April 29, 2020

MOTTO DAN FALSAFAH PENGAJIAN TINGGI


MOTTO DAN FALSAFAH PENGAJIAN TINGGI
(Fikrah Bangi:  548),
BBB: 06 Ramadhan 1441H. -  29 April 2020M. (Rabu).

Kita telah membicarakan bahawa selepas berlakunya perubahan besar seabad selepas dari  Peperangan Dunia Pertama (1920-2020)  dan berlakunya kemusnahan terhadap manusia diakibakan oleh virus Covid-19 dan akan berlaku perubahan dari segi  nilai, ekonomi dan sosial dan turut berubah dari segi  falsafah, dasar dan kaedah pengajian.
Sesebuah pengajian tinggi, khususnya universiti mempunyai motto bagi pengajian . Dari motto ini mencerminkan secara ringkas dan terumus arah dan  pembawaan pengajian tinggi berkenaan. Misalnya motto bagi Universiti Kebangsaan Malaysia ialah `Ilmu Memimpin`  Maka ilmu dilihat sebagai institusi bahkan berwatak unggul dan dengan keunggulannya ianya sebagai pemimpin yang dapat  menunjuk, membawa dan menunju  ke arah kejayaan.
Dalam pendekatan kita  yang dapat dilihat mampu diolah dari segi falsafah, dasar dan perspektif keilmuan, bahawa motto pengajian tinggi, khususnya universiti ialah:
                         BERILMU SEJAHTERA
Makjsud secara ringkas bagi dua kalimah itu bahawa  `Insan yang Berilmu, maka dengan ilmunya mampu  membahagiakan.
Maka bagi huraian yang lebih jauh akan dilihat dari segi falsafah  pada konsep `Insan`  konsep `Ilmu` dan konsep `Sejahtera` yang menjadi arah, matlamat, perspektif, bahkan hasil dari berilmu.
                    Falsafah:  BERILMU  SEJAHTERA
Insan adalah ciptaan yang paling sempurna kejadiannya di alam ini. Kesempurnaan ini bukan saja dari segi biologinya, tetapi yang paling sempurna ialah pada insan itu ada akal di saming hari rohani. Dengan akal insan berpotensi berkembang maju bagi memenuhi keperluan hidup dari kehidupan yang bersifat asas dari segi maklan minum, pakaian dan perlindungan kepada  yang bersifat yang dikatakan maju.
Kemajuan insan adalah berhubung rapat dengan alam – termasuk bumi yang bukan saja tempat baginya hidup, tetapi dari alam melalui kehidupan dan pengalaman insan mendapat ilmu yang meningkatkan darjat insan berbanding dengan kejadian-kejadian yang lain. Insan memikirkan tentang wujud, alam dan kehidupan.
Dengan berguru pada pengalaman dan pengalaman orang lain, insan meningkatkan diri dengan ilmu yang berhubunbg dengan pertanian, pembinaan bangunan, pembinaan alat perhubungan, kaedah sosialisasi dan bermasyarakat sehingga mewujudkan keluarga, ke,ompok dan bangsa dari penempatan yang bersifat kampung,  pekan dan bandar.
Dalam proses di atas, insan melalui pengalaman telah menghimpun maklumat yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ada kalangan mereka bersifat lebih khusus dan profesional. Misalnya ada berkemahiran di dalam pertanian, pembinaan dan ada yang lebih khusus berkemahiran sebagai guru di samping ada ketua, pemimpin dan  pahlawan. Melalui proses guru dan pengajaranadalah bermula konsep menghimpun dan mengekalkan ilmu dan ilmu dari berbagai-bagai guru, lantaran itu berbagai-bagai ilmu pula wujud dan terhimpun serta dipelajari.
Proses perhimpunan ilmu dan pembelajaran terus berkembang hingga mewujudkan pusat-pusat pengajian. Di dalam pusat pengajian ini  bukan saja berlaku pengajaran, tetapi penghimpunan dan pendokumantasi ilmu,misalnya melalui penulisan dan buku-buku. Darinya menghasilkan pengajian teratur dan perpustakaan. Pengajian dipertingkatkan kepada pentadbiran pada peringkat negara dengan wujud berbagai-bagai pengajian dan sumber-sumber keilmuan yang banyak dan di dalam berbagai-bagai bidang yang dapat dipelajari. Darinya menghasilkan tokoh-tokoh ilmuan yang menyebarkan keilmuan  kepada masyarakat.
Apa yang dapat deilihat dari peranan ilmu ?
Ilmu meningkatkan insan sebagai khalifah yang memimpin berbagai-bagai bidang dan dari segi  keilmuan  diperturunkan kepada masyarakat. Melalui `Berilmu` insan dapat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup mereka dari segi makan minum, pekerjaan, berkenderaan, berkomunikasi dan bersosialisasi.  Dengan ilmu mensejahterakan hidup (dan mati) bagi manusia. Mereka sejahtera di dalam kehidupan.
Berilmu adalah hak bagi semua insan. Mereka berhak menikmati kesejahteraan hidup. Berilmu adalah mensejahterakan seorang insan. Masyarakat yang berilmu adalah masyarakat yang lebih sejahtera dari yang tidak berilmu. Sebab itu bagi pemerintah seharusnya meluas dan memnberi peluang bagi setiap individu peluang mendapat ilmu, makin berilmu masyarajat makin meningkat budaya, intelektual, tamaduin dan peradaban mereka dan mereka sebenarnya unggul  dan lebih sejahtera, lantaran itu diungkapkan motto:
`Berilmu Sejahtera`.
Sekian.

April 28, 2020

PULANG PELAJAR


PULANG  PELAJAR
(Melibatkan 1,128 malam tadi daripada 53,000)

Pulanglah pelajar
Setelah lebih sepurnama terdampar di kampus
Diakibatkan oleh Covid-19 mengancam nyawa
Kini  200,000 kematian di seluruh dunia
Menurut arahan Pemerintah melaksanakan PKP
Memutuskan jaringan dari merebaknya wabak.

Dalam tempoh pengasingan
Betapa jiwa kalian  kecamuk
Antara cinta ilmu misi perjuangan
Dengan rindu pada keluarga dan kampung halaman
Meskipun kalian tidak diabaikan keperluan
Oleh pihak universiti dan Kerajaan
Namun pengasingan itu melebatkan buah rindu
Pada ibu bapa dan keluarga tersayang
Khususnya pada Ramadhan al-Mubarak
Ketika sahur dan iftar menjamah makanan.

Pulanglah anak generasi tersayang
Harapan negara bangsa agama  masa depan
Bergerak perjalanan silang arah
Dari kawasan tengah ke utara
Juga ke Timur Selatan dan kebalikan
Dengan konvoi bas berderetan
Antara mereka kelak merentas lautan
Dengan pesawat udara ke lapangan terbang pilihan
Merapatkan Sarawak, Sabah  Semenanjung
Dan kebalikan penuh kasih sayang.

Pulanglah Pencinta Ilmu
Melepaskan rindu pada keluarga kalian
Seterusnya menyambut `Idul Fitri menjelang
Meskipun masih dalam  PKP  sekatan
Bersama keluarga dan jiran tetangga
Dengan jarak sosial terkawal.

Cuma diingatkan kepulangan jangan melalaikan
Selepas Covid-19 dihapuskan – Insya Allah
Segera kembali ke kampus  ditinggalkan
Meneruskan pengajian belum selesai
Dengan semangat dan azam baru
Mencipta kecemerlangan harapan tercapai.

(Fikrah Bangi: 547),
BBB: 05 Ramadhan 1441H. = 28 April 2020M. (Selasa).

PULANG PELAJAR


PULANG  PELAJAR
(Melibatkan 1,128 malam tadi daripada 53,000)

Pulanglah pelajar
Setelah lebih sepurnama terdampar di kampus
Diakibatkan oleh Covid-19 mengancam nyawa
Kini  200,000 kematian di seluruh dunia
Menurut arahan Pemerintah melaksanakan PKP
Memutuskan jaringan dari merebaknya wabak.

Dalam tempoh pengasingan
Betapa jiwa kalian  kecamuk
Antara cinta ilmu misi perjuangan
Dengan rindu pada keluarga dan kampung halaman
Meskipun kalian tidak diabaikan keperluan
Oleh pihak universiti dan Kerajaan
Namun pengasingan itu melebatkan buah rindu
Pada ibu bapa dan keluarga tersayang
Khususnya pada Ramadhan al-Mubarak
Ketika sahur dan iftar menjamah makanan.

Pulanglah anak generasi tersayang
Harapan negara bangsa agama  masa depan
Bergerak perjalanan silang arah
Dari kawasan tengah ke utara
Juga ke Timur Selatan dan kebalikan
Dengan konvoi bas berderetan
Antara mereka kelak merentas lautan
Dengan pesawat udara ke lapangan terbang pilihan
Merapatkan Sarawak, Sabah  Semenanjung
Dan kebalikan penuh kasih sayang.

Pulanglah Pencinta Ilmu
Melepaskan rindu pada keluarga kalian
Seterusnya menyambut `Idul Fitri menjelang
Meskipun masih dalam  PKP  sekatan
Bersama keluarga dan jiran tetangga
Dengan jarak sosial terkawal.

Cuma diingatkan kepulangan jangan melalaikan
Selepas Covid-19 dihapuskan – Insya Allah
Segera kembali ke kampus  ditinggalkan
Meneruskan pengajian belum selesai
Dengan semangat dan azam baru
Mencipta kecemerlangan harapan tercapai.

(Fikrah Bangi: 547),
BBB: 05 Ramadhan 1441H. = 28 April 2020M. (Selasa).

April 27, 2020

MEMPERKEMASKAN PENGAJIAN TINGGI


MEMPERKEMASKAN  PENGAJIAN TINGGI
(Fikrah Bangi:  546),
BBB: 04 Ramadhan 1441H. =  27 April 2020M. (Isnin).
Kesan daripada Covid-19 adalah menyeluruh. Ianya melibatkan  sektor ekonomi, pentadniran, perniagaan, agama, sosial dan berbagai-bagai bidang yang lain. Antara bidang yang  terkesan ialah bidang pendidikan. Di dalam bidang ini kita lihat  kesannya seperti penutupan sekolah dan universiti, penarikan dari segi peperiksaan, penangguhan peperiksaan dan usaha bagi menyampaikan pengajaran  dengan menggunakan online dan sebagainya.
Kesan akibat dari Covid-19 adalah bersifat global. Kemusnahan antaranya kematian menuju kepada jumlah suku juta jiwa. Paling banyak berlaku adalah di negara-negara Barat seperti Amerika, Itali, Spanyol,  Perancis, German dan United Kingdom.. Dari segi kemusnahan, bukan setakat kematian, tetapi dari segi ekonomi, perdagangan,  komunikasi, dan sosial, maka ianya merupakan kemusnahan dari peperangan. Bayangkan betapa banyak peruntukan yang dikeluarkan  oleh lebih daripada 300 negara yang terlibat Malaysia sahaja memperuntukkan sebanyak RM26o bilion. Covid-19 adalah merupakan peperangan yang tidak nampak, tetapi kesannya begitu dahsyat. Ianya  Peperangan Dunia ketiga yang datangnya seratus tahun sejak dari Peperangan Dunia Pertama (1920).
Adalah dijangka selepas pulihnya dunia dari serangan Covid-19,  banyak perubahan  norma dan nilai akan berlaku. Perubahan ini juga berlaku di Malaysia. Antara perubahan yang berlaku dan sedang dialami ialah  bidang pendidikan. Antara perubahan berlaku ialah  penggunaan internet di dalam pembelajaran, sumber pembelajaran tidak terhad kepada buku, ruang pembelajaran, konsep guru,  kaedah peperiksaan, bahkan akan melibatkan kurikulum pendidikan. Pendeknya perubahan berlaku dan akan lebih banyak berlaku selepas tamatnya tempoh Covid-19.

Bagi mendepani perubahan yang berlaku dan perlu dilakukan, wajar diperbincangkan sebagai persediaan  bagi menghadapi, bahkan mengisi ruang perubahan yang akan dihadapi. Dalam hal ini kita melihat keperluan kepada `Mengemaskan Pengajian pada peringkat pengajian tinggi sesuai dengan:
a)      Perubahan Akibat Covid-19
Sebagaimana telah disebutkan akibat dari Covid-19 banyak perubahab yang berlaku dari segi ekonomi, perdagangan,  komunikasi termasuklah pendidikan.
b)      Tempoh yang Sesuai
Wabak Covid-19 berlaku selepas  100 tahun dari Peperangan Dunia Pertama (1920). Tiap  kali berlaku peperangan banyak berlaku kemusnahan dan terpaksa diikuti dengan pembangunan kembali dan perubahan. Berikut dari kemusnahan dari `Peperangan Dunia Ketiga`, maka banyak kemusnahan berlaku dan terpaksa dibangun kembali. Bagi membangun kembali wajar dilihat perubahan dan penyesuaian yang patut dilakukan
c)       Sejarah Universiti
Dikira dari perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan  yang menghasilkan universiti pertama darinya (Universiti Malaya – 1959) lanjutan dari Universiti Singapura, ialah UKM pada tahun (1970). Bererti usia universiti dari Dasar Pelajaran Razak hingga kini ialah setengah abad – 50 tahun (1970-2020), maka adalah wajar Faksafah,  Prinsip dan Dasar universiti dinilai dan diperkemaskan sesuai dengan perubahan yang berlaku.
d)      Pemerintah Baru
Berlakunya wabak Covid-19 adalah sebaik pemerintah baru – Pakatan Nasional  memerintah. Dengan adanya perubahan yang akan dihadapi,maka wajar sekali Kerajaan Pakatan Nasional mengambil inisiatif memperkemas dan memperbaiki bidang pengajian tinggi di negara ini agar ianya lebih bermutu.
Pengemasan dan pembaikan pengajian tinggi di negara kita hendaklah bersifat Glocal dan Global. Bermaksud ianya hendaklah berakar pada  tradisi budaya negara ini, tetapi dalam masa yang sama  ianya merimbun  luas dan bersifat global dan internasional.
Sekian.

April 26, 2020

GANGGUAN TERHADAP NORMA PENGAJIAN


GANGGUAN TERHADAP NORMA PENGAJIAN
(Fikrah Bangi: 545),
BBB:  03 Ramadhan 1441H. =  26  April 2020M. (Ahad).

Satu daripada sektor yang terjejas diakibatkan oleh Covid-19 ialah sektor pendidikan. Sektor yang berperanan mendidik generasi kini dan masa depan ini amat diberi perhatian. Setiap kali bajet dibentangkan, maka sektor pendidikan diberi peruntukan yang paling tinggi berbanding dengan kementerian-kementerian yang lain. Kementerian yang  paling kanan ini mendidik generasi dari peringkat paling bawah dari pendidikan  tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti. Setiap  hari selama ini, pada hari-hari bekerja kita melihat anak-anak ke sekolah, guru-guru pula menjalankan tugas mereka secara dedfikasi. Masing-masing berlomba bagi mencapai kecemerlangan di dalam bidang didikan masing-masing. Bagi yang berjaya menyambung pengajian ke pengajian tinggi dan pada  awal tahun masyarakat berbangga dengan keputusan yang dicapai oleh anak-anak dan pertengahan tahun pula universiti-universiti menyampaikan ijazah kepada yang berjaya melalui tradisi konvokesyen yang diadakan.
Norma pengajian yang berjalan sebagai nilai budaya tinggi itu tiba-tiba terhenti dengan berlakunya wabak Covid-19, khususnya dengan perlaksanaan  `Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac 2020 hingga kini. Sejak daripada itu semua institusi pengajian ditutup. Tiada lagi anak-anak  pergi dan pulang dari sekolah, pengajian di universiti terhenti.  Pelajar-pelajar dihalang dari bergerak dan sebahagian daripada mereka terperangkap di kampus-kampus.  Masalahnya terhentinya pengajian yang berjalan secara normal selama ini mengakibatkan  berbagai masalah. Antaranya pengajian anak-anak tertganggu. Yang membimbangkan anak-anak yang seharusnya menghadapi peperiksaan  terganggu dari menjalani peperiksaan, terutama pada peringkat yang penting seperi SPM dan STPM dan yang setarap dengannya. Pengajian di universiti juga terganggu, kerana mereka tidak dapat mengikuti pengajian seperti biasa. Mereka juga bimbang dengan peperiksaan yang sepatutnya mereka hadapi. Anak-anak yang mempunyai semangat yang tinggi, mungkin berusaha dengan apa cara bagi menghadapi pelajaran dan peperiksaan yang akan dihadapi. Begitu juga pada peringkat universiti. Tapi apa yang membimbangkan  gangguan terhadap pengajian sedemikian menyebabkan prestasi  pengajian yang sepatutnya dapat dicapai oleh pelajar-pelajar dan yang lebih membimbangkan, berlakunya kekeciwaan dan antara mereka menyerah kalah dan menerimanya sebagai nasib yang menjejaskan pelajaran atau meninggalkan pengajian. Sudah tentu perkara ini disedari oleh pihak kerajaan, kementerian, pentasbir dan guru-guru.

 Menyedari  masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar memang berbagai kaedah dan pendekatan yang dilakukan oleh kementerian, guru-gurudan berbagai pihak yang berkenaan. Antaranya mengadakan pengajian secara online, walau bagaimana disedari bahawa daripada 4.7 juta pelajar yang satu juta daripadanya dikaji menunjukkan bahawa untuk menerima pengajian sedemikian 50% daripada mereka tidak dapat mengikuti pengajian sedemikian, kerana tidak mempunyai peralatan, tempat yang tidak dapat dicapai internet, bahkan kemiskinan keluarga. Jadi hasrat murni ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dan berlaku ketidak seimbangan dari segi pembelajara. Ada pendekatan yang diambil melalui tv pengajaran, radio  dan atas inisiatif guru-guru menyediakan bahan pengajaran yang di sampaiakan kepada pelajar dengan berbagai cara. Pengajian diuniversiti juga dijalankan secara online. Walau bagaimana berlaku ketidaksamarataan penerimaan pelajar-pelajar terhadap pengajaran. Usaha menghapuskan peperiksaan seperti tahap tiga dan UPSR adalah satu cara mengurangkan kerisauan anak-anak dan juga ibu bapa. Penangguhan peperiksaan SPM, STPM, STVM, STAM dan sebagainya kepada semester satu tahun depan adalah merupakan pendekatan bagi meringankan masalah yang dihadapi pelajar, Demikianlah juga penangguhan pengajian pada peringkat universiti.  Walau apa pun  pelajar-pelajar yang terjejas akibat Covid-19 mengalami kegusaran. Keadaan sedemikian tidak dapat dipersalahkan mana-mana pihak, tetapi pelajar-pelajar yang terjejas oleh Covid-19 hendaklah berterusan dipulihkan semangat mereka. Mereka yang bakal menghadapi peperiksaan hendaklah diberi tumpuan khusus kepada mereka secara dikelompokkan pada setiap daerah dengan bimbingan secara intensif. Mereka hendaklah ditanggung semasa mengikuti kursus secara intensif oleh guru-guru terpilih hinggalah mereka menghadapi peperiksaan.
Kita perlu menjaga anak-anak generasi kita di dalam pelajaran dan hendaklah diberi peluang sama di dalam pembelajaran. Jika kerajaan dapat menyediakan peruntukan sebanyak RM260 bilion bagi melawan gejala wabak, maka tidaklah besar mana disediakan peruntukan mengklompokkan pelajar-pelajaryang hendak menghadapi peperiksaannya ini untuk mereka mendapat peluang pembelajaran secara intensif bagi membolehkan mereka  menghadapi peperiksaan secara yang lebih sempurna.
Sekian.

April 25, 2020

DILEMA BARAT MENGATASI COVID -19


DILEMA  BARAT  MENGATASI  COVID-19
(Fikrah Bangi: 544),
BBB:  02 Ramadhan 1441H. = 25  April 2020M. (Sabtu).

Bagi mengatasi Covid-19, Barat berada di dalam dilema dan tidak bersatu. Ketika pada peringkat permulaan dan Amerika mulai menghadapi wabak dan berkembang pantas mengekori Itali dari segi jumlah kematian, Donald Trump menyalahkan  WHO, kerana lewat mengambil tindakan memaklumkan kepada dunia, Ketua WHO menyanggah, bahawa pihak WHO telah bertindak dari awal sejak Januari, bila wabak berkenaan mulai jangkitan keluar China sejak Januari 2020.  Sebagai President negara terbesar dunia, Amerika seharusnya bertindak awal dan tidak mengharapkan kepada WHO.
Amerika mengambil tindakan sebagaimana dilakukan oleh negara-negara lain, iaitu dengan menyekat pergerakan penduduk di kediaman masing-masing dan menjaga jarak sosial, Ini diikuti oleh negara-negara Barat yang teruk mengalami wabak yang terkeatasnya ialah Itali, Spanyol Perancis, German dan British.
Beberapa hari sebelum ini statistik menunjukkan bahawa yang  terkesan dengan kes seluruh dunia berjumlah 678,000. Daripada jumlah 175,000 kes, kematian tertinggi adalah berlaku dI:
Amerika  43,796
Itali          24,600
Spanyol   21,000
Perancis 20,700
UK           17,300
Dalam masa wabak masih belum reda, kelihatan tidak ada  kesatuan pendapat. Negara-negara Barat lebih melihat kerugian dari segi ekonomi  berbanding dengan keselamatan rakyat. Mereka juga berpegang kepada kebebasan  bertindak berdasarkan demokrasi. Lantaran itu kita melihat Donald Trump  menentang tindakan govenor-govenor yang bertahan dengan sekatan. Lantaran itu berlaku tunjuk perasaan di Amerika yang diketuai oleh Donald Trump sendiri. Tunjuk perasaan membantah  tinggal di rumah ini berlaku di UK, Itali, Perancis dan juga di negara Amerika Selatan. German yang dianggap mengetuai negara-negara  Kesatuan  Europah dan diharap bantuan darinya anggota-anggota Kesatuan Eropah turut sama membuka kegiatan ekonomi bagi memulihkan keadaan yang berlaku selama ini. Hujah negara-negara yang mau kembali menghidupkan kegiatan ekonomi ialah kerana kes wabak Covid-19 makin menurun. Namun tanpa pendekatan sekatan secara teratur menyebabkan virus boleh kembali berkembang atau bertahan. Ikhtiar yang dilakukan oleh Barat kini ialah menghasllkan vaksyin oleh Oxford Imperial College yang didakwa hampir menemui kejayaan dan bercadang menghasilkan sejuta vaksyin pada peringkat permulaan bagi kegunaan. Tetapi usaha mengadakan vaksyin ini bukan dilakukan oleh Oxford  sahaja, tetapi turut secara kerjasama antarabangsa di bawah WHO termasuklah Malaysia yang kita harap dapat menghasilkannya dalam masa terdekat.

Malaysia jangan mencontohi negara barat yang berdilema antara mengikut peraturan dan penentangan dan tiada pendekatan konkrit bagi menghapuskan wabak secara berkesan.
Malaysia telah mengadakan PKP tiga tahap. Mungkin akan ditambah lagi, tetapi secara psikologi janganlah digunakan penambahan tahap keempat, tapi diubah penggunaan kepada tahap kelonggaran bagi tahap satu dua dan tiga. Realitinya  pelonggaran sedang dilakukan terhadap sektor-sektor yang perlu bagi ekonomi . Menggunakan tahap kelonggaran meringankan beban psikologi yang dialami rakyat yang telah berbulan terkurung. Tahap kelonggaran bertahap ini boleh dipanjangkan menurut keperluan di samping dibenarkan sektor-sektor yang dianggap tidak membahayakan dan tidak mengundang kepada  perkembangan wabak Covid-19.

Sekian.

April 24, 2020

DATANG RAMADHAN


DATANG  RAMADHAN

Datangnya  ketika berlaku ujian global
Tiada pernah sebelumnya manusia terancam
Dengan wabak Covid-19, tiada kelihatan
Cepat merebak wabak menuntut korban
Menuju jumlah suku juta kematian
Meruntuhkan  kekukuhan  ekonomi negara
Meningkatkan angka pengangguran dunia
Menjadikan pemimpin dunia
Gelabah mencari penyelesaian.

Datangnya merubah etika norma
Kelainan  dari   kegiatan  harian
Pekerja dikehendaki diam di rumah
Anak-anak tidak dikehendaki ke sekolah
Pengajian di universiti dihenti
Peniaga terhenti dari perniagaan
Pelancong tidak lagi datang
Sunyi semua dari kegiatan
Semua mengeluh kesempitan
Walaupunm ada bantuan – tidak kecukupan

Walaupun di tengah kegawatan begini,
Kembali kepada Allah menenangkan,
Khususnya  tatkala Ramadhan  datang.

Tetapi akibat dari Covid-19
Masjid surau tidak dibenar jama`ah
Solat Juma`at ditiadakan
Iftar  beramai di anjung tidak dibenar
Solat tarawih dan witir ditiadakan
Tiada moreh tiada qiyamullail
Tiada tadarus berkumpulan
Semua digalak dilaku di kediaman
Elak dari virus berjangkitan.

Meriah dan makmur kehidupan
Kemanisan ibadat secara jama`i  terhenti
Rindu kita kembali kepada ketenteraman
Bebas bergerak mencari rezeki
Anak-anak kembali tumpu pada pelajaran
Bebas beribadat meningkatkan kerohanian.

(Fikra Bangi: 542),
BBB: 01 Ramadhan 1441H. = 24 April 2020M. (Juma`at).

April 23, 2020

RAMADHAN YANG DAGANG


RAMADHAN  YANG  DAGANG

Petang ini kita akan menerima kunjungan
Ramadhan yang dagang
Tamu itu akan terkejut
Tiada yang merainya menjelang maghrib
Sebagaimana  kebiasaan
Para  jama`ah memenuhi ruang
Bertambah kejutan ketika azan
Bilal mengingatkan ahli  kariah
Bersolat jama`ah di rumah
Yang datang imam dan siak
Setelah  menutup pintu
Agar tidak dimasuki yang lain
Bertiga mereka solat secara dagang
Berjarak antara jama`ah – bukan kebiasaan
Dan  selepas solat  masjid kembali sepi.

Petang pertama hadir Ramadhan
Adalah petang  penuh kesayuan
Persis waktu maghrib hanya dihadiri tiga orang
mereka dipertanggungjawab fardhu kifatah
Ditanbah mengimarah dengan tarawih
Dilaksana secara ringkas – tidak meriah
Tiada tasbih dan solawat secara bertingkah
Selepas solat tiada  kumpulan bertadarus
Mereka digalak lakukan bersendirian.

Kunjungan  Ramadhan musim Covid-19
Amat mengganggu jama`ah beribadat
Ramadhan  bukan saja dagang
Tetapi masjid dan jama`ah sama dagang
Amat memilukan.

(Fikrah Bangi: 542),
BBB: 29 Sya`ban 1441H. = 23 April 2020M. (Khamis).

April 22, 2020

KAWAL - TERKAWAL - MENANG !


KAWAL – TERKAWAL – MENANG !
(Sempena Ulangtahun Kelahiran  (21 April) KE 57
Dato`  Dr. Noor Hisham Bin Abdullah KSU KKM)

Kunci menentang Covid-19
Tanpa kelihatan, ialah kawalan
Sebagaimana akronim (PKP)  diungkap
`Perintah Kawalan Pergrakan`

Kawal !  Kawal !  Kawal !
Bersih tangan, muka, pakaian
Sering mandi menyegarkan
Kawal jarak  satu meter dari berdekatan
Pakai  mask elak tersedut virus hembusan
Hormat tangan ke dada  tak perlu bersalam.

Kawal! Kawal ! Kawal !
Elak dari hadir perhimpunan
Lebih banyak berada di rumah
Bersama dengan keluarga tersayang
Jangan keluar kecuali perlu
Contoh ke pasar kawal jarak sosial.

Kawal ! Kawal ! Kawal !
Rumah, premis, pejabat, kedai, pasar
Sanitasi nyah kuman kerja berpasukan
Tentera, polis, pertahanan awam, majlis perbandaran,
Bomba, rela, NGO, sukarelawan orang perseorangan
Bersih alam sekitar tiada ragu keberadaan.

Kawal ! Kawal ! Kawal !
Segala pergerakan kenderaan di jalanraya
Kapal dari laut dari rapat ke dermaga
Kawal pesawat  mendarat  di lapangan
Kuaratin 14 hari jamin tiada jangkitan
Yang lebih mengancam kawal dari penceroboh
Merentasi sempadan elak dari kawalan
Jika terlepas keluar dari jaringan kawalan
Merebak wabak di luar kawalan.

Kawal ! Kawal ! Kawal !
Jangan ada  perbalahan ketidakpatuhan
Semua pihak patuh pada arahan
Kita dalam peperangan, menentukan
Kita mesti menang – Insya Allah.

(Fikrah Bangi: 541),
BBB: 28 Sya`ban 1441H. = 22 April 2020M. (Rabu).

April 21, 2020

ANCAMAN : PENYATUAN


ANCAMAN : PENYATUAN

Kebimbangan dari ancaman
Covid-19 membawa kepada penyatuan
Belum pernah berlaku sebelum ini
Menghadapi ancaman semua pihak
Dari front liners ke rakyat  biasa
Pemimpin  mengatur strategi
Disalur melalui kementerian
Menyampai arahan minta kepatuhan
Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Memutuskan  rangkaian Covid-19.

Pihak kesihatan  barisan paling depan
Dari Menteri kepada Ketua Setiausaha
Doktor, jururawat merawat pesakit tanpa kira masa
Ikhtiar dan mengharap kesembuhan
Di samping adanya  kematian.

Berada pada  perbatasan dan medan
Tentera, polis, pertahanan awam dan rela
Tiada menceroboh, patuh lalulintas
Mereka juga bersama majlis perbandaran,
Kesihatan,  bomba, NGO dan orang  awam
Membersih premis, jabatan dan pasar awam
Sanitasi nyah[u1]  kuman dari mengancam.

Oleh penyatuan dan rasa kemanusiaan
Berbagai badan, institusi kewangan dan perseorangan
Menyampaikan dana memberi bantuan
Bagi meringankan beban yang kesempitan
Digerak simpati dan rasa kemanusiaan.

Dari  ancaman berterusan
Ada yang kreatif inovatif mengusahakan
Pakaian lindungan, mask dan robot
Diguna front liners secara selamat.

Ancaman Covid-19
Membawa  penyatuan dan kerjasama
menghapuskan musuh bersama tanpa kelihatan
Jangka panjang penyatuan diharap berterusan.

(Fikrah Bangi: 540),
BBB: 27 Sya`ban 1441H. =  21 April 2020M. (Selasa).

 [u1]an

April 20, 2020

KITA DI ATAS LANDASAN: MEREKA BERTIKAIAN


KITA  DI ATAS  LANDASAN: MEREKA  BERTIKAIAN

Tindakan kita di atas betul landasan
Selepas tahap ketiga PKP dilancarkan
Kini memberi kesan memuaskan
Dengan   3,197 = 59.3 peratus  kejayaan
Diharap  di akhir PKP ketiga  kembali normal
Dengan syarat kepatuhan diteruskan
Jangan ada pertikaian.

Jangan contohi negara Barat
Mengagung demokrasi tidak bertempat
Ketika 2.4 juta kes dengan  164,000 kematian
Didahului Amerika 40,000, Itali 23,000
Spanyol 20,000, Perancis 16,00p
Begitu England 15,000  mereka bertikaian
Tunjuk  perasaan di Jalanan
Di Amerika, England, Sao Polo Brazil,
Colombia , Texes dan German
membantah berada di kediaman
membantut  ekonomi  dan kebebasan
dan Trump diapi-api  oleh Fox
menjejaskan kekayaan Presiden yang hartawan.

Dalam wawancara CNN
Fareed Zakaria dan kawan mewawancara
Sebastian Krutz  Chanselor Austria memuji
Kejayaan Asia termasuk Malaysia
Mengekang kemaraan wabak Covid-19
Manakala Al Bright  Medellaine
 Mantan Setiausaha Negara (Perempuan) Pertama Amerika
Meminta fokus pada persoalan  - bukan politik
Demikian Hassan Rohani  Presiden Iran
Begitu juga dengan beberapa tokoh lain.

Menurut  Fareed  dan Morgan mereka semua
Melahirkan kekeciwaan terhadap pimpinan
Trump dan Johnson sepatutnya sama
Solidariti sedunia menentang musuh bersama
Covid-19 belum dapat ditewaskan.

(Fikrah Bangi: 539),
BBB:  26 Sya`ban 1441H. = 20 April 2020M. (Isnin).

April 19, 2020

COVID-19: RESAH DIRI TULAR DI BANGI


COVID-19:  RESAH DIRI  TULAR  DI BANGI

Ia adalah peperangan keluarbiasaan
Pernah menyentuh sempadan diri
Oleh akad sepasang pengantin  oleh Imam
Di aras Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm
Kemudian beberapa hari dimaklumkan
Oleh kedua pengantin mereka positif Covid-19
Dan Imam memaklumkan kepada jama`ah
Kes yang dialami secara serius
Menyebabkan  jama`ah dalam resah
Masing-masing mengira konteks dengan Imam bila
Sedang Imam mengasingkan diri 14 hari.

Selepas tular  perhimpunan di Masjid Seri Petaling
Punca utama wabak Covid-19
Melalui Singapura dan pelajar pulang dari Korea
Langsung ke Perhimpunan Seri Petaling
Tular pula di Bangi sebagai satu klaster
Bertapak pula  di Sungai Ramal
Dibawa pula Doktor Pengantin
Ke Hospital Teluk Intan di sana
Covid-19  menjangkiti Pegawai Perubatan
Konon lumpuh di sana perkhidmatan.

Kembali ke Bangi dalam kebimbangan
Tiada gejala di kalangan jama`ah jangkitan
Imam  keluar dari pengasingan – bertugas
Al-hamdulillah tiada jama`ah bermasalah.

Berikut dari itu diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan
Masjid ditangguh dari Juma`at dan berjama`ah
Kecuali  Imam, Bilal dan Siak menunaikan kifayah
Dan dari 18 Mac bermula tahap pertama PKP
Menggesa semua berada di rumah
Jaga  kebersihan dan jarak hubungan.

Masjid Al-Umm disanitasi
Kawalan diperketat demi untuk selamat
Namun kerinduan untuk berjamaah itu
Tetap menyentuh hati tiap  kali
Bilal  mengalunkan Panggilan Suci.

(Fikrah Bangi: 538),
BBB: 25 Sya`ban 1441H. = 19  April 2020M. (Ahad).

April 17, 2020

NORMA BUDAYA PEMBELAJARAN: DIAKIBAT COVIT-19


NORMA BUDAYA PEMBELAJARAN: DIAKIBAT COVID-19
Fikrah Bangi: 537),
BBB: 23 Sya`ban `1441H. = 17 April 2020M. (Juma`at):
Salah satu norma budaya di dalam masyaralat yang berkesedaran ialah memberi perhatian terhadap pembelajaran. Kesedaran terhadap pembelajaran ini berlaku di dalam semua lapisan dan generasi masyarakat baik bagi orang tua – ibu bapa, anak muda dan kanak-kanak, Di dalam masyarakat yang berkesedaran dengan pelejaran ini ada tersedia, sama ada oleh pihak pemerintah, swasta atau persendirian. Contoh bagi orang  tua ialah pengajian di masjid surau atau pengajian yang dianjur oleh badan atau pihak-pihak tertentu.  Bagi kalamgam muda dan remaja ialahj pengajion di kolej, universiti  sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta.
Manakala bagi peringkat menengah disediakam pengajian Sijil Pengajian Malaysia, Sijil tinggi, vocasional dan sebagainya. Manakala pada peringkat menengah rendah ialah penilaian pada tahap tiga dan UPSR. Pada peringkat yang lebih bawah iaitu  siji rendah sekolah. Manakala lebih rendah daripada itu ialah  pembelajaran pra sekolah yang antaranya dikenali sebagai tadika, taska,  pasti dan sebagainya.
Jelas daripada apa yang diperkatakan di atas, bahawa wujud mekanisme pembelajaran bagi setiap peringkat umur dan ianya menepati ungkapan pengajian sepanjang hayat. Bagi  setiap pembelajaran ini ada premis, guiru-guru dan kurikulum yang sesuai dengan tahap pembelajaran. Dalam keadaan normal selama ini tiap-tiap tahap pembelajaran ini berlangsung secara teratur dan menyampaikan  pembelajaran  sesuai dengan tahap pembelajaran yang disediakan.
Satu kejutan berlaku ialah kehadiran wabak Covid 19 yang berasal dari negeri (Wuhan) China dan masuk ke sini melalui pengunjung dari Singapura yang datang dari China dan ada yang berpendapat dibawa balik oleh pelajar Malaysia di Korea dan pulang serta menghadiri Perhimpunan Jama`ah Tabligh yang berlangsung di Seri Petaling pada pertengahan  Februari hingga 6 Mac 2020. Kesedaran wabak ini dihighlight oleh Sinar Harian bertarikh 19 Februari dengan tajuk pada muka hadapan:
100,000 rakyat Malaysia bakal hilang kerja akibat Covic-19.``
Dapatlah dikatakan, bahawa Kerajaan Malaysia yang di bawah kerajaan Baru – Pakatan Nasional yang baru ambilalih pemerintahan dari Pakatan Harapan, pada awal Mac 2020  bertindak pantas  dengan mengambil pendekatan:
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Bagi melaksanakannya melibatkan jentera dari Perdana Menteri, Menteri Kanan Keselamatan, Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Polis, Tentera, Bomba, Penerangan, Pertahanan Awam dan berbagai agensi kerajaan dan swasta yang lain. Berbagai pendekatan yang diambil hingga dapat dikatakan wabak terkawal  dan hingga pelancaran tahap tiga PKP pihak Kerajaan berjaya mengusai pengawalan pada  kadar  52.4%.
Apa yang hendak ditekankan di sini bahawa mulai dari pelancaran PKP tahap pertama, iaitu mulai 18 Mac sehingga 28 Mac (Tahap Pertama) dan dari 28 Mac hingga 14 April (Tahap Kedua) dan 15 April hingga 28 April (Tahap Ketiga), berlaku Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP). Rakyat diminta berada di dalam kediaman masing-masing di samping menjaga kebersihan diri bagi mengelak dari  serangan dan jangkitan wabak.
Dalam erti kata yang lain, aktiviti pekerjaan dihentikan (kecuali yang paling mustahak). Semua pengajian dan pembelajaran yang dibicarakan di atas adalah dihentikan Ini adalah merupakan kejutan yang besar yang belum pernah terjadi bagi kehidupan masyarakat, termasuklah sektor pengajian atau pendidikan.  Dengan demikian berlaku perubahan budaya dan norma pebelajaran serta pengubahsuaian yang perlu dilakukan.
Sesungguhnya sejak perisytiharan PKP,  usaha-usaha pengubahsuaian  pembelajaran dan segala yang berhubung dengannya sedang giat dilakukan.

Sekian.

April 16, 2020

PUJIAN YANG DITANGGUHKAN: HANYA KEMENANGAN


PUJIAN YANG DITANGGUHKAN: HANYA KEMENANGAN

Melangkah ke PKP tahap tiga
Dari 15 – 28 April 2020
Di dalam memerangi Covid-19
Ada kejayaan sementara dalam pencapaian
2,647 pulih  daripada 5,972 dirawat
Merupakan 52.02 peratus perkiraan
Tahniah, tapi kita tamgguh pujian
Jangan jadikan kemenangan sementara
Pasukan tentera Uhud yang terpedaya
Oleh tamak  haloba hasutan syaitan
Jangan juga jadi Donald Trump  terusan dendam
Terhadap China dibneri Bangsa Bersatu  bantuan
Mangsa pertama  Covid-19, lantaran
Gagal memaklumkan segera
Amerika mangsa kematian tertinggi
Akibat kecuaian sendiri
Lantas menarik sebahagian peruntukan
Di mana kebijaksanaan ?
Di mana kemanusiaan ?

Bijaksanalah  dengan kejayaan sementara
Berdepan dengan musuh Covid-19
Keresahan mereka  yang tertekan
Bersabar dengan ujian patuh arahan
Harga kemenangan itu begitu mahal
Bayangkan akibat kecuaian
PKP terpaksa diulang semula
RM250 bilion lagi perlu peruntukan
Kembali lagi menjalani  PKP
Ia adalah keperitaan berganda
Kemusnahan tak terhingga.

Walau apapun,
Dengan segala kemampuan
Perlu kita terus menentang
Tiada lain hanya kemenangan
Insya Allah..

(Filrah Bangi: 536),
BBB: 22 Sya`ban 1441H. = 16 April 2020M. (Khamis).

April 15, 2020

KESAN PADA NORMA KEKELUARGAAN


KESAN PADA NORMA KEKELUARGAAN
Fikrah Bangi:  535),
BBB:  21 Sya`ban 1441H. = 15 April 2020M. (Rabu).

Kebimbangan terhadap  wabak Covid-19 yang  menular  di China pada akhir tahun 2019 itu mula  ketara di Malaysia apabila Sinar Harian  menerbitkan berita muka hadapan, bahawa:
                 100,000 Rakyat Malaysia Bakal Hilang Kerja Akibat Covid-19.`` (Sinar Harian 19 Februari 2020: 1).
Melihat kepada penularan wabak ini begitu pantas sebagaimana berlaku di Korea, Iran dan Itali, maka Kerjaan Malaysia yang baru diperintah Kerajaan Pakatan Nasional pada awal Mac 2020 mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak (Sinar 13 Mac) dan berikutnya langkah  PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan bermula dari 18 – 28 Mac 2020 sebagai tahap pertama.
Berikut dari itu, maka ianya mengubah norma-norma yang  menjadi cara hidup biasa bagi rakyat sebelumnya. Arahan ketara ialah meminta semua  orang berada pada keduiaman masing-masding dan tidak keluar dari rumah, kecuali  bagi yang benar-benar perlu. Rakyat diminta mempastikan jarak sosial – satu meter dan mementingkan kebersihan seperti selalu membasuh tangan dan muka, sering mandi dan menjaga  kesihatan.
Dengan PKP ketua keluarga, iaitu bapa tidak dikehendaki ke tempat kerja dan diminta berada di rumah, demikian juga isteri, jika bekerja.   Dngan PKP  sebagaimana pejabat dan tempat-tempat kerja yang lain ditutup, maka demikian juga sekolah-sekolah dan semua pengajian yang lain dari peringkat rendah hingga ke universiti ditutup. Implikasinya keluarga berada di dalam rumah setiap hari. Imp;ikasi selanjutnya, terutamanya bagi golongan miskin atau dikenali dengan B 40, menghadapi kekurangan wang  bagi mendapatkan makanan bagi keluarga.
Pihak Kerjaan sedar dengan masalah yang dihadapi rakyat, maka negara yang di bawah pimpinan baru – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kabinetnya memperuntukkan bagi membantu rakyat dengan peruntukan RM250 bilion dengan tambahan RM10 bilion lagi yang merupakan 17 peratus dari KDNK negara.
Perlaksanaan bagi menghapuskan atau diistilahkan memutuskan hayat Covid-19 selama 14 hari itu, selain dari orang ramai  mematuhi arahan, pihak barisan hadapan bertungkus lumus bagi menjayakan sekatan terhadap wabak, iaitu melibatkan pihak Kementerian Kesihatan mengendalikan pesakit, pihak Keselamatan dan Pertahanan mempastikan tiada yang melanggarkan peraturan, Polis , tentera, Bomba, Pertahanan Awam, NGO-NGO dan orang ramai bekerjasama menjayakan menentang Covid-19.
Bagi keluarga mengubahkan habit dan norma sentiasa berasa di rumah menjaga anak-anak, walau bagaimana sang bapa yang rutin biasanya, terhalang dari pergi ke masjid pada setiap waktu solat, terutama waktu Subuh,Madhrib dan Isya, kerana mengelak dari berlaku perhimpunan yang menjangkitkan wabak.  Sang bapa  merasa terpisah dari kalangan jama`ah  yang sering menjadi teman berhubungan. Selain dari solat, satu kehilangan yang ketara, tidak dapat lagi mengikuti pengajian yang diadakan setiap malam antara Maghrib dengan Isyak dan tiada lagi kuliah Subuh. Yang mengingatinya kepada masjid setiap kali Bilal mengalunkan azan setiap masuk waktu solat. Solat berjamaah bagi melepaskan fardhu kifayah hanya diantara Imam, Bilal dan Siak sahaja. Trasa kerinduan diri terhadap masjid untuk berjama`ah begitu terasa.
Bagi ibu yang bekerja, sebagaimana suami tidak ke tempat kerja, tetapi bagi suri rumah sepenuh masa, walaupun beban  bertambah melayan karinah anak dan keluarga, namun bergembira bersama mereka. Walau bagaimana sang ibu yang selama ini dapat mengikuti kelas Al-Qur`an dan keilmuan fardhu di kalangan ibu-ibu dan mempunyai kelas khusus bagi mereka termasuk pada hari-hari minggu, merasa kerugian kerana tidak dapat lagi mengikuti pengajian sedemikian.
Bukan setakat itu, hubungan antara masyarakat setempat dirasakan sebagai terputus, bahkan dengan arahan  agar kurangkan hubungan dengan pihak luar dirasakan hubungan dengan jiran tetangga agak terputus. Merekatidak lagi dapat berziarah atau bercakap-cakap secara bersama di luar dari kaw
asan rumah.
Walau bagaimana ini semua dianggap sebagai perlu dan pengorbanan bagi mengatasi wabak dan diharap dalam tempoh terdekat keadaan kembali normal  dan suasana hidup mesra sesama jiran tetangga dan para jama`ah akan dapat dihidupkan kembali.
Sekian.

April 14, 2020

PERUBAHAN NORMA DIAKIBATKAN OLEH COVID-19


PERUBAHAN  NORMA  DIAKIBATKAN OLEH COVID-19
(Fikrah Bangi:  534),
BBB:  20 Sya`ban 1441H. = 14 April 2020H. (Selasa).

Norma adalah kebiasaan cara hidup yang biasa  dilalui oleh seseorang, kelompok atau masyarakat. Termasuk di bawahnya aturan-aturan, adat kebiasaan bahkan nilai pegangan. Apa yang dilakukan adalah biasa dan tidak memerlukan kepada kesedaean di dalam melakukannya. Sebagai contoh kebiasaan  bagi hehidupan seseorang  pada pagi-pagi menjadi kebiasaan pergi solat subuh bersama  di surau atau di masjid berhampiran dengan rumahnya,  Selepas menunaikan solat berjma`ah, dalam perjalaanan  pulang  ia singgah  membeli  beberapa akhbar harian.  Kadang-kadang  ia membeli  majanan  pagi  untuk keluarga.  Di rumah sambil meneliti akhbar-akhbar sepintas lalu, dia  makan pagi  bersama-sama anak-anak yang dihidang oleh isteri. Mereka sekeluarga mengikuti  tugas harian , jika bukan hari mingguan. Selepas bersarapan mereka berpakaian  menurut kebiasaan sebagai pakaian kerja, manakala anak-anak berpakaian pakaian sekolah.
Selepas itu, anak-anak berkenaan mencium tangan ibu mereka dan mengangkat beg sekolah ke kenderaan dan dihantar oleh bapa ke sekolah dalam perjalanan  ke pejabat. Demikianlah cara hidup senmasa bersekolah dan tata norma  dilalui bersama-sama kawan  sama belajar dan rehat bersama-sama, manakala bapa bersama-sama kawan-kawan bekerja menurut kebiasaan sehingga petang baru pulang bersama anak-anak yang telah dijemput ibu. Pada sebelah petang mereka berkebun dan anak-anakbermain. Bila malam bapa kembali berjama`ah di masjid dan anak-anak mengulangkaji pelajaran di bawah bimbingan ibu mereka. Pada hari minggu mereka ke luar membeli  keperluan dan menziarah dato` dan kawan-kawan dan sebagainya. Ianya merupakan rutin harian bagi mereka. Ada nilai-nilai di kalangan mereka misalnya anak-anak menghormati orang tua, rajin belajar. Mereka mempunyai nilai dan hubungan yang baik dengan jiran-jiran tetangga dan berada di dalam keadaan rukun dan damai.
Namun selepas berlakunya wabaj coronavirus (Covid 19) dan perisytiharan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April (hari ini) dan disambung kepada tahap
Ketiga dari 15 – 28 April 2020 mengiubah rutin dan norma hidup yang dilalui oleh keluarga ini dan juga pleh berbagai pihak, misalnya oleh  peniaga di warung, pekerja kilang, pejabat,  pejerja bengkel, penjual di pasar,  pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa di universiti dan berbagabagai lagi
Apakah dimaksudkan dengan PKP yang harus dilalui ?
Tidak banyak, tetapi kesan begitu besar yang seharusnya dipatuhi oleh semua pihak bertujuan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 dari meluaskan jangkitanya. Covid-19 yang mula muncul di Bandar Wuhan di China pada akhir 2019 dan mula dibicarakan di dalam media sejak  akhir  Februari 2020 adalah virus yang amat ganas dan menular begitu cepat sehingga kini melibatkan  lebih daripada dua ratus negara. Ianya berkembang dari China ke Iran, Korea. Kemudian secara pesat berkembang di Itali, Spanyol, Perancis German dan meningkat dengan mendadak di Amerika dengan 550,000 kes dan keseluruhan kes kini melebihi 1.54 juta dengan kematian melebihi 100.000.
Malaysia tidak terkecuali sama mengalami wabak ini dengan 4,817 kes dengan positif ialah 2,364 dengan 77 kematian, iaitu nisbah  1.6 peratus, ianya antara yang terendah di dunia.
Bagi menyekat wabak ini dilaksanakan KPK yang sebenarnya diamalkan di seluruh dunia iaitu menjaga kebersihan tangan, muka, pakaian dan kebersihan kediaman, premis dan alam sekitar, menjaga jarak ruang melebihi satu meter, elak dari bersentuhan, tidak menghadiri sebarang perhimpunan dan lebih penting berada di kediaman. Virus Covi19  tidak melangkaui satu meter dan jangka hayatnya adalah selama 14 hari. Sebab itu tempoh PKP ialah selama 14 hari (18 Mac-14 Aptil dan dilanjutkan hingga 28 April) Adalah diharapkan dengan penjarakan dilaksanakan  dapat memutuskan  jangka hayat virus Covid-19.
Rakyat negara ini  telah menjalani dua tahap dan mempunyai kesan yang positif. Kesan ini diharap akan lebih baik selepas melalui tahap tiga.
Dari perbincangan memperlihatkan betapa bahayanya Covid-19, tetapi dari PKP, terutama orang ramai dikehendalki berada di kediaman yang kini sudah hampir sebulan dan akan ditambah dua minggu lagi banyak mengubah norma hidup yang dilalui ingividu, keluarga, kelompok dan masyarakat. Ada yang bersifat positif dan tentulah banyak pula yang bersifat negatif – Bersambung.
Sekian.

April 13, 2020

DARIPADA BERTAHAN KEPADA MENYERANG


DARIPADA BERTAHAN KEPADA MENYERANG

Kemunculan  Covid-19 adalah cabaran
Terhadap jagat manusia keseluruhan
Ketika pertama muncul di Wuhan China
Dianggap sebagai flu selsema dan batuk  biasa
Namun bila penularannya makin meluas ke luar batas
Ke Iran, Korea, tiba-tiba memuncak di Itali
Diikuti di Spanyol, Perancis dan German
Kini mengatasi semuanya Amerika
Menuntut  korban 113,672 kematian
Dari  185 negara keseluruhan
Ia adalah  sebenarnya ancaman
Seluruh jagat manusia tanpa mengira
Sempadan, warna kulit dan status kedudukan
Menuntut kesatuan tindakan.

Apakah asal usul Covid-19 begitu ganas
Adakah ia  virus dari tanah melalui tumbuhan
Atau jelmaan exotic makanan dari hewan
Selera kerakusan manusia tanpa hadnya ?
Lantas virus itu berpindah secara pantas.
Menabur kebimbangan dan ancaman kematian.

Kini  sekata tindakan manusia bertahan
Pembersihan, menjaga jarak sosial
Dan berada berterusan di kediaman
Diperkukuh kuatkuasa undang-undang
Untuk memutuskan hayat virus
Dua minggu – jangan berterusan.

Ancaman Covid-19
Menuntut solidariti kemanusiaan
Kerjasama di dalam penyelidikan
Di bawah riayah Pertubuhan Bangsa Bersatu
Kita harap dapat mendengar pengakuan
Dari negarawan, dermawan,  negara penyumbang
Kepada Yayasan membasmi Covid-19
Menghasilkan penawar dan vaksyin
Himgga mampu bertindak
Lebih dari bertahan
Tetapi menyerang
Pupusnya ancaman.

(Fikrah Bangi:  533),
BBB: 19 Sya`ban 1441H. = 13 April 2020M. (Isnin).

April 12, 2020

SANITASI


SANITASI

Di musim  wabak Covid-19 mengancam
Mari kita nyahkan kuman dan kotoran  dengan:

Bersih !  Bersih !  Bersih !
Dengan sering  membasuh tangan
Dengan sabun atau cairan cucian
Baik juga kerap membasuh muka
Sering mandi bersih lagi menyegarkan
Berpakaian bersih  lebih menselesakan.

Bersih !  Bersih  !~  Bersih !
Dari jangkitan kuman
Lebih berada di dalam kediaman
Jangan hadir ke perhimpunan
Majlis perkahwinan atau sebarang sambutan
Jika terpaksa keluar berurusan
Pakailah topeng keselamatan
Jaga jarak sosial satu meter elak sentuhan
Hormat  ke dada tangan tak perlu bersalam
Singkat urusan jangan berada di luar berlamaan.

Bersih !  Bersih  !  Bersih !
Rumah kediaman kawasan luaran
Dari sampahj sarap liar tumbuhan
Jadikan rumah selesa keluarga
Sepanjang masa  sering bersama
Terdidik dengan nilai mulia.

Bersih !  Bersih !  Bersih !
Tempat tumpuan kunjungan
Dari pasar, kedai, bangunan urusan
Melibatkan berbagai sektor membersihkan
Dari Majlis Perbandaran, Bomba dan Kesihatan
Menjamin selamat berurusan.

Bersig !  Bersih  !  Bersih
Alam sekitar menarik pandangan
Tiada kotoran, tiada ruang Covid-19 bertandang
Hingga kita  semua selamat dan sihat
Tiada gangguan hidup seharian.

(Fikrah Bangi:  532),
BBB:  18 Sya`ban 1441H. = 12 April  2020M. (Ahad).