BBB, 30 Syawal 1438H. = 24 Julai 20`17M.
(Isnin):
`Abdullah al-Mubarak (m. 181H.) adalah
penghasil kitab tasawuf terawal. Kitab berkenaan ialah Kitab al-Zuhdi wa
al-Raqa`iq (Kitab Kezuhudan Dan Kehalusan Ciri-cirinya). Sebagaimana pernah
dibincangkan pada peringkat awal bahawa gaya karangan kitab ini adalah menurut
format dan gaya Hadith. Bermaksud, `Abdullah al-Mubarak adalah
meriwayat secara bersanad dengan matan adalah apa yang diungkapkan oleh
Rasulullah atau tokoh-tokoh lain termasuk `Abdullah al-Mubarak.
Al-Hujwiri mengambil `Abdullah al-Mubarak
sebagai salah seorang tokoh sufi selepas kalangan tabi`in. Namun pembicaraan
Al-Hujwiri terhadap `Abdullah al-Mubarak dikreatif, diimaginasikan, bahkan
dilegendakan.
Kononnya faktor yang membawakan `Abdullah
al-Mubarak bertaubat dan menjadi zuhud kononnya dia mencintai seorang gadis.
Pada suatu malam purnama di musim dingin dia berdiri di luar rumah gadis
berkenaan dan memandang gadis berkenaan yang juga memandnagnya dari bahagian
atas rumahnya. Keasyikan mereka berdua berterusan sehingga terdengar bang
subuh, si lelaki (`Abdullah) menyangka ianya baru merupakan bang maghrib. Dia
terkejut oleh kesiangan dan baru menyedari bang tadi ialah bang subuh. Dia
merasa malu kepada dirinya dan jamaah dan merasa gelisah dalam masa menunaikan
solat subuh berjamaah. Hati kecilnya menempelak dirinya, bahawa semalam-malaman
memerhati gadis tidak dirasanya jemu dan dirasa waktu begitu pendek,
sedangkan bersolat subuh dirasakan imam
begitu panjang membaca surah, bagaikan tidak tahan dia menunggu untuk
berakhirnya solat.
Peristiwa berkenaan menginsafkan dirinya
dan dia bertaubat dan mulai dari masa itu ia tumpukan kepada beribadat dan
menghadiri kumpulan-kumpulan sufi, sehingga dia dianggap sebagai shaykh atau
ketua shaykh sufi pada zamannya.
Watak `Abdullah juga dilegendakan, bahawa
pada suatu hari dia tertidur di dalam kebun
di belakang rumahnya. Ibunya yang mencari dan mendapati dia tertidur di umbi
sebuah pokok, dia terkejut melihat ular
besar yang mengelilingi `Abdullah al-Mubarak, menjaganya dari digigit oleh
serangga dan binatang-binatang berbisa.
Ular menghembus-hembus bisanya keliling `Abdullah agar serangga-serangga tidak
mendekatinya. Cerita ini dan cerita di atas tentulah untuk mengangkat martabat
`Abdullah dengan keanihan cerita-cerita berkenaan. Ianya mungkin benar, tetapi sukar
untuk menerimanya secara rasional, tetapi kiranya ianya merupakan dari elemen kreatif dan imaginatif dan tidak benar, maka
lebih baik ianya ditiadakan, kerana ianya bukan untuk menaikkannya sebaliknya
merendahkannya dengan sesuatu yang tidak benar.
`Abdullah yang asalnya tinggal di Marwi
itu, kemudiannya berpindah dan menetap di Baghdad dan kemudian berpindah ke
Makkah dan akhirnya kembali ke Marwi. Di marwi dia disambut baik oleh
penduduknya dan diberi kedudukan istimewa dari segi keilmuan sehingga diberi
kedudukan khusus (kursi) di dalam bidang kerohanian – bukan atas kehendak
`Abdullah al-Mubarak.
Di Marwi yang pada ketika pulangnya , masyarakat
dikatakan berpecah antara yang mendukung Hadith dan antara yang mendukung
fikiran bebas (Qadariyyah –Mu`tazilah), dikatakan dia berjaya menyatukan kedua
pihak kepada pandangan yang sederhana yang tidak bercanggah dengan Kitab dan
Sunnah.
Dikatakan bahawa `Abdullah ditanya,
``Bagaimana jalan bagi mengenali Tuhan. Dia menjawab``
``Jika engkau kenal Tuhan dengan sendirinya
engkau mengenal jalannya. Tanpa ada jalan sebelumnya engkau tidak sampai kepada
pengenalan.
Katanya, ``Kaum sufi, khususnya kalangan
walinya tidak tenang kalbunya. Di dunia kerana dia terus kepada tumpuan
perjalanan mencari, sedang di akhirat, terus dalam cinta dan kerinduan.``
Di dalam kitab Al-Zuhd wa al-Raqa`iq (lebih
600hlm.)yang dikarang gaya Hadith, `Abdullah menjadi perawi di dalam sanad, atau
beliau sendiri mengeluarkan pendapat.
Misalnya , ``Bercakap kepada kami `Abdullah
al-Mubarak dan al-Fadhl bin Musa.
Keduanya berkata mengkhabarkan kami `Abdullah bin Sa`id bin Abi Hind daripada
bapanya daripada Ibn `Abbas r.`anhuma
berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Dia nikmat yang selalu tidak disedari
manusia, iaitu, kesihatan dan masa lapang.``
Sebagai contoh, peringatan ketika hampir
mati:
Mengkhabarkan kamu Abu `Umar bin Hayawiyyah
dan Abu Bakar al-Warraq keduanya berkata, mengkhabarkan kami Yahya, katanya,
bercakap kepada kami al-Husain berkata, bercakap kepada kami Ibn al-Mubarak,
berkata mengkhabarkan kami Sufyan berkata, berkata `Abdullah bin `Abbas:
``Apabila engkau melihat seorang lelaki
hampir mati, gembirakannyalah untuk menemui Tuhannya, iaitu bertujuan elok
sangka, kiranyaia masih hidup takutkannyalah akan Allah `azza wa Jalla.``
Dan tentang tawakkal dan tawadhu`:
``Mengkhabarkan kamu oleh Abu `Umar bin
Hawawiyyah dan Abu Bakar al-Warraq, keduanya berkata, mengkhabarkan kami Yahya
berkata, bercakap kepada kami al-Husain berkata,mengkhabarkan kami Ibn
al-Mubarak, berkata mengkhabarkan kami
Habwah bin Shurayh berkata, mengkhabarkan kami Abu Hani` al-Khaulani, bahawa
`Umar bin Malik bercakap kepadanya, bahawasanya dia mendengar Fadhalah bin
`Ubaid berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
Berbahagialah (T*uba) siapa yang diberi
pertunjuk dengan Islam dan hidupnya berkecukupan dan dia bersifat qana `ah.``
Demikian ketokohan Ibn al-Mubarak secara
kreatif dan intuitif dan realiti. Walau apapun
`Abdullah al-Mubarak dari
kalangan sufi terawal dan menjadi perawi di dalam sanad-sanad bagi banyak Hadith. Banyak
pegajaran dari tokoh ini untuk diteladani.
Sekian.
No comments:
Post a Comment