BBB,
06 Dzul Kaedah 1438H. = 30 Julai 2017M. (Ahad):
Nama penuh Al-Muhasibi ialah Abu `Abdullah
al-Harith bin Asad al-Muhasibi adalah dari kalanagn sufi terawal (m. 243H.).
Al-Muhasibi tinggal beberapa lama di Basrah dan kemudian berpindah ke Baghdad.
Pada zamannya perkembangan ilmu pengetahuan baik di Basrah, maupun di Baghdad
begitu pesat dan berlaku pergeseran keilmuan theosofi, khususnya antara
golongan Sunni, Qadariyyah dan Jabariyyah dalam aliran ilmu kalam. Begitujuga terdapat
aliran dalam ilmu tasawuf.
Al-Muhasibi yang menjadi guru bagi Al-Imam
Junayd adalah salah seorang pendukung ilmu tasawuf. Beliau terkenal dengan
gelaran al-Muhasibi, kerana ia amat prehatin memeliharakan kemurnian Islam
termasuk ilmu tasawuf.
Bagi menjelaskan keilmuan tasawuf yang
didukungnya, beliau menghasilkan beberapa buah karangan
1) Al-Ri`ayat li Huquq Allah
2) Al-Masa`il fi `A`mal al-Qulub wa al-Jawarih
3) Kitab al-Wahm
4) Risalah al-Mustarshidin
5) Kitab al-Was*aya
AL-Muhasibi turut meriwayatkan Hadith
Rasulullah s.a.w. Salah sebuah Hadith yang beliau menjadi rawi bagi sanad bagi Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Seberat-berat apa yang diletak di dalam
neraca timbangan ialah elok akhlak``
Beliau amat terkesan dengan maksud dan
kandungan dan gagasan `Husn al-Khuluk``, bahkan beliau mengambil matlamat dan
inti ketasawufannya adalah berasaskan `keelokan akhlak.
Prof Dr. `Abdul Halim Mahmud, Bekas Rektor
Universiti Al-Azhar di dalam muqaddimahnya tentang kitab Al-Ri`ayat li Huquq Allah berkata,
``Al-Muhasibi mengambil pendekatan
tasawufnya dengan mentahqiqkan sifat `ubudiyyah berasaskan Al-Qur`an dan
al-Sunnah.`
Al-Muhasibi berkata,
``Apabila engkau tidak mendengar seruan
Allah, bagaimana engkau boleh menjawab
tentang dakwah Allah ? Sesungguhnya siapa yang bergantung lain daripada Allah
dia sesungguhnya jahil dan tidak mengetahui tentang kekuasaan Allah.``
Al-Muhasibi sesungguhnya amat bermuhasabah
dengan dirinya dan mempastikan hidupnya di dalam kebersihan dan tidak mau dirinya terpalit dengan perkara shubhah. Dia adalah
seorang yang zuhud, wara` dan taqwa.
Sebagai buktinya dia menghendarkan diri
dari perkara yang haram dan shubhah, adalah dikatakan dia dari keturunan
keluarga berada, apabila ayahnya meninggal, dia meninggalkan sejumlah harta yang banyak
antaranya meninggalkan mata wang sebanyak 70 ribu dirham. Dikatakan Al-Muhasibi tidak mau mewarisi harta itu,
kerana dikatakan bapanya menganut faham Qadariyyah, iaitu bertentangan dengan faham
Sunni yang dpegang dan ditegakkannya.
Dapatlah dikatakan pendekatan tasawuf
Al-Muhasibi adalah pendekatan murni yang mana Nabi disifatkan oleh Al-Qur`am
bermaksud:
``Bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai
akhlak yang sangat-sangat mulia.`` (Al-Qalam: 4).
Dan firman Allah lagi bermaksud:
``Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.`` (Al-Ahzab: 21).
Al-Muhasibi adalah pembuka jalan bagi
pendekatan tasawuf secara akhlak yang akan dibina secara lebih lengkap kelak
oleh Al-Ghazali dengan kitabnnya `Ihya`
`Ulum al-Din.
Menurut Al-Muhasibi di dalam kitabnya A`mal
al-Qulub wa al-Jawarih, bahawasanya gerak daya kita lebih baik dari anggota.``
Baginya diri yang dikendali oleh hati lebih
baik dari dikendalikan oleh nafsu.
Baginya pengetahuan adalah menyempurnakan
tindakan berbanding dengan jahil merosakkan. Sebab itu katanya, ``Tidur orang
alim adalah ibadat berbanding dengan bangunnya orang jahil yang mungkin
melakukan kejahatan.``
Dalam hal ini diungkapkan bahawa,
``Berfikir sesaat lebih baik dari beribadat enam puluh tahun.``
Banyak pendapat tentang Al-Muhasibi.
Berkata Al-Imam al-Tamimi di dalam
al-Kawakib al-Durriyyah berkata, ``Al-Muhasibi adalah imam bagi kaum
muslimin di dalam bidang fiqh, tasawuf, Hadith dan al-Kalam.``
Berkata Ahmad bin Hanbal, tentang Al-Muhasibi ,``Aku tidak mendengar tentang
perkara-perkara hakikat seperti yang dikatakan oleh Al-Muhasibi dan aku tidak
melihat seumpamanya sahabat-sahabatnya yang lain.``
Namun Al-Imam Ahmad bin al-Hanbal tidak
menyetujuinya melibatkan diri di dalam ilmu al-kalam.
Al-Muhasibi menjawab, ``Menentang perkara
bid`ah adalah fardhu.``
Manakala Al-Ghazali berkata, ``Al-Muhasibi
adalah sebaik-baik ummah dalam ilmu mu`amalah. Dia mendahului yang lain
membicarakan tentang keaiban-keaiban manusia, adab-adab amalan dan pembaikan ibadat.
Sesungguhnya di tengah simpang siur
kepelbagaian fikiran Al-Mhasibi berdiri tegak mempertahankan pendekatan Sunni
bersama dengan `Ash`ari, Maturidi bersama dengan pendukung-pendukung mazhab
fiqh yang empat – Maliki, Shafie, Hanbali da Hanafi.
Sekian.