January 30, 2009

ARC


Alternative Riding Club (ARC)mengadakan konvoi sekitar bandar baru bangi serta mengedarkan risalah mengenai rakyat d palestine.dalam risalah ada senarai barang yang perlu d boikot yang di percayai ada hubungan dengan yahudi.tempat2 yang kami edar adalah seperti komplek pkns bangi dan taman tasik cempaka. kami juga ada buat demo untuk safety riding(pemanduan berhemah) di hadapan pejabat adun bangi.untuk program safety riding kami mengajar para peserta konvoi 1.emergency brake secara ABS 2.Slowness 3. Eye Posture.ketiga tiga slot ini amat berguna dalam setiap pemanduan d jalan raye.

Kpd yang berminat untuk menyertai kami sila tel:019 5633358(Nizar)

"JANGAN AMBIL HAK AHLI UMNO"

Demo membantah tindakan SPRM oleh ahli UMNO:

HAK MERASUAH DAN MENERIMA RASUAH

UNTUKMU MUJAHID PALESTINE

SIAPA HAMAS DAN SIAPA FATAH


Fatah ialah Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin ditubuhkan oleh Yasser Arafat dan Khalil al-Wazir pada 1960 di Algeria.

Hamas ialah Harakat al-Muqawamat al-Islamiyyah ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin, As-Syahid Abdel Aziz al-Rantissi dan Mohammed Taha pada permulaan Intifada sekitar April, 1993.

Perjanjian Camp David telah memecahbelah masyarakat Palestin kerana pemimpin Palestin terpaksa mengiktiraf kedaulatan Israel.

Perang tercetus antara Hamas dan Fatah pada Dis 2005. Walaupun persenjataan fatah dengan bantuan taktikal dari Israil dan kewangan dari Amerika(59 juta US) namun dengan pertolongan Allah Hamas lebih cemerlang. Jun 2007 Israil memulakan kempen menyerang Gaza. Jun 13 Hamas berjaya menguasai utara Gaza dan Rafah dari Fatah. Semenjak itu Israil telah menutup semua mintu masuk ke Gaza menjadikan Gaza seperti sebuah penjara terbuka.

Demokrasi direngut.
April 2006 Hamas memenangi pilihanraya tempatan dengan menguasai 76 daripada 132 kerusi mengalahkan Fatah kerana kebanyakkan pemimpin Fatah terbabit dengan rasuah dan tidak efisen. Kemenangan ini tidak diiktiraf oleh jaguh demokrasi dunia, Amerika, Kesatuan Eropah, sesetengah negara Arab dan semestinya Israel.

Terkini utusan Obama untuk Timur Tengah George mitchel enggan menemui Hamas. Ismail Haniyah, perdana menteri Palestine mengingatkan Obama agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pernah dilakukan oleh Bush.

(Hulurkan bantuan anda kepada pihak yang benar-benar mempertahankan Gaza.)
Save Gaza
- Portfolio Media, Mini Kabinet ADUN Bangi

January 28, 2009

IKAN PATIN 1.76 KG RM 28 000.00. WAU...




Peserta dari Kuala Selangor memenangi hadiah utama RM 28 ribu setelah berjaya mendaratkan ikan patin seberat 1.76 kg. Pertandingan memancing yang diadakan di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi berjaya menghimpunkan sejumlah 500 orang pemancing. Selain hadiah kedua bernilai RM 12 ribu, ketiga RM 4 ribu, 2 buah motosikal turut menjadi rebutan cabutan bertuah.

WARGA EMAS BAHGIA




Bertempat di Kampung Bahgia, Bangi(Lama) diadakan program mesra rakyat. Aktiviti menyampaikan sumbangan untuk warga emas dan orang kurang upaya serta majlis dialog antara penduduk.

January 26, 2009

MERAH MELATA DIBUMI BANGI: ADA ONG..

Selamat menyambut Tahun Baru Cina dari kepimpinan PAS Serdang, Mini Kabinet Bangi dan rakyat Bangi kepada masyarakat Tionghua.

MAKKAL PONGGAL DI WEST COUNTRY



Masyarakat India dari Semenyih, Bangi Lama, Kajang berkumpul di West Country, Seksyen 5 Bandar baru Bangi untuk merayakan Makkal Ponggal. Menurut En. Sam, Ketua kelab Penyokong PAS budaya perayaan ini diadakan dengan menggunakan hasil tuaian pertama padi untuk dimasak ponggal. Beras dimasak bersama susu segar, gula pasir, gula merah dan sedikit herba. Acara yang diadakan ialah memecah periok belanga, mewarna, tarik tali dan basikal lambat. Simbolik kepada perayaan ini adalah untuk menghargai golongan pekerja(petani) yang bekerja keras untuk memakmorkan negara. YB Dr. Shafie yang turut hadir mengucapkan tahniah pada pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan ramai masyarakat India di bangi. Turut hadir ialah Hj. Shafie Ngah(ahli majlis MPKj), Tn Hj. Nik Pa(NYDP PAS Serdang) dan En. Ali (Ketua PKR Seksyen 5)

PRITTT… OFFSIDE


Disebalik terjahan yang membuta tuli oleh UMNO melalui NGO naungan mereka seperti PEWARIS dan GERAK dimarakkan apinya oleh media perdana TV3 utamanya yang menyambung bicara dusta. Tekad rakyat menobatkan Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan keadilan buat mereka semakin utoh. Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan terkini Bota berhijrah masuk ke Pakatan Rakyat(tahniah dan syabas pada YB Dato' Nasaruddin Hashim, ADUN Bota).

Apakah ini menjelaskan bahawa rakyat yang terlalu kecewa serta hilang kepercayaan pada BN/UMNO dengan menghukum lantas mengundi Pakatan Rakyat sebagai mana post mortem BN yang menyifatkan sebagai rajuk yang boleh dipujuk atau telah tercetus kesedaran pada rakyat untuk terus menolak BN/UMNO.

Nyata isu demi isu yang dimainkan mendustakan Pakatan Rakyat tidak memudaratkan bahkan kepercayaan rakyat semakin kuat melekat pada Pakatan Rakyat kerana ada aura keramat yang membisikkan pada rakkay bahawa KEIKHLASAN dalam berjuang menunjangi pemimpin Pakatan Rakyat.

January 25, 2009

SAVE GAZA


Lebih dari RM 50 ooo berjaya dikutip pada pelancaran tabung "Save Gaza". Sasaran ialah RM 100 000. Program akan berterusan sehingga 7 Februari dengan Persembahan Malam "Save Gaza" di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

YB Dr. Shafie mendeklamasikan sajak spontan. Bila diminta untuk siaran "Nanti dulu. Kena touch up sikit". Difahamkan pada 1 Februari akan diadakan malam "Untukmu Mujahid Palestin". Antara yang akan bersajak ialah Lim Swee Tin(Prof. Madya)

TUNAIKAN MANIFESTO




Sesi penerangan dan dialog mengenai Skim Mesra Usia Emas diadakan di Pusat Komuniti Seksyen 5(West Country). Balai raya ini dulu merupakan bilik gerakan UMNO. Sewaktu PBT mengambil alih penuh dengan lambang "keris bersilang" dan dacing. Masih ada lagi kesan sehingga hari ini. Namun pada program yang dibuat kebanyakkan yang hadir merupakan penyokong kuat"dacing" yang senget. Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat tetap menunaikan janji tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.

January 23, 2009

BULAN DAN ROKET BERI EMAS SEMPENA CNY



1000 ‘butir emas’ diagihkan pada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina di Bangi. Menurut adat masyarakat Cina pemberian ‘kam’ atau emas sebagai simbolik agar kehidupan pada tahun baru lebih cemerlang. Secara bahasa ‘kam’ juga bermaksud limau.

Program turun padang mengedarkan ‘kam’ dianjurkan bersama oleh Ahli Parlimen Serdang, Cik Teo Nie Ching dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar. Lokasi yang dipilih ialah Pekan Bangi, Taman Bukit Mewah dan Taman Zamrud. Seramai 20 orang jentera dari kedua-dua buah parti turut serta dalam program yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.

”Ini mana punya?” tanya seorang warga Cina di Taman Bukit Mewah ketika memperkenalkan kami dari PAS dan DAP.

”Wah olang bulan sama roket banyakkk kamcing aa..”.

January 21, 2009

KEMPEN SAVE GAZA


Palestine tanggungjawab kita. Berikan sokongan anda untuk kempen ini.

January 20, 2009

RASUAH POLITIK RASUAH

Kita mengakui hakikat bahawa disebalik jutaan ringgit rasuah politik semasa PRK P036 yang dilakukan oleh BN, PAS tidak terkecuali walaupun nilai dikaitkan amat sedikit (laporan Institut Nasional Penilaian Ketelusan Piliharaya - NIEI). BN dilaporkan merasuah pengundi dengan nilai RM 1 bilion dalam bentuk pembangunan dan perbelanjaan pilihanraya. Kita boleh mempertikaikan definasi perbuatan merasuah pengundi. Dalam kita menuju era PRU13, SPR dengan kemudi yang baru seharusnya lebih telus dan tegas dalam menangani permasalahan rasuah politik bagi sesuatu pilihanraya. Apa yang lebih penting ialah penjelasan tentang etika berkempen tidak dipenuhi seakan melepaskan batuk ditangga. Wujud kebimbangan sekiranya dasar yang dibuat akan merugikan sesetengah pihak yang berkepentingan. Maka laporan yang dibuat hanya tinggal laporan tanpa tindakan.

SKIM MESRA USIA EMAS?

January 18, 2009

BERJUANG SUDAH MENANG PUN SUDAH



Masa untuk meneruskan kerja memberi khidmat pada masyarakat Bangi. Sebagai kerajaan prihatin diadakan Takaful Warga Emas. 9 orang pencarum terdiri dari 5 Melayu, 3 Cina dan seorang India. Waris mereka telah dijemput untuk menerima pendahuluan sebanyak RM 1000.00. Semoga wang yang diberi dapat mengurangkan kesedihan akibat kehilangan orang yang tersayang. Baki sebanyak RM 1500.00 akan dijelaskan dalam waktu terdekat.

January 17, 2009

P036 MILIK PAS


Alhamdulillah PAS telah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2, 700. Debaran menanti di Bangi lebih hebat. Sesekali "mengacau" mereka di Terengganu yang sibok berkempen bertanyakan keadaan. Berita dilapor insya Allah kita akan menang atau pun 50-50. Tranungkite yang menjadi sandaran sudah 4 hari dihacker.

Ada seloroh mengatakan bahawa kalau kita tiada sumber berita dengar atau tonton sahaja media arus perdana. Jika pembangkang menang maka keputusan akan lambat atau lansung tiada disiarkan. Tunggu sahaja berita pukuk 12. Mungkin itulah trend media masa kini. Jeling sahaja TV3 tu (...jangan lihat)

Teringat pada Mac 2008. Kita di Bangi melalui borang 14 telah mengetahui kita PAS telah menang DUN Bangi sejak jam 6.00 petang lagi. Tapi kita terpaksa menunggu sehingga jam 2.00 pagi untuk keputusan rasmi.

January 16, 2009

BOIKOT BARANGAN PRO-ZIONIS



Takala orang yahudi sendiri memprotes kekejaman zionis ke atas rakyat Palestine. Inikan pula kita sesama Islam. Portfolio Media menerima sumbangan 10 ribu risalah berwarna senarai produk pro-zionis. Anda boleh mendapatkan risalah ini secara PERCUMA di pejabat ADUN Bangi. Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu kempen anti-zionis yang sedang menjarah saudara kita di bumi Palestin. Insya Allah.


January 15, 2009

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA




Sejauh mana tajuk ini dicerna oleh masyarakat adalah satu persoalan. Ramai yang masih tidak faham atau tidak cakna.

January 14, 2009

P036 ISU PERKAUMAN GAGAL:TRANSFORMASI POLITIK KINI.



Ternyata isu perkauman dan tohmahan pertelagahan PR gagal mempengaruhi pengundi KT. Ketika orang Melayu yang senang bersikap "Tidak apa" masyarakat Cina lebih memerhatikan aspek keadilan untuk diresapi. Ternyata orang Cina kini tidak takut lagi "dihududkan" kesan dari penerangan dan kefahaman yang ada.

Trend orang Melayu juga banyak berubah. Hanya 16% sahaja memamah isu pembangunan yang dijaja oleh BN(Merdeka Centre)

January 12, 2009

CHIGONG VS CHIKUNGUNYA




Senaman 'Chigong" dengan 5 jurus memulakan kempen "Bangi Bandar Bersih dan Sejahtera". Turut hadir ialah Yang Dipertua MPKj, Dato' Hassan, Pengurus Wilayah Alam Flora, MP Hulu Langat Dr Che Rosli dan ahli-ahli majlis MPKj.

Menurut penyelaras program En. Sharom ,"Kempen ini akan berterusan selama setahun meliputi semua kawasan di Bangi. Program akan dijalankan pada setiap bulan lokasi akan ditentukan kemudian mengikut persetujuan jawatankuasa tempatan."

Dengan acara simbolik penyerahan perkakasan kepada setiap ahli majlis maka program"Bersih" akan diteruskan disemua zon dalam MPKj. Apakah kempen ini hanya retorik? Terpulang kepada anda untuk menentukan. Satu faktor yang perlu kita renungkan ialah - kenapa orang sekarang tidak suka menghadiri program gotong-royong tak macam dikampung.

January 10, 2009

INSYA ALLAH DENGAN DOA


Maklumat ini diterima daripada kabilah yang pergi ke Kuala Terengganu mewakili PAS Serdang. Pemerhatian yang dibuat menunjukkan peluang calon PAS untuk menang adalah cerah. Komen dari Dr. Mahathir mengenai calon BN dan terbaru Pak Lah hairan kerana orang UMNO memburukkan calon mereka sendiri mengalahkan pembangkang.

Cuma Terengganu adalah negeri yang penuh kontrovesi dari segi keputusan pilihanrayanya. Dikhuatiri berlaku politik kotor, pengundi hantu umpamanya yang akan menyebabkan keputusan itu berubah.

Pada peringkat ini kita perlu berdoa pada Allah agar segala perancangan jahat mereka akan gagal. Insya Allah kemenangan akan berpihak pada kita.

January 2, 2009

RASUKAN POLONG


Pernahkah anda melihat kejadian histeria atau rasukan oleh mahluk halus(polong).Bekas ADUN Bangi adalah orang yang pakar mengenai bidang ini(dah lama tak dengar berita mengenai beliau). Kejadian ini biasanya terkena pada orang yang lemah semangat. Ada juga mengatakan bahawa penyakit ini diwarisi. Apabila terkena mangsa akan meracau bercakap tak tentu butir dan dalam keadaan tertentu mengaibkan diri sendiri. Anehnya kejadian ini berlaku pada masa tertentu sahaja. Bukan sepanjang waktu kerana kalau sepanjang waktu masuk kes lain – gila.

Itulah yang berlaku pada media perdana sekarang. Menjelang pilihanraya kecil P36 mereka mula meracau tak tentu butir. Dirasuk oleh polong. Kalau dilayan bercakap dia akan memetik kata-kata yang senada dengan tuan punya polong itu. Mendustakan kebenaran dan memecah belah perpaduan masyarakat.

Rawatannya mudah sahaja. Baik orang UMNO , PAS atau pun PKR akan bergantung harap pada ayat-ayat Al-Quran kerana didalamnya ada kekuasaan pada kebenaran. Kepada kita semua bagi mengelakkan terkena rasukan itu basahilah lidah kita dengan kalimah Allah. Berzikir dan bertasbih mengharapkan inayahNya. Semoga diberikan kemenangan pada calon kita YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut. Amin

-MEDIA-


P/S.

InsyaAllah kita akan berkampung di DUN Ladang. Sesiapa yang ingin menginfak tenaga dan kewangan sila hubungi 03-8925 0891.