January 2, 2009

RASUKAN POLONG


Pernahkah anda melihat kejadian histeria atau rasukan oleh mahluk halus(polong).Bekas ADUN Bangi adalah orang yang pakar mengenai bidang ini(dah lama tak dengar berita mengenai beliau). Kejadian ini biasanya terkena pada orang yang lemah semangat. Ada juga mengatakan bahawa penyakit ini diwarisi. Apabila terkena mangsa akan meracau bercakap tak tentu butir dan dalam keadaan tertentu mengaibkan diri sendiri. Anehnya kejadian ini berlaku pada masa tertentu sahaja. Bukan sepanjang waktu kerana kalau sepanjang waktu masuk kes lain – gila.

Itulah yang berlaku pada media perdana sekarang. Menjelang pilihanraya kecil P36 mereka mula meracau tak tentu butir. Dirasuk oleh polong. Kalau dilayan bercakap dia akan memetik kata-kata yang senada dengan tuan punya polong itu. Mendustakan kebenaran dan memecah belah perpaduan masyarakat.

Rawatannya mudah sahaja. Baik orang UMNO , PAS atau pun PKR akan bergantung harap pada ayat-ayat Al-Quran kerana didalamnya ada kekuasaan pada kebenaran. Kepada kita semua bagi mengelakkan terkena rasukan itu basahilah lidah kita dengan kalimah Allah. Berzikir dan bertasbih mengharapkan inayahNya. Semoga diberikan kemenangan pada calon kita YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut. Amin

-MEDIA-


P/S.

InsyaAllah kita akan berkampung di DUN Ladang. Sesiapa yang ingin menginfak tenaga dan kewangan sila hubungi 03-8925 0891.

No comments:

Post a Comment