BBB,
18 Syawal 1438H. = 12 Julai
2017M. (Rabu):
Satu persoalan, bahkan pendekatan yang
diambil oleh Al-Hujwiri di dalam membicarakan aspek tasawuf, iaitu aspek yang
berlaianan dari apa yang pernah
dibicarakan oleh tokoh-tokoh tasawuf ialah `Pencelaan`. Kata Al-Hujwiri bahawa
cela adalah jalan yang diambil oleh beberapa shaykh sufi. Celaan diri dilihat
jalan yang menyedarkan diri, terutama di atas kekhilafan-kekhilafan bagi jalan
menuju kepada Allah. Para sufi tiak takut kepada celaan, bahkan dilihat sebagai
satu cara bagi memperbaiki diri, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Mereka itu berjuang dengan
bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka pula tidak takut kepada celaan
orang-orang mencela. Yang demikian itu adalah lempah kurnia Allah yang
diberikan kepada siapa yang dikehendakinya, kerana Allah amat luas lempah
kurniaNya lagi meliputi pengetahuanNya.`` (Al-Ma`idah: 54).,
Persoalan cela adalah persoalan akhlak, dan
akhlak sudah pasti ada baik dan buruknya. Yang buruk memang jelas keji seperti mencuri, bercakap bohong , minum arak, membunuh an
sebagainya. Manakala yang terpuji memang terpuji seperti menolong orang dalam
kesusahan, sabar, mahabbah, syukur, redha, rahmat dan kasih sayang. Masalahnya
di dalam kebaikan juga boleh membawa kepada kekejian. Misalnya bangga dengan menolong orang, takabbur dengan
kelebihan kedudukan, ghurur dengan pangkat, mengumpat kepada orang yang tidak
disenangi dan berbagai-bagai kekejian yang timbul dari kebaikan yang dilakukam.
Keadaan ini juga boleh berlaku di kalangan sufi misalnya timbul perasaan ghurur
dengan kelebihan yang diberi Allah, merasa diri alim dan merendahkan orang yang
tidak setaraf ilmu dengan dirinya, merasa diri lebih dekat kepada Allah berbanding
dengan sufi-sufi yang lain. Jadi penyakit hati dan akhlak ini tidak saja
berlaku pada orang yang dikenalpasti jahat, tetapi pada orang yang dijangka
baik, tetapi ada penyakit dalaman yang merosakkan diri.
Bagaimana
hendak sedar dan memperbaiki diri yang sedemikain ?
Kaedah `Mencela` dapat diolah dan diperluaskan
kepada beberapa kaedah yang dapat
menyedarkan kesalahan, kekurangan, pembaikan dan sebagainya. Antaranya:
Kesedaran diri dengan kesilapan, bahawa
kita sebagai manusia tidak sunyi dari kesilapan dan diri yang peka dan insaf,
sentiasa bermuhasabah, menilai dan membetulkan mana yang silap. Sebagai dimaklum, bahawa bagi
diri dan jiwa yang hidup dan mempunyai
dhamir yang hidup, maka jika diri terjatuh di dalam kesalahan, maka hati kecil
akan mencela diri dengan kesalahan yang dilakukan, biasanya dengan tidak
sengaja, maka dengan kesedaran diperbaiki akan kesalahan yang dilakukan.
Adapun celaan terbuka, walaupun bagi sufi
mengalu-ngalukan dan dianggap satu kesedaran yang sedia diterima, namun celaan
saecara terbuka, misalnya terhadap seorang guru sufi, misalnya terhadap
kelakuannya yang tidak wajar, tetapi dari segi adab, maka ianya dianggap kasar.
Cara yang terbaik ialah seorang yang dihormati, misalnya guru atau bekas
gurunya meyampaikan apa yang dianggap tidak wajar itu secara baik
dan sopan yang insya Allah jika seorang sufi sebenar, dia akan terima secara
terbuka dan sedia memperbaikinya.
Kaedah cela yang baik, ialah melalui
muzakarah, khususnya mengenai isu yang dikenalpasti atau yang menimbulkan
permasalahan. Perkara yang menjadi persoalan di mudzakarahkan misalnya di
kalangan guru-guru atau shaykh-shaykh yang berkebolehan di dalam bidang-bidang
khusus. Dengan cara muzakarah ini kesilapan tidak difokuskan kepada seseorang,
bahkan dirasakan persoalan mengenai semua pihak, maka melalui perbincangan
orang yang silap menyedari kesilapannya, bila persoalan dibincangkan di dalam
mudzakarah. Bagi yang lain akan mendapati perbincangan berfaedah, iaitu
menambahkan ilmu dan memperbaiki mana yang kurang dan tidak difahami
sebelumnya. Celaan melalui mudzakarah tidak terasa dan tidak menjatuhkan maruah
seseorang.
Satu cara celaan terhadap diri, apabila seseorang itu tahu yang
dirinya tidak berilmu dan ingin memahami sesuatu ilmu tertentu yang dia sedar
dia adalah jahil, maka tindakan yang baik bahawa dia hendaklah belajar, sama
ada memasuki pengajian secara formal seperti mengikuti kursus-kursus atau
pengajian di institusi yang menganjurkan pengajian di dalam bidang-bidang yang ingin
dipelajari. Celaan terhadap diri kerana kejahilan dapat menjadikan diri berpelajaran.
Satu kaedah celaan diri ialah melalui
pembentangan sesuatu persoalan yang dimusykilkan secara diskusi. Misalnya
seorang yang mau membincangkan sesuatu tajuk mengenai seseuatu persoalan, maka
dibentangkan persoalan berkenaan melalui
pembentangan kertaskerja. Pembentangan diulas oleh beberapa yang berwibawa. Mereka mampu mengkritik dan
mencadang dan memperbetulkan apa yang dianggap tidak betul. Khalayak ramai
dapat hadir sama dan mengambil manfaat dengan turut sama berbincang dan memberi
pandangan . Kaedah ilmiah ini dilakukan di pengajian-pengajian tinggi.
Pembentang memberi sumbangan ilmu dan dapat menyedari kekurangan-kekurangan
yang dapat diperbaiki dan orang ramai pula sama dapat faedah dari perbincangan-perbincangan.
Bagi yang menyedari kesilapan diri, atau
kekurangan diri antara kaedah yang dapat diambil ialah dengan menemui secara
terus dan langsung dengan guru atau mereka yang pakar dalam bidang berkenaan. Ini merupakan kaedah
pesakit yang sakit menemui doktor pakar dalam bidang penyakit dan diberi
nasihat dan obat oleh doktor, keadaan yang sama bagi mereka yang menghadapi masalah di dalam
bidang ilmu dan dia perlu menemui pakar yang berkenaan.
Seterusnya bagi semua seharusnya prihatin
dan waspada dengan menyedari diri, bahawa tidak seorang yang sempurna di dalam
apa-apa bidang sekalipun, sebab itu seharusnya bagi yang insaf dan ingin
memperbaiki diri seharusnya selalu mengiikuti perkembangan baik, di dalam
bidang ilmu, kemahiran, pekerjaan dan kepakaran dengan mengikuti perlembangan
terbaru bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahira, meneliti kesilapan-kesilapan
yang dilakukan orang dan dijadikan
tauladan bagi memperbaiki diri dan diri juga mengenali kelkemahan cuba memperbaiki diri dan
memberi sumbangan keilmuan, kepakaran dan pengalaman agar semua dapat manfaat.
Kaedah `cela` secara langsung adalah baik,
tetapi wajar diolah agak tidak kasar,
banyak kaedah pembaikan dapat dilakukan secara teratur yang lebih dapat memberi
pembaikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment