January 17, 2009

P036 MILIK PAS


Alhamdulillah PAS telah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2, 700. Debaran menanti di Bangi lebih hebat. Sesekali "mengacau" mereka di Terengganu yang sibok berkempen bertanyakan keadaan. Berita dilapor insya Allah kita akan menang atau pun 50-50. Tranungkite yang menjadi sandaran sudah 4 hari dihacker.

Ada seloroh mengatakan bahawa kalau kita tiada sumber berita dengar atau tonton sahaja media arus perdana. Jika pembangkang menang maka keputusan akan lambat atau lansung tiada disiarkan. Tunggu sahaja berita pukuk 12. Mungkin itulah trend media masa kini. Jeling sahaja TV3 tu (...jangan lihat)

Teringat pada Mac 2008. Kita di Bangi melalui borang 14 telah mengetahui kita PAS telah menang DUN Bangi sejak jam 6.00 petang lagi. Tapi kita terpaksa menunggu sehingga jam 2.00 pagi untuk keputusan rasmi.

No comments:

Post a Comment