BBB,
23 Syawal 1438H. = 17 Juali
2017H. (Isnin):
Salah satu pendekatan di dalam penulisan
kitab-kitab tasawuf ialah mengisi sebahagian daripada kandungannya ialah dengan membicarakan tokoh-tokoh
tasawuf sebagai bab di dalam penulisan kitab berkenaan. Ini sebagaimana
dilakukan oleh Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin di dalam kltabnya yang
berjudul Al-Risalat al-Qushairiyyah, iaitu dengan membicarakan seramai 83 tokoh
sufi. Kitab Kashfu al-Mahjub oleh Al-Hujwiri juga mengisi sebahagian tokoh daripada kandungan kitab Kashf al-Mahjub. Misalnya selepas
membicarakan tentang imam-imam dari kalangan
para sahabat Nabi, Imam dari kalangan Ahl al-Bayt, imam dari kalangan tabi`ian, maka dibicarakan
para imam selepas dari generasi tabi`in. Jika Al-Qushairy membicarakan seramai
83 orang, maka Al-Hujwiri membicarakan seramai 64 orang. Memandangkan bahawa
Al-Qushairy mensenaraikan seramai 83 orang dan
Al-Hujwiri mensenaraikan serama 64 orang, kita menjangkakan sebahagian
besar dari tokoh-tokoh yang dibicarakan adalah bersamaan, lantaran mereka
sezaman Al-Qushairy meninggal (m. 465H.) dan Al-Hujwiri (m.456H.), tetapi
ternyata tidak semua tokoh yang disenaraikan oleh Al-Hujwiri tidak banyakbersamaan di dengan
Al-Risalat al-Qushairiyyat yang lebih panjang. Kelainan ini mungkin tempat
mereka berlainan, Al-Qushairy berasal dari Naisabur, manakala Al-Hujwiri dari
Ghaznawi. Pendekatan dan pengajian mungkin berlainan. Walau bagaimana
sebahagian dari tokoh adalah bersamaan.
Sebagai perbandingan diperturunkan nama-nama yang bersamaan:
Bersamaan Di dalam Al-Risalat
Al-Qushairiyyah dan Kashf al-Mahjub)
1. Abu Ishaq Ibrahim bin Adham bin Mans*ur
2. Bishr bin Harith al-Hafi
3. Abu Yazid Thaifur bin `Isa al-Bist*ami
4. Abu `Abdullah al-Harith bin Asad al-Muhasibi
5. Abu Sulaiman bin Da`wud bin Nus*air al-T*a`i
6. Abu Hasan Sari bin Mughallis al-Saqat*i
7. Abu Mahfuz* Ma`ruf bin Firuz al-Karkhi
8. Abu `Abdul Rahman Hatim bin `Ulyan al-As*amm
9. Abu Hasan Ahmad bin Abi al-Hawari
10. Abu Hamid Ahmad bin Khadhrawayh al-Balkhi
11. Abu `Abdullah Ahmad bin `As*im al-Ant*aki
12. Abu Muhammad `Abdullah bin Khubaiq
13. Abu al-Qasim al-Junayd bin Muhammad bin
al-Junayd al-Baghdadi
14. Abu `Abdullah Ahmad bin Yahya al-Jalla
15. Abu Muhammad Ruym bin Ahmad
16. Abu Hasan Samnun bin `Abdullah al-Khawwas*
17. Abu Muhammad Sahl bin `Abdullah al-Tustari
18. Abu Muhammad `Abdullah Muhammad bin al-Fadhl
al-Balkhi
19. Abu `Abdullah Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi
20. Abu Sa`id
Ahmad bin `Isa al-Kharraz
21. Abu Hasan Muhammad bin Isma`il al-Khayr
al-Nasaj
22. Abu Hamzah al-Khurasani
23. Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Khawas*s*
24. Abu Bakr Muhammad bin Musa al-Wasit*i
25. Abu Bakr bin Dulaf bin Jahdar al-Shibli
26. Abu Muhammad bin al-Qasim al-Radzbari
Berlainan (Tiada dalam Al-Qushairy)
1. Habib
al-`Jami
2. Malik bin Dinar
3. Abu Halim Habib bin Salim al-Ra`i
4. Abu Hazim al-Madani
5. Muhammad
bin Was*i
6. Abu Hanifah Nu`man bin Thabit al-Kharaz
7. `Abdullah bin
Mubarak al-Marwazi
8. Abu `Ali
al-Fudhayl bin `Iyadh
9. Abu
al-Faydh Dzu al-Nun bin Ibrahim, al-Misri
10. Abu `Ali Shaqiq bin Ibrahim al-Azdi
11. Abu Sulaiman `Abdul Rahman bin `Atiyyah
al-Darani
12. Abu `Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafi`e
13. Imam Ahmad bin Hanbal
14. Abu Turab `Askar bin al-Husain al-Nakhshabi
al-Nasafi
15. Abu Zakariyya Yahya bin Mu`adz al-Razi
16. Abu Hafs* `Amr bin Salim al-Nishafur al-Haddadi
17. Abu S*alah Hamdun bin Ahmad bin `Umar
al-Qas*s*ar
18. Abu Sari Mansur bin `Ammar
19. Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad al-Nuri
20. Abu `Uthman Sa`id bin Isam`il al-Hiri
21. Abu Ya`qub Yusuf bin al-Husain al-Razi
22. Abu Fawaris Shah Shuja` al-Kirmani
23. `Amr bin `Uthmanal-Makki
24. Abu Bakr Muhammad bin `Umar al-Waraq
25. Abu al-Hasan `Ali bin Muhammad al-Is*fahani
26. Abu al-`Abbas Muhammad bin Mashruq
27. Abu ~Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Maghribi
28. Abu `ali al-Hasan al-Juzaja ni
29. Abu Muhammad Ahmad bin al-Husain al-Jurayri
30. Abu al-`Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sahl
al-Amuli
31. Abu al-Mughith al-Husain bin Mansur al-Hallaj
32. Abu Hamzah al-Baghdadi al-Bazzaz
33. Abu Muhammad Ja`far bin Nus*airal-Khuldi
34. Abu al-`Abbas Qasim bin al-Mahdi al-Sayyari
35. Abu `Abdullah Muhammad bin Khafif
36. Abu `Uthman Sa`id bin Sallam al-Maghribi
37. Abu
Qasim Ibrahim bin Muhammad bin Mahmud al-Nas*r Abadzi
38. Abu al-Hasan `Ali bin Ibrahim al-Hashri
Demikianlah dari jumlah 64 tokoh sufi
disenaraikan oleh Al-Hujwiri di dalam Kafhf al-Mahjub hanya 26 bersamaan dengan Al-Qushairy di dalam
Al-Risalat al-Qushairiyyah, manakala yang lain, yakni 38 tidak bersamaan. Ini
bermakna lebih banyak maklumat baru tentang tokoh didapati dari Al-Hujwiri.
Walau bagaimana dari yang bersamaan, maklumat baru juga dapat dimanfaatkan
melalui pendekatan yang setengahnya berlainan dari apa yang telah dibicarakan
oleh Al-Qushairi di dalam al-Risalat al-Qushairiyyahnya.
Namun lebih banyak maklumat boleh di dapati
dari kitab-kitab tabaqat seperti Tabaqat al-Nussak oleh Abu Sa`id al-A`rabi,
Tabaqat al-Sufiyyah oleh `Abdul Rahman al-Sulami (m. 421H.) dan Tabaqat oleh
`Abdul Wahhab al-Sha`rani.
Namun semua kitab-kitab di atas membantu
menambahkan maklumat tentang tokoh-tokoh sufi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment