BERSAMA DYMM SULTAN SELANGOR MERASMIKAN MASJID AL-AMIN, BRIGED TENGAH PGA.
25 Julai 2008 bersamaan 22 Rejab 1429.
Bertempat di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Batu 7 Cheras Hulu Langat berlansung majlis perasmian masjid Al-Amin oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj . Turut hadir bersama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim, Menteri Keselamatan Dalam Negeri , Dato’ Seri Syed Hamid Albar, YB. Dato’ Dr. Hasan Ali, YB. Dr. Che Rosli, YB. Dr. Shafie Abu Bakar, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Ramli, Pengarah JAIS Dato’ Mohd Khusrin, Pengarah MAIS Dato’ Mohd Adzib, Dato’ Orang Kaya Hulu Langat Dato’ Abdul Rani, Komander Briged Tengah PGA Dato’ Rosli Mohd Nizam serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Masjid berharga RM 2.5 juta itu mula dibina pada tahun 1995 memulakan operasi pada tahun 1997 boleh menampung jemaah 1500 orang. Majlis ini diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan 2008 . Bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat turut diadakan sebelum menunaikan solat Jumaat.
Pembinaan masjid bukanlah untuk bermegah . Asas pembinaan adalah taqwa kepada Allah s.w.t. Masjid harus dijadikan sebagai pusat pembangunan dan peradaban manusia. DYMM Sultan Sharafuddin turut mengingatkan hadirin agar tidak memperbesarkan pekara yang remeh sebaliknya menumpu kepada permasalahan yang lebih besar seperti pandangan kaum lain terhadap Islam, gejala sosial,ajaran sesat dan perpecahan ummah. Baginda turut menasihatkan para imam sentiasa mendalami ilmu agar masyarakat dapat merujuk.
MEDIA
Tahniah....moga institusi masjid juga dapat di imarahkan dengan sebaiknya..jangan buat seperti BN..buat masjid, tidak diimarahkan....malah ada pula diroboh dan ada yang tidak diberi kelulusan seperti di surau jubli perak suatu ketika dulu...
ReplyDeletehttp://tvpakatanrakyat.blogspot.com