BBB, 26 Syawal 1438H. = 20 Julai 2017M.
(Khamis):
Watak Sufi:
Abu Halim Habib bin Salim al-Rayy
Membaca
anekdot-anekdot sufi yang sering membawa keanihan-keanihan dalam cerita
menimbulkan pertanyaan, apakah pengkarya – termasuk Al-Hujwiri mementingkan
kreativiti (sebagai cerita) atau fakta
dengan keinginan menyampai mesej kesufian ? Apakah konsep kebenaran yang
dipakai, kebenaran dari segi fakta dan kebenaran dari segi berimaginasi ?
Kalau dilihat pada cerita, tidak semua
fakta dapat diterima dari segi realiti. Di dalam hal ini pengarang atau
penggubah melompat kepada alam imaginasi dan menggunakan kemampuan kreativiti
di dalam cerita bagi meningkatkan elemen estetika yang dapat memberi kesan
maksimum dari segi estetika dan di dalamnya disampaikan mesej yang bertujuan
yang selari dengan nilai dan tuntutan agama.
Sebagai contoh anekdot berhubung dengan
watak Abu Halim Habib bin Sulaiman al-Rayy. Tokoh ini tidak begitu terkenal dan
tidak terdapat di alam Al-Risalat al-Qushairiyyat dan tidak juga di dalam beberapa
kitab tasawuf yang lain.
Abu Halim berwatak di dalam anekdot sebagai
pengembala biri-biri yang tinggal di pinggir sungai Furat di Iraq. Pencerita
yang menziarah Abu Halim yang sedang solat berdepan dengan keanihan dan di luar
dari kebiasaan, bahawa kumpulan biri-biri yang makan di pinggir sungai Furat
itu dijaga atau digembala oleh serigala. Keanihan bahawa pada kebiasaan
serigala bila berdepan biri-biri, maka biri-biri akan menjadi mangsa serigala,
sedang di sini serigala menjadi gembala.
Sebelumnya pencerita menyebut tentang
pendirian watak, bahawa berdasarkan Hadith Nabi,, `Niat baik lebih baik dari
tindakan.`` dan baginya:
``Jalan agama adalah menarik diri dari
dunia``
Pegangan, sifat warak, niat baik dan zuhudnya
(menarik diri dari dunia) meyebabkan dia diberi Allah ciri kewalian, sehingga
serigala bertukar tabiat dari sifat agresif – menangkap dan membunuh habuan,
bertukar menjadi baik dan menjadi sebagai pengembala.
Bila ditanya, Bagaimana boleh serigala baik
dengan biri-biri ?``
Abu Halim menjawab, ``Kerana
pengembala (termasuk Abu Halim) adalah selaras dengan kehendak Tuhan.``
Ianya boleh bermaksud, kepatuhan hamba,
menyebabkan Allah mengurniakan keanihan dan ciri kewalian kepadanya, juga
bermaksud, bahawa,
``Apa yang dikehendaki oleh Tuhan adalah
terjadi. Apa yang berlaku pada hamba, termasuk keanihan-keanihan yang terjadi
adalah dari kemahuan Tuhan yang tidak mampu diatasi manusia.
Dalam pertemuan pencerita
dengan Abu Halim, maka pencerita diraikan dengan minuman,
Satu keanihan lagi terserlah dikatakan ,
bahawa sebuah dulang kecil mempunyai kaki (seperti baki, boko dan sebagainya) ,
dihidangkan kepada tamu yang datang bertanya itu.
Tatkala dulang kecil berkaki itu diletak di
atas permukaan batu, maka dari kaki-kaki dulang kecil itu terpancut dan keluar
air melalui kaki-kaki dulang kecil berkenaan.
Bila ditanya, bagaimana boleh air mengalir
keluar dari batu di bawah kaki dulang kecil itu ?``
Dia menjawab, ``Dengan mematuhi apa yang disampaikan
melalui Nabi Muhammad.``
Peristiwa seperti ini dikaitkan dengan
mu`jizah Nabi Musa yang dapat mengeluarkan
susu dan madu dari batu-batu untuk mereka bersamanya minum, awalaupun
setengah dari umatnya ingkar dan tidak mengikutnya.
Bila ditanya, kenapa tidak keluar dari kaki
dulang susu dan madu sebagaimana peristiwa dengan Nabi Musa, Abu Halim berkata,
``Jangan
jadi hati yang keranjang, tidak bersyukur dan sentiasa tamak.``
Sebenarnya jika dari awal ada sifat tamak dari
kemahuan, nescaya tidak akan berlaku sebarang keanihan!
Patuhi dan selarilah kehendak diri dengan
kehendak Tuhan !
Cerita dan teknik dalam anekdot adalah
mudah. Yang menghidupkan cerita adalah keanihan-keanihan. Watak utama ialah Abu
Halim dan pengunjung.
Dari perbincagan di atas dapat diambil
kesimpulan bahaw,
·
Niat
adalah penting, ianya menjadi syarat bagi setiap amalan. Tanpa niat tidak sah
amalan. Niat yang baik menghasilkan sesuatu yang baik. Dengan niat yang baik,
sekiranya belum sempat dilakukan, ianya dikira mendapat pahala.
·
Jalan
agama jalan lurus yang tidak sepatutnya dilencong oleh keduniaan.
·
Hamba
hendaklah taat kepada Allah dan menmgikut apa yang dibawa oleh Rasul s.a.w.
·
Kejujuran menjadi nilai penting, khususnya dalam
kerohanian.
·
Keanihan
bukan dipohon untuk mendapatnya.
·
Allah
berkuasa memberi keajaiban kepada siapa yang dikehendakinya.
·
Jika jiwa
dari awal dipengaruhi nafsu dan tamak, dari awal tidak layak menerima kurnia.
·
Elemen
estetika diterima sebagai elemen menyampaikan perutusan (yang baik).
·
Imaginasi
yang baik turut sama mewarnai estetika.
·
Seni alami
dan seni rohani meningkatkan daya estetika.
Sekian.
No comments:
Post a Comment