BBB,
01` Dzulka`edah 1438H. = 25 Julai
2017M. (Selasa):
Adalah dilihat anekdot berhubung dengan
watak Abu `Ali al-Fudhayl bin `Iyadh adalah banyak menggunakan teknik kontra
atau bertentangan yang biasanya antara elemen baik dan jahat atau sebaliknya yang sudah tentu
bagi menghidupkan tema tidak sunyi dari menggunakan ciri kreatif dan imaginatif.
Fudhayl bin `Iyadh sebagaimana digambarkan oleh Al-Hujwiri pada
mulanya adalah seorang yang jahat. Dia merompak antara Marwi dan Baward, namun
digambar kontra pula dari sifat perompak sebenarnya, bahawa dia
tidak menyerang kafilah yang membawa perempuan, tidak juga terhadap kafilah
yang membawa harta yang sedikit dan tidak juga terhadap musafir. Lantas secara
kontra juga kita bertanya, lantas bagi tujuan apa Fudhayl merompak. Tiada
penjelasan.
Al-Hujwiri tinggalkan persoalan secara
tergantung dan segera membuat situasi kontra dengan menampilkan watak tambahan
bahawa seorang pedagang mau berdagang ke Kota Marwi, dia dicadang membawa
pengawal, kerana dijalan tidak selamat, kerana adanya perompak Fudhayl. Tapi saudagar
pula bagai ada firasat menyatakan bahawa Fudhayl adalah seorang yang baik.
Saudagar merentas perjalanan ke Marwi
dengan membawa bersamanya pembaca Al-Qur`an. Dengan membawa teknik cerita
secara kebetulan, ketika pedagang tiba ke Marwi, perompak Fudhayl tiba mau
merompak, secara kebetulan semasa Fudhayl mau merompak pembaca Al-Qur`an sedang
membaca ayat bermaksud:
``Oleh itu pada hari ini tidak diterima
penebus diri daripada kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat
tinggal kamu adalah neraka. Dialah sahaja Penolong kamu. Dan itulah
seburuk-buruk tempat kesudahan kamu ! `` (Al-Hadid: 15).
Dikatakan apabila Fudhayl mendengar ayat ini menggerunkan hatinya yang menjadikan dirinya insaf dan
kesal di atas kejahatan yang dilakukan selama ini. Dia tidak mau lagi menjadi
merompak.
Episod yang membawa keinsafan kepada
Fudhayl berkat dari mendengar Al-Qur`an adalah merupakan klimek, atau puncak kontra yang berlaku pada diri
Fudhayl. Bermaksud diri dan perangainya yang buruk berubah selepas insaf dan
bertaubat dan membayar hutang-hutang mereka yang berkenaan dan berusaha untuk menjadi
orang baik.
Berikut dari keinsafan itu timbul dalam hatinya keinginan mencari dan mendalami
ilmu-ilmu keislaman. Tempat bagi mencari ilmu dan mendekati diri kepada Allah
tidak lain dari Makkah. Di sini beliau menuntut berbagai-bagai ilmu
pengetahuan, khususnya keilmuan tasawuf dan akidah, selain dari menuntut ilmu
Fudhayl juga dapat nenumpukan diri dengan beribadat di Kota Suci Makkah hingga
watak dirinya berubah dan kontra sebelumnya. Di sini dia bersahabat
bersama-sama kalangan shaykh-shaykh dan ulama` terkenal.
Semasa di Makkah dia didatangi Khalifah
Harun al-Rashid dengan pengiringnya dengan tujuan untuk memberi bantuan
kepadanya bagi melunaskan hutang-hutang, dia menolak bahkan dengan menerimanya
akan membawa dirinya terseret dengan dosa yang menjerumuskan diri ke dalam
nereka. Bila diminta nasihat darinya dia
menganjur khalifah supaya mencontohi perjalanan dan pemerintahan Khalifah `Umar
Ibn al-`Aziz. Episod bersama Amiril Mu`mininin dihurai dengan panjang lebar
dengan berbagai-bagai nasihat yang
disampaikan kepada khalifah.
Selepas lama berada di Makkah
Al-Fudhayl kembali ke Kufah dengan watak
dan imej baru sebagai Shaykh Sufi, kontra dengan wataknya yang dahulu yang kini
telah dilupai orang. Bahkan di Kufah dikatakan dia bersahabat dengan Imam Abu
Hanifah Nu`man ulama` yang mempelopori madzhab Hanafi. Kehidupan di Kufah
ditumpukan kepada kehidupan sufi.
Mesej yang dapat dihayati dari anekdot yang
disampaikan oleh Al-Hujwiri antaranya ialah:
Bahawa seorang yang jahat boleh berubah menjadi baik hasil dari
sentuhan yang menginsafkan, sebab itu jangan dihina dan segera menilai dan menghukum
seseorang dengan kesilapan yang dilakukan. Keadaan sebaliknya mungkin berlaku
seorang yang baik juga mungkin menjadi sebaliknya dengan sebab-sebab tertentu
yang menjadikannya jahat. Sebab itu dalam usaha diri untuk menjadi baik perlu
berdo`a kepada Tuhan agar diri mendapat Hidayah daripada Allah.
Al-Hujwiri
meletakkan Al-Qur`an sebagai kitab hidayah yang menginsafkan Fudhayl bin
`Iyadh. Al-Qur`an sebenarnya berterusan
sebagai sumber hidayah dan pertunjukan, bahkan sumber ilmu yang dapat dihayati
oleh semua pihak.
Watak Fudhayl bin `Iyadh diangkat oleh
Al-Hujwiri ke tahap begitu tinggi, hingga menimbulkan pertanyaan dari segi
realiti hingga dibariskan dengan seperti `ulama` Abu Hanifah Nu`man.
Al-Hujwiri juga menampilkan watak watak ideal, iaitu Abu Hanifah dari segi
kealiman –pemimpin madzhab Hanafi. Al-Hujwiri juga menampilkan watak pemerintah
yang ideal, iaitu sepeti Khalifah `Umar Ibn al-`Aziz yang terkenal adil dan
menjadi contoh dari segi pemerintahan. Begitu juga digambarkan tentang Khalifah
Harun al-Rashid seorang khalifah terkenal pada zaman kerajaan `Abbasiah. Beliau
mencintai ilmu dan memanggil ulama mengajar dan berbincang soal-soal keilmuan
di istana. Khalifah Harun al-Rashid juga digambarkan sebagai seorang dermawan
yang bila ke Makkah khalifah memerintah aga dicari fakir-miskin dan mereka yang berhutang
untuk dibebaskan hutang – termasuklah Al-Fudhayl bin `Iyadh.
Al-Hujwiri menampilkan falsafah pemikiran Al-Fudhail, bahawa,
``Hidup
di dunia adalah sebagai berada di rumah
sakit pesakit-pesakit jiwa.``
Dalam erti kata yang lain semua penghuninya
bermasalah seperti jahil, gila harta, gila
pangkat, gila penyakit, mendepani
penipuan dari pihak-pihak tertentu dan sebagainya yang menyebabkan manusia tidak
tenteram dan sakit jiwa. Tiap kita sebenarnya mencari penawar bagi masalah yang
dihadapi. Bagi sufi ialah menjalani kehidupan keagamaan dan kesufian yang dapat
menghendar diri dari kegilaan yang tidak
mengenal kebaikan, kebajikan dan kemanusiaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment