkat menengah menimbulkan masalah, kerana tiada aliran
Melayu pada perimng kat menengah, maka ianya menimbulkan kesulitan pada
peringkat awal. Kelas menengah Melayu ditumpangkan di sekolah Inggeris sebagai
pilot projek. Mereka ditumpang di Cliffod School di Pahang dan di beberapa
sekolah lain , manakaa usaha-usaha dilakukan bagi mendirikan Sekolah Menengah
Melayu seperti Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, di Sekolah Dato` Abdul Razak di Seremban dan
kemudian di Sekolah Alam Shah di Selangor. Walau bagaimana pada peringkat
permulaan pengajian masih bersifat MC berkiblatkan Cambridge. Apabila
sekolah-sekolah berkenaan mengikuti pengajian di dalam bahasa Melayu, maka
kelulusan berbahasa Melayu sukar mendapat peluang menyambung pengajian
di universiti seperti diUnversiti Malayan dan lain-lain.
Dari satu pihak walaupun sudah ada Dasar
Pelajaran Razak, sekolah-selolah agama negeri-negeri masih mengikut dasar pelajaran
agama negeri, juga aliran Cina masih berterusan dan juga Tamil.
Sedang dari satu pihak tidak adanya
pengajian tinggi bagi aliran kebangsaan meneruskan pengajian. Ini menimbulkan
desakan ke arah mewujudskan universiti bagi menampung lulusan berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment