SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA: HARAPAN
KEMBALI KESEJAHTERAAN
(Setiap
7 April)
Kesedaran dari pentingnya kesihatan
Bagi setiap hidup insan, bahkan hewan
Adalah hak dan perlu jaminan dan peluang
Dari ancaman
musuh, penyakit dan kelaparan.
Kini kesedaran meningkat
Betapa sejak awal 2020 dijangka selamat
Tetapi generasi manusia sedunia
Diancam musibah Covid-19
Kini korban melangkaui 800,000
Berantaian dari China,ke Itali,
Perancis, London, Amerika
Lain negara – termasuk negara kita.
Di Malaysia statistik mutakhir dikesan
3,963 kes dipasti dengan 1,657 positif
Dengan 63 kematian
Wabak meledak dari Sri Petaling
Dihadiri perhimpunan Jama`ah Tabligh
Dari akhir Februari hingga 8 Mac 2020
Merupakan 40% sumber perkembangan
Merebak ke
Simpang Renggam, Sungai Lui.
Ke Majlis `aqad perkahwinan di Bandar Baru
Bangi
Di Masjid Al-Umm pada 6 Mac, Telok Intan dan
Kini di Selangor Mansion dan Menara One City
Jalan Abdullah Munshi dan Madrasah di Melaka
Manakala di Sarawak tercetus
Di Persidangan Agama di sebuah Gereja
Tercetus dari
seorang yang pulang dari Itali
Merebak kepada
83 orang menyertai
Kini Covid-19 masih berkembang di mana ada
peluang.
Menentang wabak Covid-19
Diambil tindakan dari awal
Sejak dari kes Sri Petaling
Oleh Barisan
Paling Hadapan
Dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Dato` Seri Ismail Sabri Menteri Pertahanan
Membawalah kepada Ketua Polis Negara dan Tentera
Hingga kepada Menteri Kesihatan dan Ketua Setia
Usaha Kementerian
Dato` Dr. Noor Hisham Abdullah menyampaikan
Sidang Harian
Dengan Pasukan Perubatan, Jururawat kerja berterusan.
Tindakan yang diambil dengan menyediakan peruntukan
Bermula dari RM250 bilion dengan tambahan
bantuan
Mengadakan sekatan dari 18 Mac hingga 14 April
Dengan bantuan kerjasama berbagai agensi dan NGO
Orang ramai diminta mengamalkan jarak sosial
Lebih penting tinggal di kediaman memutuskan
rantaian.
Setakat ini ada kemajuan dicapai berbanding
dengan negara luar
Kematian relatif rendah dan perkembangan wabak
dapat dicegah.
Sempena Hari Kesihatan Sedunia
Harapan kesejahteraan dapat dikembalikan
Usaha bukan setakat merawat pesakit
Kini bersama dengan negara lain di bawah WHO
Malaysia sama kerjasama menghasilkan vaksyin
Lebih mujarab dari apa yang sementara diguna
Akan memupuskan Covid-19 insya Allah
Sebagai ancaman memupuskan manusia
Sebaliknya kita memupuskan mereka punca
gejala.
Sempena Hari Kesihatan
Semua berazam mengembalikan
Kesihatan dan kesejahteraan.
(Fikrah Bangi: 528),
BBB: 14 Sya`ban 1441H. = 08 April 2020M.
(Rabu).
No comments:
Post a Comment