July 25, 2008

BERSAMA DYMM SULTAN SELANGOR RASMI MASJID AL-AMIN





BERSAMA DYMM SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MASJID AL-AMIN, BRIGED TENGAH PGA.

25 Julai 2008 bersamaan 22 Rejab 1429.

Bertempat di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Batu 7 Cheras Hulu Langat berlansung majlis perasmian masjid Al-Amin oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj . Turut hadir bersama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim, Menteri Keselamatan Dalam Negeri , Dato’ Seri Syed Hamid Albar, YB. Dato’ Dr. Hasan Ali, YB. Dr. Che Rosli, YB. Dr. Shafie Abu Bakar, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Ramli, Pengarah JAIS Dato’ Mohd Khusrin, Pengarah MAIS Dato’ Mohd Adzib, Dato’ Orang Kaya Hulu Langat Dato’ Abdul Rani, Komander Briged Tengah PGA Dato’ Rosli Mohd Nizam serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Masjid berharga RM 2.5 juta itu mula dibina pada tahun 1995 memulakan operasi pada tahun 1997 boleh menampung jemaah 1500 orang. Majlis ini diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan 2008 . Bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat turut diadakan sebelum menunaikan solat Jumaat.

Pembinaan masjid bukanlah untuk bermegah . Asas pembinaan adalah taqwa kepada Allah s.w.t. Masjid harus dijadikan sebagai pusat pembangunan dan peradaban manusia. DYMM Sultan Sharafuddin turut mengingatkan hadirin agar tidak memperbesarkan pekara yang remeh sebaliknya menumpu kepada permasalahan yang lebih besar seperti pandangan kaum lain terhadap Islam, gejala sosial,ajaran sesat dan perpecahan ummah. Baginda turut menasihatkan para imam sentiasa mendalami ilmu agar masyarakat dapat merujuk.

MEDIA

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI BKT MEWAH

July 21, 2008

Kejohanan Bowling ADUN Bangi


Kejohanan Bowling ADUN Bangi telah berlangsung di Ampang SuperBowl, Metro Point, Kajang pada hari Ahad, 13 Julai 2008. Ia dianjurkan oleh sebuah NGO, Jaringan Belia Harapan (JALINAN) dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak ADUN Bangi serta Jaringan Siswazah Malaysia (JASA). Ia telah berjaya menarik penyertaan 24 pasukan di sekitar Selangor. Jaguh-jaguh bowling daripada pelbagai kelab Bowling juga turut mengambil bahagian.

Matlamat kejohanan ini ialah untuk menyatukan golongan belia dan dewasa ke arah cara hidup yang lebih sihat. Selain itu untuk mengembangkan sukan bowling di kalangan masyarakat Bangi khasnya dan Selangor amnya serta mendekatkan golongan belia dengan ADUN Bangi bagi menyelami masalah mereka.

July 15, 2008

Pengisian Bangi Bandar Ilmu



Kuliah agama ditempat awam.

Hasrat ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar merakyatkan ilmu dalam pengisian menjadikan Bangi bandar ilmu diusahakan satu kuliah agama ditempat awam - pasar basah Bandar Baru Bangi. Menurut pengerusi majlis Hj. Ahmad ,usaha murni ini akan diteruskan lagi pada masa depan dengan diperbaiki segala kekurangan

July 11, 2008

CERAMAH ILMU


CERAMAH ILMU
OLEH
USTAZ ABDUL RAHMAN AWANG SOH12 JULAI 2008
8.00 PAGI - 11.00 PAGI
PASAR B.B.BANGI
(SEBELAH SMK B.B.BANGI BERDEKATAN DENGAN PEJABAT ADUN BANGI & PASAR AWAM SEKSYEN 1)
SEMUA DIJEMPUT HADIR
(BAWA TIKAR BERSAMA)

July 8, 2008

MASALAH RUMPUT, LONGKANG DAN JALAN DI BANGI RESORT.


3 Julai 2008 / 29 J.Akhir 1429 H : Ladang Bangi . 4 petang

Bergegas balik dari Bangi Lama, menunggu di Bangi Resort ialah En. Manan dan En. Wan Radzi wakil dari persatuan penduduk.

Masalah penduduk Bangi Resort fasa 1 ialah rumput yang tidak dijaga sehingga hampir menjadi belukar kecil serta jalan rosak. Kawasan ini milik pemaju yang sahamnya dimiliki oleh 60 peratus rakyat Singapura dan selebihnya adalah pihak PKNS. Menurut ..

ISU DAN TUNTUTAN MASYARAKAT BEKAS PEKERJA LADANG BANGI



3 Julai 2008 / 29 J.Akhir 1429 H : Ladang Bangi . 2 petang

Pertemuan dihadiri oleh Exco Selangor, YB. Dr. Xavier, ADUN Bangi YB. Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Kajang YB Cikgu Lee , Pegawai Daerah En. Zainal Abidin, aktivitis rakyat En. Aruchetvlan, wakil Kelab Penyokong PAS Bangi En. Hari dan pemimpin masyarakat setempat.

Turut hadir ialah wakil dari Sime Darby, wartawan dari Sinar Harian dan TV3.

Masalah utama yang dihadapi mereka adalah status perumahan bekas pekerja ladang yang kini telah diambil alih oleh Golden Hope Plantation. Menurut Exco Selangor YB Dr. Xavier pertemuan akan diadakan dengan pihak Golden Hope Plantation merujuk kepada masalah penyerahan tanah dan pampasan kepada bekas pekerja ladang. Kuil yang kini terdedah kepada kecurian kerana kedudukannya yang jauh dari perumahan akan dipindah. Beliau berharap masalah jalan dan keselamatan akan diselesaikan selepas rundingan antara pihak berkuasa tempatan dengan Golden Hope Plantation.

Turut dibangkitkan ialah masalah banjir yang dialami akibat dari dasar sungai yang cetek. Mengulas mengenai masalah ini ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar berkata peruntukan sebanyak 3 ribu ringgit yang dipohon bagi kerja mengorek pasir akan diluluskan. Bantuan yang lain akan disalurkan melalui persatuan penduduk. Penyelesaian ini bagaimana pun bersifat sementara kerana apa yang lebih penting ialah usaha kerajaan negeri bagi membina penempatan yang lebih teratur kepada bekas pekerja ladang tersebut. Beliau berharap melalui Dr. Xavier permasalahan ini akan diselesaikan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri Selangor.

July 2, 2008

KEJOHANAN BOLING ADUN BANGI (TERBUKA) 13/7/2008


SYARAT PENYERTAAN:BERPASUKAN (3 ORANG)YURAN PENYERTAAN RM 70 SEPASUKANTERBUKA BERDASARKAN SYARAT PENGANJUR

PENDAFTARAN/PERTANYAAN:
1. Pejabat JALINAN;
No. 7-1-1A, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
2. Pusat Khidmat ADUN Bangi,
Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, Selangor.
muat turun BORANG & PERATURAN (klik pada link)