BBB, 10 Syawal 1438H. = 04 Julai 2017M. (Selasa):
Al-Qushairy turut membicarakan tentang `Ru`ya` dan `Mimpi` . Dua istilah ini
digunakan menurut Al-Qushairy bagi membezakan antara ru`ya (mimpi benar)
dan mimpi (biasa an dan palsu).
AL-Qushairy bertolak pembicaraan dari ayat
Al-Qur`an:
``Lahum al-bushra fi al-hatat al-dunya wa
fi al-akhirah.`` (Yunus: 64).
Bermaksud: ``Bagi mereka berita gembira di
dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.`` (Yunus: 64).
Dikatakan bahawa ianya bermaksud `ru`ya
hasanah`, ya`ni `ru`ya yang elok`. Yang dilihat oleh sseorang atau
diperlihatkan kepadanya.
Behubung dengan Hadith Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami Abu al-Hasan al-Ahwazi
berkata, mengkhabarkan kami Ahmad bin `Ubaid al-Bas*ri berkata, bercakap kepada
kami Ishaq bin Ibrahim al-Munqari berkata,, bercakap kepada kami Mansur bin Abi
Muzah*im berkata, bercakap kepada kami Abu Bakar bin `Iyash daripada `As*im
daripada Abi S*alih daripada Abi al-Darda` berkata,
``Aku bertanya Nabi s.a.w. tentang ayat ini, ``Lahum
al-bushra fi al-hayat al-dunya wa al-akhirah.` Maka bersabda Rasulullah s.a.w.
``Tidak bertanya kepadaku seseorang tentangnya sebelum engkau. Dia ialah ru`ya
yang elok, dilihat oleh seseorang atau diperlihatkan kepadanya. (Riwayat
Tirmidzi, T*abrani dan Ahmad).
Juga Hadith Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami al-Sayyid Abu al-Hasan
Muhammad bin al-Husayn al-`Alawi, berkata, mengkhabarkan kami Abu `Ali al-Hasan
bin Muhammad Zaid, berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin al-Walid
daripada Sufyan daripada Yahya Ibn Sa`id daripada Abi Salmah, daripada Abi
Qatadah berkata:
``Bersaba Rasulullah s.a.w. `l-Ru`ya min
Allah wa al-hulami min al-shaitan.` (Riwayat Al-Bukhari)`
Bermaksud:
``Ru`ya daripada Allah dan mimpi daripada
syaitan.``
Juga Hadith Nabi s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh Abu Bakar Muhammad
bin Ahmad bin `Abdus al-Muzakki berkata, bercakap kepada kami Abu Ahmad
al-H*amzah bin al-`Abbas al-Bazzar berkata, bercakap kepada kami `Iyash bin
Muhammad bin Hatim berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Musa berkata, bercakap
kepada kami Isra`il daripada Abi Ishaq daripada Abi al-Ah*was* dan Abi `Ubaiad daripada `Abdullah bin Mas`ud
berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Siapa yang meru`ya daku di dalam tidur,
maka dia melihat daku, kerana syaitan tidak boleh menyamar pada rupaku.`` (Diriwayat
oleh Al-Tirmidzi).
Berkata Al-Ustadz Abu `Ali al-Daqqaq, tatkala
berkata Ibrahim kepada Isma`il `alayhima al-salam. ``Wahai anakanda aku melihat
(ru`ya) i dalam tidur bahawa aku menyembelih engkau.`` Maka kata Isma`il, wahai ayahanda inilah bahagian bagi siapa
yang tidur demi kekasihnya, kalaulah
tidak sempurna, necaya tdak disuruh menyembelih anak.
Aku mendengar Al-Ustadz Aba `Ali berkata, Al-Hariri bermimpi tentang
Al-Junayd dalam tidurnya, maka dia bertanya apa khabar, wahai Aba al-Qasim
? Maka dia berkata, aku memerhati
isyarat-isyarat dan ditambah dengan
ibarat dan tidak memberi manafaat kepada kita melainkan dengan bertasbih
berterusan masa.
Tentang tidur dibicarakan oleh Al-Qushairy,
bahawa ada beberapa jenis tidur; iaitu tidur yang dikatakan tidur lalai, tidur
biasa dan keduanya adalah tidak terpuji.
Tidur pula adalah merupakan saudara kepada
kematian Lantaran dengan tidur, sebahagian dari diri kehilangan fungsi seperti
akal dan kesedaran diri yang dikembalikan apabila jaga.
Firman Allah bermaksud:
``Dan Dialah yang menidurkan kami dimalam
hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari. ``(Al-An`am: 60).
Firman Allah lagi bermaksud:
``Allah mematikan diri-diri ketika matinya
dan yang belum mati di dalam tidurnya.`` (Al-Zumar: 42).
Dari satu segi, tidur yang biasanya dianggap biasa, lantaran ianya
merupakan rutin kehidupan kebiasaan, sebagaimana rutin hari yang bertukar siang
dan malam. Oleh kerana tidur dianggap kebiasaan, maka kebiasaannya dianggap
biasa.
Seharusnya oleh kerana tidur merupakan
sebahagian dari lambang kematian, seharusnya bagi menghadapi kematian, ada
persediaan, sebaik-baiknya ianya merupakan tidur yang meneruskan dari segi
kebaikan, sebagai penutup bagi menghadapi kematian. Namun kebaikan bukan boleh dibuat-buat dan dalam masa
sekejap, lantaran ianya merupakan kepura-puraan. Kebaikan adalah penerusan dari
rutin kehidupan yang baik yang hari diisi dengan kebaikan membawa saat separuh
mati (tidur) seharusnya berhujung dengan baik. Hidup yang patuh kepada perintah
Allah dan suci diri sebagai persediaan menemui maut dan juga menemui Ilahi.
Kemungkinan berlaku mimpi yang baik adalah
berlaku dari diri dan amal yang baik, apa lagi untuk mencapai taraf yang
disifat ru`ya.``
Diri ibarat cermin, jika ianya baik dan
bersih, maka dengan bersihnya dapat menangkap imej luaran ke dalam secara jelas
dan trakam, sebaliknya jika cermin diri dalam keadaan kotor dan kabur maka
tangkapan luaran adalah kabur, bahkan tiada kelihatan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment