April 15, 2020

KESAN PADA NORMA KEKELUARGAAN


KESAN PADA NORMA KEKELUARGAAN
Fikrah Bangi:  535),
BBB:  21 Sya`ban 1441H. = 15 April 2020M. (Rabu).

Kebimbangan terhadap  wabak Covid-19 yang  menular  di China pada akhir tahun 2019 itu mula  ketara di Malaysia apabila Sinar Harian  menerbitkan berita muka hadapan, bahawa:
                 100,000 Rakyat Malaysia Bakal Hilang Kerja Akibat Covid-19.`` (Sinar Harian 19 Februari 2020: 1).
Melihat kepada penularan wabak ini begitu pantas sebagaimana berlaku di Korea, Iran dan Itali, maka Kerjaan Malaysia yang baru diperintah Kerajaan Pakatan Nasional pada awal Mac 2020 mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak (Sinar 13 Mac) dan berikutnya langkah  PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan bermula dari 18 – 28 Mac 2020 sebagai tahap pertama.
Berikut dari itu, maka ianya mengubah norma-norma yang  menjadi cara hidup biasa bagi rakyat sebelumnya. Arahan ketara ialah meminta semua  orang berada pada keduiaman masing-masding dan tidak keluar dari rumah, kecuali  bagi yang benar-benar perlu. Rakyat diminta mempastikan jarak sosial – satu meter dan mementingkan kebersihan seperti selalu membasuh tangan dan muka, sering mandi dan menjaga  kesihatan.
Dengan PKP ketua keluarga, iaitu bapa tidak dikehendaki ke tempat kerja dan diminta berada di rumah, demikian juga isteri, jika bekerja.   Dngan PKP  sebagaimana pejabat dan tempat-tempat kerja yang lain ditutup, maka demikian juga sekolah-sekolah dan semua pengajian yang lain dari peringkat rendah hingga ke universiti ditutup. Implikasinya keluarga berada di dalam rumah setiap hari. Imp;ikasi selanjutnya, terutamanya bagi golongan miskin atau dikenali dengan B 40, menghadapi kekurangan wang  bagi mendapatkan makanan bagi keluarga.
Pihak Kerjaan sedar dengan masalah yang dihadapi rakyat, maka negara yang di bawah pimpinan baru – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kabinetnya memperuntukkan bagi membantu rakyat dengan peruntukan RM250 bilion dengan tambahan RM10 bilion lagi yang merupakan 17 peratus dari KDNK negara.
Perlaksanaan bagi menghapuskan atau diistilahkan memutuskan hayat Covid-19 selama 14 hari itu, selain dari orang ramai  mematuhi arahan, pihak barisan hadapan bertungkus lumus bagi menjayakan sekatan terhadap wabak, iaitu melibatkan pihak Kementerian Kesihatan mengendalikan pesakit, pihak Keselamatan dan Pertahanan mempastikan tiada yang melanggarkan peraturan, Polis , tentera, Bomba, Pertahanan Awam, NGO-NGO dan orang ramai bekerjasama menjayakan menentang Covid-19.
Bagi keluarga mengubahkan habit dan norma sentiasa berasa di rumah menjaga anak-anak, walau bagaimana sang bapa yang rutin biasanya, terhalang dari pergi ke masjid pada setiap waktu solat, terutama waktu Subuh,Madhrib dan Isya, kerana mengelak dari berlaku perhimpunan yang menjangkitkan wabak.  Sang bapa  merasa terpisah dari kalangan jama`ah  yang sering menjadi teman berhubungan. Selain dari solat, satu kehilangan yang ketara, tidak dapat lagi mengikuti pengajian yang diadakan setiap malam antara Maghrib dengan Isyak dan tiada lagi kuliah Subuh. Yang mengingatinya kepada masjid setiap kali Bilal mengalunkan azan setiap masuk waktu solat. Solat berjamaah bagi melepaskan fardhu kifayah hanya diantara Imam, Bilal dan Siak sahaja. Trasa kerinduan diri terhadap masjid untuk berjama`ah begitu terasa.
Bagi ibu yang bekerja, sebagaimana suami tidak ke tempat kerja, tetapi bagi suri rumah sepenuh masa, walaupun beban  bertambah melayan karinah anak dan keluarga, namun bergembira bersama mereka. Walau bagaimana sang ibu yang selama ini dapat mengikuti kelas Al-Qur`an dan keilmuan fardhu di kalangan ibu-ibu dan mempunyai kelas khusus bagi mereka termasuk pada hari-hari minggu, merasa kerugian kerana tidak dapat lagi mengikuti pengajian sedemikian.
Bukan setakat itu, hubungan antara masyarakat setempat dirasakan sebagai terputus, bahkan dengan arahan  agar kurangkan hubungan dengan pihak luar dirasakan hubungan dengan jiran tetangga agak terputus. Merekatidak lagi dapat berziarah atau bercakap-cakap secara bersama di luar dari kaw
asan rumah.
Walau bagaimana ini semua dianggap sebagai perlu dan pengorbanan bagi mengatasi wabak dan diharap dalam tempoh terdekat keadaan kembali normal  dan suasana hidup mesra sesama jiran tetangga dan para jama`ah akan dapat dihidupkan kembali.
Sekian.

No comments:

Post a Comment