BBB, 28 Syawal 1438H. = 22 Julai 2017M.
(Sabtu):
``Aku tidak pernah melihat sesuatu tanpa
melihat Tuhan di dalamnya.``
Itulah significant yang mau ditonjolkan
oleh Al-Hujwiri tentang tokoh Muhammad bin Wasi` ini yang dikatakan sempat
bergaul dengan para tabi`in. Ungkapan ini sebenarnya bukan satu keluarbiasaan lantaran ianya hakikat dan diucap oleh banyak
pihak, khususnya dari kalangan sufi. Bahkan terdapat di dalam Al-Qur`an ayat seperti bermaksud:
``Sesungguhnya di langit dan bumi ayat-ayat
bagi orang mu`minin.`` (Al-Jathiah: 3).
Dan banyak lagi `ayat`` di dalam Al-Qur`an.
Cuma ungkapan Muhammad bin Wasi` lebih kepada mesra cinta, diibaratkan kepada
sang kekasih yang mencintai yang dikasihi, maka apa yang dilihat tiada yang lain dari yang dikasihi. Bahkan
lebih dari itu terhapus yang lain dari kelihatan dan yang dilihat hanya yang
dikasihi – dimaksudkan Tuhan. Yang dilihat adalah satu yang dikasihi.
Tentang persoalan ini banyak kalangan sufi
mengungkapkan kata-kata:
Bahawa ditanya Al-Junayd tentang tauhid
khas, katanya,
``Bahawa hamba adalah bayangan berdepan
Allah yang kelihatan bahawa berlaku
padanya larian tadbirNya, padanya larian hukum qudratNya di dalam kancah lautan
tauhidNya dengan fana dirinya dan hilang dakwaan perbuatan. Berdiri haqq Ta`ala
padanya.
Ungkapan yang hampir sama tentang tauhid khas,
diungkapkan oleh Yusof bin al-Husain, bahawa adalah hamba dengan sirr, wajdan
hatinya adalah berdiri di hadapan Allah `Azza wa Jalla,, berlari di atasnya
larian tadbirNya dan hukum-hukum qudratNya di dalam lautan tauhidnya dengan
fana` daripada dirinya dan hilang dirinya dengan berdirinya yang haqq.
Berkata Sahl bin `Abdullah tentang cinta,
iaitu mewafakat hati dengan Allah.
Berkata Abu Ya`kub al-Sausi, tidak sah
cinta sehingga keluar yang bercinta dan melihat hanya yang dicinta.``
Dan disoal Al-Junayd tentang cinta, maka
katanya, ``Masuk kepada sifat-sifat yang dikasihi.``
Jelaslah isu cinta diungkapan oleh
tokoh-tokoh sufi di atas, namun bukan dari ungkapan bahasa biasa, tetapi adalah
pancaran mesra dan kasih cinta, dan bahasanya bersifat intutif dan wajdan.
Demikianlah dengan ungkapan Muhammad bin Wasi`.
Namun perlu dingat dengan ungkapan yang
bersifat intutif dan wajdan ini tidak bersifat direct dan nyata, bahkan tidak
berlaku di dalam situasi nyata dan real. Inya bersifat pengluahan rasa dan
jiwa. Sesungguhnya dari segi realiti tidak berlaku kedekatan fizikal dan tidak mungkin
berlaku penyatuan antara Yang Abadi dan hamba. Sesungguhnya Allah dengan
sifat-sifat Allah dan hmba dengan sifat hambanya. Peningkatan kerohanian adalah
peningkatan kebersihan dari segi lahiri dan maknawi yang mencerahkan kemesraan
dan kecintaan secara maknawi dan rohani dan bukan penyatuan sebenarnya (lahiri).
. Ianya dipengaruhi elemen imaginasi dan intutif.
Sebab itu pendekatan cinta tidak boleh lari
dan terlepas dari pendekatan rasional akal. Sementara kita memahami pendekatan
cinta adalah pendekatan rasa dan rohani yang meningkat dari segi intuitif dan
wajdan, maka ianya tidak terkeluar dari pendekatan minda yang rasional. Dalam
maksud mendekati ketuhanan tidak boleh lari dari pendekatan akidah tauhid yang
elemen-elemennya adalah di dalam Al-Qur`an dan diolah kepada pendekatan
sebagaimana dilakukan oleh pendekatan sunni. Bahawa Allah adalah Dzat yang
wujud yang berlainan dari alam, bahawa dia bersifat dengan sifat-sifat sempurna
dan bersifat dengan sifat-sifat wajib wajib, bersifat harus dan juga tidak
bersifat dengan sifat-sifat yang mustahil. Bahawa Allah adalah Tunggal sedia
dan kekal dan tidak sama dengan makhluk yang bersifat baharu dan binasa.
Biarpun tiap bidang ilmu ada definisi,
ruanglingkup dan penghuraian-penghuraian
yang lebih luas, namun jika ungkapan
yang bersifat intuitif dan wajdan melanggar
aspek-aspek akidah dan nembawa kepada kekeliruan,
bahkan penyelewengan maka perlu dielakkan dari pertentangan yang seharusnya bersifat harmoni sebagaimana kata Imam Malik:
``Siapa bertasawuf dan tidak berfiqah boleh
membawa kepada zindiq,
Siapa berfiqah dan tidak bertasawuf boleh
membawa kepada fasiq
Dan siapa yang menghimpun antara keduanya
dia mencapai tahqiq. ( Iqaz* al-Himam, tt: 5).
Di dalam hal ini tasawuf yang bersifat
intuitif hati dan rohani juga mesra dan cinta, kadang-kadang boleh keluar daripadanya
ungkapan-ungkapan yang luar biasa seperti bersifat cinta perlu dikawal dari dalam oleh
pengungkap-pegungkapnya agar tidak bercanggah terutama dari segi akidah dan dia
perlu dikawal dari segi luaran, iaitu dari segi aturan dan keilmuan akidah itu
sendiri. Dengan pembetulan dari segi tasawuf
dan akidah, maka praktif dari sgi fiqh
dan amalan ibadat berlaku secara licin.
Di dalam hal ini kedudukan rasional minda
atau akal adalah berada pada peringkat atas. Ini bermakna akidah berada pada
puncak mengawal dari segi dalaman seperti tasawuf dan juga amalan ibadat. Penghimpunan antara keduanya, fiqh an
tasawuf di bawah kawalan aqidah sebagaimana kata Imam Malik, nescaya mencapai
tahqiq.
Sesungguhnya ada kewajaran pengungkapkan
tentang ketuhanan secara intuitif dan wajdan, namun perlu pada kawalan agar
tiak berlaku penyelewengan, terutama dari segi akidah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment