January 23, 2009
BULAN DAN ROKET BERI EMAS SEMPENA CNY
1000 ‘butir emas’ diagihkan pada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina di Bangi. Menurut adat masyarakat Cina pemberian ‘kam’ atau emas sebagai simbolik agar kehidupan pada tahun baru lebih cemerlang. Secara bahasa ‘kam’ juga bermaksud limau.
Program turun padang mengedarkan ‘kam’ dianjurkan bersama oleh Ahli Parlimen Serdang, Cik Teo Nie Ching dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar. Lokasi yang dipilih ialah Pekan Bangi, Taman Bukit Mewah dan Taman Zamrud. Seramai 20 orang jentera dari kedua-dua buah parti turut serta dalam program yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.
”Ini mana punya?” tanya seorang warga Cina di Taman Bukit Mewah ketika memperkenalkan kami dari PAS dan DAP.
”Wah olang bulan sama roket banyakkk kamcing aa..”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peluang membentuk imej Islam, teruskan, permulaan ke arah dakwah yang cemerlang
ReplyDelete