July 20, 2017

FOKUS KEPADA HASAN BASRI: ANEKDOT TENTANG MALIK BIN DINAR


Bbb, 18 Syawal 1438H. = 1`2 Julai 2017M. (Rabu):
Anekdot kedua ialah tentang watak Malik bin Dinar, juga tokoh sufi. Sebagaimana Habib al-`Ajam mengaitkan cerita dengan Hasan Basri, demikian juga dengan anekdot Malik bin Dinar. Sebenarnya kedua-dua watak ini dicerita ialah memfokoskan  kepada sufi Hasan Basri. Tokoh Hasan Basri adalah sufi yang besar yang didukung oleh shaykh-shaykh sufi. Dia adalah lambang kesufian. Jalan cerita mengenai dirinya adalah suci dan murni, dia dikatakan berketurunan sesusuan dengan Rasulullah s.a.w. Ummu Aiman adalah pengasuh kepada Nabi Muhammad semasa dari dilahirkan. Apabila `Abdullah bapa Nabi Muhammad meninggal dia makin rapat mengasuh anak yatim ini. Apabila Aminah bersama dengan Nabi Muhammad ke Madinah bagi menziarahi kubur bapa Nabi Muhammad, Aminah meninggal di Abwa` di Madinah, dikebumikan  tidak jauh dari kubur `Abdullah. Aimanlah yang terus mengasuh Nabi Muhammad, sehinggalah dia  remaja.  Ummu Aiman dimerdekakan dan dia berkahwin dengan seorang penduduk Madinah yang bernama `Ubaid dan tinggal di Makkah. Daripada perkahwinan Ummu  Aiman dia mendapat seorang anak bernama Aiman yang ibunya digelarkan Ummu Aiman. Hasan Basri adalah dari turunan yang menjadi susuan kepada Rasulullah dan diakui Rasulullah sebagai saudaranya turun kepada Hasan Basri.
Ada kesamaan antara Hasan Basri yang berketurunan hamba pengasuh  bagi Rasulullah yang berkat dan menjadi orang alim dan sufi, manakala Malik bin Dinar, bahawa dia juga adalah  seorang hamba. Malik dilahirkan sebelum ayahnya dimerdekakan. Sebagaimana Habib al-`Ajam pada mulanya  hidup berpoya-poya pada zaman muda, demikianlah dengan Malik. Dikatakan pada malam dia berpoya-poya dengan alat bunyian gambus kecapi, pada malamnya  dia bermimpi yang dia ditanya tentang berpoya dan tenggelam dalam  perbuatan maksiat. Mimpi itu membawa keinsafan kepadanya yang membawa beliau menemui Hasan Basri dan berjanji untuk benar-benar taubat. Beliau diingatkan pengakuan taubatnya hendaklah dengan ikhlas, kerana tidak ada makna amalan yang banyak tanpa ikhlas. Menurut Malik bin Dinar, amalan adalah perlakuan lahir yang perlu bersekali dengan amalan batin, iaitu ikhlas. Ini menjadi prinsip dan falsafah pegangannya.
Adalah dikatakan pada satu hari Malik bin Dinar belayar menaiki kapal. Dalam pelayaran itu seorang perempuan kehilangan  mutiara yang disayangi. Malik bin Dinar penumpang yang agak asing itu dituduh mencuri permata perempuan berkenaan. Beliau menafikan tuduhan yang beliau mencuri, tetapi tuduhan tidak ditarik balik dan hukuman mau dijalankan ke atasnya.. Dalam masa penerusan tuduhan beliau bermunajat dan mengangkat muka ke langit.
Dengan tiba-tiba  di permukaan air keliling kapal timbul ikan-ikan yang pada mulut setiap ikan adalah mutiara. Malik memangambil satu mutiara dari satu ikan dan memberi kepada yang kehilangan mutiara itu. Melihat keadaan sedemikian penumpang-penumpang menyerbu kepada Malik untuk mendapatkan mutiara darinya yang diharap dia mengambil dari ikan-ikan yang lain, tetapi Malik turun dari kapal dan berjalan di atas air hingga ke pantai.
Malik bin Dinar mempunyai falsafah yang dipeganginya, bahawa hendaklah ikhlas di dalam amal. Baginya dan hakikatnya amal adalah bersifat luaran, rohnya ialah ikhlas, amal tidak bermakna tanpa keikhlasan.
Di dalam anekdot di atas Al-Hujwiri menggunakan elemen estetik dan kreatif di dalam menyampaikan pengajaran melalui anekdot yang berhubung dengan Malik bin Dinar yang dihubungkan dengan sufi tertinggi, iaitu Hasan Basri.
Cerita Malik bin Dinar menarik tentang ketokohan Malik yang bersifat jujur dan ikhlas  di dalam  amalan. Tema anekdot tersebut ialah ikhlas dan dengan  ikhlas  berkenaan dia diberi keanihan-keanihan yang telah diceritakan dan aspek-aspek keanihan adalah merupakan kreativiti yang ditampilkan oleh Al-Hujwiri hingga ianya merupakan anekdot yang menarik.
Watak utama yang menjadi cerita ialah Malik bin Dinar itu sendiri yang anekdot adalah mengambil judul sempena dengan namanya. Namun sebagaimana disebut Hasan Basri juga menjadi fokus penceritaan sebagai lambang ketinggian rohani sufi.
Konflik dalam cerita ini, adalah `tuduhan terhadap Malik bin Dinar` bahawa dia dituduh mencuri  mutiara yang dimiliki oleh salah seorang penumpang kapal. Sebagai seorang yang ikhlas dan jujur itu. Mistri kehilangan mutiara ini  menjadkan cerita lebih mistri dan menarik, apabila digambarkan bahawa ikan-ikan timbul membawa mutiara di mulut masing-masing untuk diserahkan kepada Malik bin Dinar. Episod meningkatkan wibawa dan kedudukan Malik bin Dinar sebagi sufi. Dia secara ikhlas dan jujur melalui episod-episod berkenaan tanpa bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sebarang lelebihan yang ada padanya. Sedang orang ramai dari kalangan penumpang tamak haloba berebut-rebut untuk mendapat mutiara yang diharap Malik mengambilnya dari mulut-mult ikan, keadaan sebaliknya, Malik tidak bersifat sebagaimana jiwa manusia yang tamak haloba, tetapi baginya, tidak kisah dengan harta dan tiada niat bagi dirinya yang ikhlas dan tidak berhajat baginya harta berkenaan.
Dalam anekdot ini terdapat beberapa penyelesaian, iaitu:
Tuduhan Malik mencuri tidak benar
Timbulnya ikan-ikan membawa mutiara dan diambil satu untuk gantian, hilang tuduhan mencuri terhadap Malik.
Sifat jujur mendapat ganjaran dari Allah yang menjelaskan kebenaran dan keikhlasan Malik.
Anatara pengajaran yang dapat diambil:
Jangan menuduh terhadap sesaeorang tanpa bukti
Allah membalas dengan kelebihan terhadap yang ikhlas dan jujur.
Sufi adalah orang yang kaya jiwa dan tidak kaya harta
Kewalian adalah kurniaan Allah terhadap yang dikehendakiNya.
Sempurna amal adalah dengan keikhlasan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment