February 28, 2009

TERIMA KASIH P.59 DAN N.25

Menyedari bahawa isu kenaikkan tol bakal menyembamkan BN ke muka bumi PM dalam talian hayatnya mengumumkan langkah bijak, menangguhkan kadar tol baru walau pun menterinya baru sahaja membawa berita gembira buat pemegang konsesi. Dapat kita bayangkan rupa muka sebelum dan selepas penangguhan ini.

Penafian kaitan antara PRK '2 bukit' oleh Pak Lah dipandang sepi oleh rakyat kerana 'trend' ini sudah terbiasa dan mudah untuk rakyat yang 'celik' membacanya. Hakikat penagguhan ini bersifat sementara. Wajarkah kita mengucapkan kalimah ' terima kasih' atau terus sahaja beriktikad mengajar mereka akan kepentingan melihat kepada kebajikan rakyat? Sementara 'gula' yang lain terus ditabur...

February 27, 2009

UMNO:KERETA, HARTA DAN KUASA

(Ini kereta bukan Khir yang punya)

Berapa buah keretakah yang sebenarnya dimiliki dan digunakan oleh DS Khir Toyo? Sebelum ini beliau telah mengodam kerajaan Pakatan Rakyat dalam kes penggunaan kereta Camry akibatnya beliau menerima bahana bila pendedahan dibuat beliau menggunakan kereta Mercedes Benz selaku pengerusi KDEB. Jika terma ini diterima pakai bayangkan berapa banyak kereta yang perlu diberikan selaku pengerusi berbagai agensi kerajaan.


Terbaru kereta Toyota Harrier yang dipakejkan bersama pemandu, pertrol dan penyelenggaraan. Barangkali ini dapat menjawab pertanyaan dari rakyat. Mengapa dalam pagar pemimpin UMNO terdapat deretan kereta sedangkan pada pengetahuan mereka rumah yang tersergam indah itu cuma dihuni oleh seorang dua sahaja.

2 KES DIPEJABAT ADUN BANGI

(Cik Norhaslina Zahari menerima cenderamata dari Dr. Shafie)
Kes 1. Seorang balu menerima bantuan Skim Mesra Usia Emas dan dalam waktu yang sama masalah banjir yang kerap dirumahnya mendapat perhatian. Beliau kini ditempatkan sementara di Council Home. Menetap di Jalan Reko mendakwa tiada kebajikan diterima selama ini. Sewaktu menerima bantuan beliau berkali-kali mengucapkan ucapan terima kasih dan berkata tidak akan melupakan bantuan yang diterima.

Kes 2. Seorang telah dikenakan tindakan saman oleh penguatkuasa MPKj kerana berniaga ditempat larangan. Beliau mendakwa sudah bertahun-tahun berniaga dan tidak pernah disaman oleh kerajaan terdahulu. Dalam aduan yang diterima beliau turut mendakwa mempunyai hubungan dengan beberapa orang politik dan sering menerima berbagai bantuan. Dalam kes ini beliau meminta ADUN Bangi membatalkan saman tersebut atau memberi bantuan kewangan untuk membayar saman tersebut. Dr. Shafie berkata beliau harus menghormati penguatkuasa MPKj yang menjalankan tugas dan tidak dapat membatalkan saman tersebut.


Kes-kes ini adalah antara ribuan kes yang diterima dan berjaya diselesaikan sebahagiannya. Cuma 2 kes di atas lebih istimewa kerana inilah kes terakhir yang diuruskan oleh Cik Norhaslina Zahari, Pembantu ADUN Bangi. Beliau selepas ini akan menyambung semula pengajian yang terpaksa dikorbankan demi membantu jentera pentadbiran ADUN Bangi

February 26, 2009

PELURU PEMUDA UMNO

(dari malaysiakini)

Karpal Singh menerima penagan kerana men'celaka'an pemuda UMNO. Beliau telah dikepung oleh kira-kira 30 orang yang dikenal pasti sebagai pemuda UMNO ketika ingin masuk ke pintu utama bangunan parlimen. Dewan semalam gawat apabila Karpal Singh mendakwa menerima ugutan berserta dua butir peluru hidup.

Tindakan mengepung dan mengasari seorang ahli parlimen amat dikesali apatah lagi berlaku kepada orang kurang upaya.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetapi saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku terutama ditempat perundangan digubal. Ini seolah menunjukkan pelakunya tidak menghormati undang-undang. Seharusnya bantahan yang ingin dikemukakan boleh dibuat dengan lebih matang dan beradab.Inilah cerminan terhadap sikap pemuda UMNO selama ini.

SETELAH TITAH SULTAN, UMNO INGIN DERHAKA?

Menurut Selangor online, 25 Feb 2009. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tiada halangan terhadap usaha sedekah lembu korban malah menggalakkan usaha kebajikan seperti itu dipanjangkan ke kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak, kata Dato’ Menteri Besar hari ini.

Adakah UMNO dibawah Khir Toyo masih ingin menderhaka?

February 25, 2009

DOOLITTLE MENYERANG PAKATAN RAKYAT

Petikan dari BERNAMA bagaimana Left Kolonel James "Jimmy" Doolittle dari Amerika Syarikat melakukan serangan ke atas Jepun yang begitu menebal kepercayaan mereka pada kehebatan tentera Jepun dengan kamikaze mereka. Doolittle melakukan serangan psikologi yang mengakibatkan rakyat mula sangsi dengan kemampuan pucuk pimpinan mereka.

Demikian halnya apa yang sedang berlaku dinegeri Pakatan Rakyat. BN/UMNO sedar keyakinan rakyat setelah merasa tertipu selama 50 tahun menolak kerajaan BN. Untuk mendapat kepercayaan semula mereka perlu memperbaiki imej mereka yang telah hancur. Ini semestinya memerlukan masa yang panjang dan perubahan secara total. Langkah mudah adalah menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat dan dalam waktu yang sama terus menggunakan taktik lama iaitu menggunakan jentera kerajaan dan media masa.

Teringat kata-kata dari Almarhum Ustad Fadhil Nor - Sewaktu kita menyerang sebenarnya kita mendedahkan diri kita pada serangan. Beliau menceritakan kisah dari peperangan Uhud dengan mengambil iktibar pasukan memanah di atas bukit.

Begitulah yang terjadi pada mantan MB Selangor merangkap ketua pembangkang. Kenyataan akhbar dari YB Nik Nazmi, setpol MB Selangor yang mendedahkan siasatan keatas PNSB mendedahkan penyelewengan Khir Toyo dalam urusniaga bernilai RM 25.6 juta. Diulangi sekali lagi RM 25.6 juta yang semsetinya adalah duit rakyat Selangor.

Dengan kenyataan ini kelebihan pada pihak lawannya terutama dari YB Khairy Jamaluddin yang berani menyahut cabaran Pemuda PAS untuk berdebat mengenai PPSMI. Manakala YB Mukhriz bersikap 'play safe' kerana 'rangking'nya yang teratas.

Ataupun UMNO ini jenis puak yang tuli dan buta. Terus memilih pemimpin dikalangan mereka yang terang membaham duit rakyat.

February 24, 2009

PPSMI: ADILKAH UNTUK PELAJAR LUAR BANDAR?


Menguasai pelajaran dan menguasai bahasa Inggeris yang menjadi pengantar kepada pelajaran adalah dua usaha yang berbeza. Jika ianya ingin dilakukan serentak maka berlakulah ketidakadilan dalam pendidikan terutama kepada pelajar luarbandar. Apa yang perlu ditegaskan disini ialah bantahan kepada PPSMI bukan bermakna kita meminggirkan bahasa Inggeris. Islam meletakkan kewajipan menuntut ilmu ditempat yang tinggi. Yang menjadi persoalan ialah dasar PPSMI telah dibuat tanpa mengambil kira pandangan tokoh-tokoh pendidikan. Ada pihak tertentu yang mendapat keuntungan dengan membekalkan peralatan sokongan kepada PPSMI.

Dasar PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 mendapat tentangan hebat terutama pada kalangan tokoh-tokoh pendidikan di Bangi. Pernah diadakan satu forum membincangkan perkara tersebut pada tahun 2004 di Bangi. Antara tokoh yang terkenal membantah PPSMI ialah Prof. Shahrir Mohd. Zain. Berpuloh tahun beliau berkhidmat di UKM sebagai profesor matematik dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai pengantar. Antara yang diingat ialah perkataan "epsilon" ditukar kepada "terendak". Setelah enam tahun kini suara bantahannya dapat disatukan dengan suara rakyat. Tarikh 7 Mac dinantikan.

February 22, 2009

PERANG 2 BUKIT, PR INSYA ALLAH MENANG?

Pandangan dari Bridget Welsh, Professor Sains Politik, Fakulti Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins. Berdasarkan 3 faktor utama beliau yang sebelum ini meramalkan P036 dimenangi oleh PAS terus berkeyakinan PR akan menang dalam PRK 2 bukit ini.

1. Belum ada tanda-tanda pengaruh PR merosot sejak PRU12 Mac 2008.
2. Pimpinan UMNO lebih menumpukan perebutan jawatan dalam persidangan UMNO Mac nanti.
3. Kesepakatan dalam PR semakin baik setelah memenangi 2 PRK.

Namun beberapa cabaran yang harus diteliti. Kedua kawasan ini merupakan kawasan luar bandar dimana politik wang sangat berkesan. Dalam kes Bukit Gantang isu yang akan cuba dimainkan ialahUMNO ialah ketuanan Melayu dan tohmahan derhaka pada sultan. Untuk itu beliau berpendapat faktor calon memainkan peranan penting dalam merangka stategi untuk menang.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk menghadapi PRK ini dan seterusnya memberikan kita kemenangan. Insya Allah.

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN AKHBAR ADUN & AP PAKATAN RAKYAT SELANGOR

1.Semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpin Selangor.

2.Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor.

4.Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas.


Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor sepakat menegaskan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Ahmad Said Hamdan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat politik dan pendakwaan tersebut bertujuan mencemarkan nama baik Menteri Besar.

Kenyataan pertama sebulat suara daripada Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu dinyatakan dalam sidang media sempena program Retreat Exco Selangor 2009, di Holiday Hotel, Subang Jaya selama tiga hari.

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, berdasarkan fakta yang terkandung dalam saman Menteri Besar terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir toyo adalah jelas menunjukkan bahawa dakwaan terhadap Khalid tidak berasas.

Tambahan pula kata beliau, semasa pendakwaan ia adalah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara dan SPRM tidak berhak untuk membuat kenyataan terbuka sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa menjelaskan kenyataan Pengerusi SPRM boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi budi bicara Peguam Negara yang bertanggungjawab bertindak secara bebas dan adil.

"Kami menuntut supaya SPRM dapat melaksanakan tugas secara bertanggungjawab dan kami mendapati ia merupakan usaha jahat yang terancang oleh Umno-BN untuk mengugat Pakatan Rakyat Selangor dengan memperalatkan institusi SPRM dan Jabatan Peguam Negara," tegasnya.

Beliau yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor akan terus menjadi sasaran serangan fitnah Umno-BN dalam beberapa bulan yang akan datang.

Bagaimanapun, katanya, semua Adun dan Ahli Parlimen akan mempertahankan prinsip-prinsip keluhuran Perlembagaan serta mendukung sebulat suara kepimpinan Menteri Besar untuk terus memimpin Selangor.

Katanya, pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin selama hampir setahun telah mempertahankan agenda dan program kebajikan rakyat dengan prinsip merakyatkan ekonomi Selangor.

"Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran dan pembangunan dalam tahap yang cukup cemerlang dan kami yakin rakyat akan tetap memberikan mandat untuk Tan Sri memimpin dan menerajui Selangor," jelasnya.

Beliau menegaskan kenyataan SPRM itu amat tidak bertanggungjawab dan seolah-olah Pengerusinya bertindak sebagai Ketua Umno Cawangan.

Kenyataan Pengerusi SPRM itu seolah-oleh menggambarkan bahawa SPRM tidak bebas dan menjadi alat serta diperkudakan oleh Umno-BN.

Justeru, Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor berharap Jabatan Peguam Negara sewajarnya bertindak secara bebas, adil dan telus manakala SPRM pula tidak mengambil tindakan yang boleh dilihat sebagai badan yang tidak bebas

Saidah Hairan / harakahdaily

GOTONG ROYONG 4 TAMBAHAN BBB











Program gotong royong di Fasa 4 Tambahan BBB dirasmikan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi. Turut sama dirasmikan ialah penubuhan Kelab Remaja Fasa 4 Tambahan. Pihak MPKj dan Jabatan Kesihatan Hulu Langat dan Pejabat Kesihatan Putrajaya turun padang bekerjasama dalam program tersebut. Hadir bersama ialah pihak kontraktor yang terlibat dalam operasi kawasan tersebut.

February 21, 2009

SPR DAN SPRM BADAN BEBAS?

Kemelut politik Perak terus berpanjangan dan diberitakan seolah menular kenegeri bawah Pakatan Rakyat sahaja. Ini meresahkan jentera pentadbiran yang ingin melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Antara politik dan perundangan mempunyai peranan dan keterbatasannya. Sehingga itu peranan SPR dan SPRM sebagai badan yang benar-benar bebas perlu diletakkan pada landasan yang sebenar agar wibawa badan yang senang tercalar itu tidak dipertikaikan.

Satu badan mempunyai pengerusi yang baru dan satu badan lagi mempunyai nama yang baru. Kedua BARU ini seharusnya membawa pengertian yang positif . Membawa tanggungjawab perubahan setelah sekian lama menjadi bahan sindiran umum. Jika hanya nama atau peneraju sahaja berubah maka tiada ertinya perubahan itu. Masih lagi membawa imej yang sama macam UMNO lama dan UMNO baru, sama sahaja tetap UMNO.

February 20, 2009

IMEJ TASIK CEMPAKA HARUS DITUKAR

(Gmbar dari Samudera tinta)
Imej Tasik Cempaka yang sebelum ini dilabelkan sebagai tempat berpasangan perlu ditukar kepada wadi ilmu dan kegiatan kebudayaan. Berucap semasa majlis perasmian Pesta Buku Bangi ADUN Bangi, Dr. Shafie menambah usaha mempromosikan Bangi sebagai Bandar Ilmu yang dimulakan sejak tahun lepas mula mendapat kejayaan. Program berterusan mengisi keperluan itu sedang dan akan dilaksanakan.

"Kita sedang berusaha menyusun sebuah buku mengenai Bangi. Kedudukannya yang dikelilingi oleh 18 buah IPT disamping institusi lain seperti Darul Shifa' dan Surau An-Nur yang padat dengan program keilmuan memberi ransangan kepada usaha yang dilakukan".

Bagi membudayakan amalan membaca,Pengerusi Persatuan Penduduk BBB, Dr. Tajul Ariffin menyarankan agar disediakan sudut bacaan pada setiap rumah.

"Peruntukkan sedikit bajet untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah buku setiap bulan", tambahnya lagi.

Beliau tertarik dengan konsep bandar Oxford dan Cambridge di England yang berbudayakan ilmu.

Pesta Buku Bangi yang bermula dari 19 Februari sehingga 1 Mac dianjurkan oleh Persatuan Penduduk BBB dengan kerjasama dari berbagai pihak seperti Mini Kabinet Bangi, ahli majlis MPKj dari 3 zon, Jaringan Siswazah Malaysia, Ikatan Studi Islam UKM dan NGO. Ianya turut disertai oleh 20 penerbit buku dari berbagai genre.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, YB Tn. Ir. Iskandar Abdul Samad berkesempatan untuk merasmikannya. Dalam ucapannya beliau menasihatkan ibu bapa agar memupuk amalan membaca dirumah agar dicontohi oleh anak-anak.

"Program perumahan baru yang dirancang perlu ada pejabat pengurusan dalam kawasan perumahan itu sendiri. Untuk membina sebuah perpustakaan mungkin memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kita perlu memperuntukan sekurang-kurangnya sebuah bilik sebagai sudut bacaan sebagai kemudahan untuk orang ramai".

February 19, 2009

SMUE JERAM N BANGI





(Skim Mesra Usia Emas Di BB Bangi)





(Bantuan Skim Mesra Usia Emas di Jeram)

2 program bantuan Skim Mesra Usia Emas. Di Jeram jam 2 -5 ptg dan di B.B.Bangi jam 9 mlm.
22 waris menerima bantuan RM 1500.00 untuk fasa ke-2 di Jeram. Sementara di BBB 10 orang menerima bantuan RM 1000 untuk fasa pertama. Dr. Shafie berkata "Wang yang diterima adalah tanda kasih sayang dari simati kepada yang ditinggalkan. Menjadi kewajipan kepada yang ditinggalkan untuk membelanjakan wang tersebut dengan penuh manfaat."

February 18, 2009

PENYAKIT LAMA BN, INGATKAN DAH PULIH

Sidang Dewan Rakyat telah bermula namun kehadiran Menteri dan Timb. Menteri amat-amat mengecewakan. Ini belum masuk bab mutu perbahasan yang biasanya hambar dan menyebabkan ramai AP lentok. 6 minggu sebelum mesyuarat agong jadi kita boleh membaca dimana mereka berada sekarang. Ternyata jawatan dalam parti lebih utama dari membawa suara rakyat yang sedang bergelut dengan kegawatan ekonomi dunia.

KAJANG UTAMA



8.30 pagi Ketibaan penduduk

9.00 pagiTaklimat YB Dr. Shafie Abu Bakar & Gotong Royong

12.00 tgh Bersurai

Objektif utama:

1. Mengamalkan budaya bersih

2. Menangani masalah aedes dan chikungunya

3. Memupuk kerjasama antara penduduk.

PESTA BUKU BANGI


Bertempat di Kompleks PKNS Bangi
18 Februari - 1 Mac 2009

February 17, 2009

TAWARAN RASUAH HALAL

Setelah merampas kerajaan Perak secara tidak bermaruah(membelakangkan suara rakyat) UMNO semakin bernafsu untuk mengugat kerajaan PR di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Beberapa konspirasi dan mengaibkan peribadi ADUN PR cuba dilakukan. Pertuduhan rasuah yang sedikit waktu dulu mencerminkan imej baru SPRM dibawah penjenamaan baru dipandang sepi. Seolah memberi peluang kepada perasuah menjelang mesyuarat agung mereka. Apakah rasuah kini dihalalkan bagi tempoh tertentu?

Menjelang hari-hari terakhir Pak Lah sebagai PM ternyata beliau masih tidak mampu membersihkan imej yang telah sebati sejak 50 tahun. Maka kita dapat bayangkan warisan yang bakal dibawa pemimpin dibawah kepimpinan baru nanti.

February 16, 2009

TERIMA KASIH PETUGAS P036











Bertempat di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Jamuan meraikan petugas dan pengundi P036 di Bangi dihadiri oleh TG Haji Hadi, Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali dan Ahli Parlimen Kuala Terangganu, Ust. Mohd Abd. Wahid Endut. Sebelah malamnya pula diadakan ceramah penerangan umum oleh YB Prof. Dr Ramasamy, Tim.Ketua menteri II Pulau Pinang, YB Dato' Dr. Hassan Ali, Exco Negeri Selangor dan YB Mohd Abd. Wahid Endut, MP P036 Kuala Terengganu.

February 14, 2009

PAKATAN RAKYAT BERGONGXI




Pakatan Rakyat bersepakatan mengadakan jamuan tahun baru cina di Kajang Mewah. Semua ADUN dari Bangi(PAS), Kajang(PKR), Seri Kembangan(DAP), Balakong(DAP) dan dua ahli parlimen dari Hulu Langat(PAS) dan Serdang(DAP) telah bekerjasama mengadakan program tersebut. Turut serta ialah penyelaras dari DUN Dusun Tua dan DUN Semenyih.

Program yang diadakan ini membuktikan keutuhan perpaduan dikalangan kompenan Pakatan Rakyat dimana semua pihak telah membiayai bersama program itu. Majlis yang bermula jam 5 petang dihadiri ribuan rakyat dari semua kaum. Tarian singa dari Seri kembangan memulakan program meraikan kedatangan semua YB dari Pakatan Rakyat. Seterusnya acara mengaul yee sang diikuti oleh ucapan YB-YB. Pemberian ang pow merupakan acara yang dinanti-natikan oleh kanak-kanak yang hadir. Dalam majlis tersebut juga golongan ibu tunggal diraikan dengan pemberian hamper sumbangan dari penaja-penaja.

LA FOBIA DE UMNO, HANTU ALTANTUYA.

Menjadi amalan SPR memberi tempoh yang singkat untuk berkempen. Dalam PRK 2 Bukit ini agak luar biasa sedikit. Umum menterjemahkan ini sebagai memberi ruang yang selesa untuk BN kerana PRK ini diadakan hanya selepas pemilihan UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini. Hari penamaan 29 Mac sehari selepas pemilihan UMNO menjelaskan terjemahan ini. Hari pertama DS Najib menduduki singhasana PM Malaysia. Mungkin fobia pada kekalahan masih menghantui mereka. Apakah hantu Altantuya masih menganggu?

February 12, 2009

BBB JEM LE TUA







(Jersi biru dimenangi oleh Samai, pelumba dari Le Tua)

Bandar Baru Bangi sesak terutama menuju ke kompleks PKNS kerana beberapa jalan utama ditutup untuk memberi laluan kepada Le Tour de Langkawi. Ini adalah jelajah siri ke-4 selepas Melaka. Pelumba dari Le Tua, Samai berjaya merebut jersi biru setelah menjuarai perlumbaan sejauh 220 km dari Melaka-Bangi.

CERAMAH MAWE

Mungkin kita berpeluang mengetahui beberapa tips berkenaan politik semasa. Jadi jom pakat ramai-ramai datang. Kita diberitahu pada hari yang sama ditempat yang sama cuma waktunya lebih awal sekitar jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang ada jamuan kesyukuran dari Pers. Anak Terengganu . Dijemput sekali juga untuk semua hadir.

February 11, 2009

TEMPAHAN PANADOL UNTUK SPR


Secara rasminya SPR menerima 3 pucuk surat perletakan jawatan sebagai ADUN. 2 diPerak dan 1 di Kedah. Apakah perbezaa dan apakah persamaan ketiga-tiga pucuk surat itu dan yang penting apakah keputusan yang bakal diketahui pada Jumaat 13(Friday 13). Nak kona kat mana pulak SPR kali ini. Kredibiliti badan yang bermoto Cekap dan Telus sekali lagi diperhati.

3 PENASIHAT EXCO

Dalam cerita 3 Abdul ada seorang "tuan penasihat" yang kerjanya hitung berapa persen kalau projek jadi. Di Perak ada 3 orang penasihat bertaraf exco. Sebagai "tuan penasihat" bertaraf exco mungkin menikmati kemudahan layaknya untuk seorang exco. Adakah rakyat Perak setuju menggunakan perbendaharaan negeri untuk "tuan penasihat" ini.

LOMPAT BERSAMA UZUR PUN BERSAMA

Tarikh 10 Feb 2009 dinanti oleh ramai pemerhati politik untuk menilai senario seterusnya politik negara, Perak khasnya tidak menjadi kerana kedua-dua ADUN @ bekas ADUN tidak hadir ke makhamah.

February 9, 2009

INGAT KHAIBAR YA YAHUDI INGAT PERAK 35 TAHUN DULU YA UMNO

Kata Mokhtar Petah mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

Almarhum Sultan Idris Shah tidak perkenan Tan Sri Ghazali Jawi menjadi MB Perak. Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”

AL-FATIHAH


Kami menerima berita kehilangan seorang pemimpin PAS yang berdedikasi untuk rakyat. Allahyarham Ust. Roslan Shaharum(Parlimen Bukit Gantang) ketika baru selesai turun padang menemui masyarakat cina di Sungai Chua, Kajang.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh orang yang beriman. Pihak PAS Serdang mengucapkan takziah kepada Pn. Safiah Harun bersama 10 orang anaknya.

Al-Fatihah.

SAHABAT UNCOMSERVE BERSAMA ADUN BANGI







Program Jom Bersih:Bangi Bandar Bersih kali ke-2 mendapat kerjasama dari mahasiswa Sahabat Unicomserve dari Uniten. Selain dari aktiviti gotong-royong bersama masyarakat tempatan, beberapa risalah mengenai pembuangan sampah,wabak chikugunya dan pemeliharaan alam sekitar turut dilakukan.

February 8, 2009

TENTERA MUHAMMAD DI BANGI





Khaibar Khaibar ya yahuud jaisyu Muhammad saufa ya'uud(Ingat akan Khaibar ya yahudi tentera Muhammad akan kembali). Kata-kata ini bergema di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi sempena program "Malam Save Gaza:Himpunan 10 ribu umat Bangi". Program dimulakan dengan solat Isyak berjemaah diikuti solat hajat. Ia adalah kemuncak pada program yang telah dilancarkan dua minggu sebelum ini.

Program yang dinaungi oleh YB ADUN Bangi dengan Persatuan Penduduk Bangi sebagai peneraju utama dengan kerjasama NGO seperti Aman Palestin,Jasa, Isma, Pembina, Karisma, Ampac, JIM, masjid dan surau sekitar Bandar Baru Bangi, peniaga dan persatuan pelajar dari ISIUKM dan KUIS.

Beberapa persembahan dari kumpulan Rabani, Marwan, Daie, Muadz dan pentomen dari KUIS disulam dengan pidato-pidato dari waqkil NGO, KAGAT, UMNO dan PAS. Kemuncak pidato ialah bila YB Dr. Salahuddin Ayub yang memberi jaminan bahawa setiap sumbangan yang diberikan akan disampaikan terus kepada Hamas bukan kepada Fatah/PLO. Ust. Asyraf Wajdi sebelum itu turut berucap bagi pihak UMNO.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam ucapan dibuat mensasarkan dana kutipan sebanyak RM 100 ribu. Dengan keprihatian yang tinggi sebanyak RM 158 ribu berjaya dikumpulkan tidak termasuk RM 15 ribu, kutipan bergerak pada malam ini. YB Dr. Shafie telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil rakyat Gaza, En. Naj'l Al-Sarhi.

PERLEMBAGAAN NEGARA DINODAI

Antara Rukun Negara yang kita selalu sebutkan ialah kesetian kepada raja dan negara; keluhuran perlembagaan. Rukun yang menjadi asas pembinaan negara kini diterjemahkan dalam bahasa yang sonsang oleh BN. Dengan melibatkan semua media perdana cuba mempengaruhi rakyat dan mengajar rakyat akan terjemahan baru rukun negara. Mampukah rakyat diperbodohkan?

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, menyifatkan peristiwa perlantikan Menteri Besar Perak yang baru sebagai memalukan.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.(sumber dari blog penarik beca)

February 7, 2009

TERIMA KASIH PAS PUCHONG



Satu majlis ramah mesra bersama pimpinan PAS Puchong diketuai Ust. Nasir telah diadakan di Bangi. Dalam ucapan alu-aluan YB Dr. Shafie mengingatkan pada setiap ahli akan aspek pentarbiahan bagi memperkasakan perjuangan PAS. Pentarbiahan yang mantap menjadikan ahli PAS mempunyai jati diri yang kuat memikul perjuangan parti. Cabaran dan dugaan yang dihadapi insyaAllah akan dapat diatasi. Beliau merujuk kepada keadaan politik semasa. Tambahnya lagi setiap ahli PAS harus menerima hakikat bahawa perjuangan mereka bukan hanya untuk orang melayu sahaja dengan itu ruang politik perkauman semakin sempit.

"Kita harus berdakwah dan memberi penerangan akan keadilan serta kesyumulan Islam dalam pemerintahan. Kita harus memberikan contoh yang terbaik agar masyarakat sedar akan gaya pemerintahan Islam yang sebenar".