PROGRAM RAMADHAN PERLU DIUBAHSUAI
(Fikrah Bangi: 527),
BBB:
13 Sya`ban 1441H. = 07 April 2020M. (Selasa).
Sejak Masjid Al-Umm mula digunakan pada 12
Rabiul Awwal 1439/2017, sudah dua kali sambutan Ramadhan telah diadakan, tetapi
pada tahun lepas dianggap meriah, kerana mulai
11 Oktober 2018 bersamaan 2 Safar 1440H. (Khamis) Masjid Al-Umm diberi
tauliah oleh JAIS-MAIS bagi penggunaan
rasmi yang keesokan harinya pertama kali didirikan solat Juma`at. Sambutan
Ramadhan pada tahun 1440H. itu adalah
sambutan pertama selepas pentauliahan diterima dari JAIS.
Pada tahun lepas sambutan begitu meriah, kerana peruntukan bagi
Ramadhan mendapat tajaan dari berbagai pihak, sama ada untuk iftar, sponsor
bagi imam, sahur bagi Qiyam al-Lail dan sebagainya. Bagi sambutan tahun ini sebagaimana telah
disebutkan persediaan telah dibuat sejak dua bulan yang lepas dan diharap
sambutan dapat dilakukan dengan lebih meriah, tetapi dengan berlakunya wabak
Covid-19 sejakawal tahun ini (mula di
China sejak Disember 2019) dan
melibatkan seluruh dunia, termasuk di Malaysia dan masih belum
menunjukkan tanda-tanda berakhir,maka adalah dijangka banyak pengubahsuaian
akan berlaku – tertakluk kepada arahan JAIS-MAIS. Adalah dijangka bukan saja solat Juma`at belum dapat diadakan semula, tetapi
iftar beramai-ramai tidak dapat diadakan dan juga mungkin solat tarawih,tidak
dibenarkan secara beramai-ramai kecuali di kalanagn imam, bilal dan siak. Jika
diadakan di kakangan mereka, maka solat tarawih perlu diadakan secara ringkas.
Sebagai imp;ikasi kepada masjid, termasuk
Masjid Al-Umm dengan tiadanya solat Juma`at dan iftar Ramadhan, maka masjid
tidak mendapat sumber derma mingguan dan harian dari jama`ah dan tidak mendapat sponsor untuk iftar dan juga sponsor untuk imam hafiz yang
dijemput dari luar. Masalah tiada sponsor bagi iftar dan imam taraih jemputan tidaklah membebankan,
kerana iftar kemungkinan tidak diadakan di masjid dan tiada imam jemputan,
bererti tiada kos yang ditanggung.
Ketiadaan solat Juma`at dan solat-solat waktu
yang lain menyebabkan masjid tidak mendapat sumber
derma harian dan mingguan dari orang ramai, sedangkan selama ini merekalah yang
menderma dan digunakan bagi pentadbiran dan perjalanan masjid. Kos yamg ditanggung oleh masjid secara tetap
dan bulanan, ialah elaun bulanan bagi pegawai-pegawai masjid yang terdiri dari imam-imam, bilal-bilal, siak-siak, tukang-tukang cuci, teknician,
tukang kebun, pengawal-pengawal keselamatan, kerani-kerani dan
pentadbir-pentadbir. Bayaran bulanan
juga perlu dilakukan terhadap bil letrik, air, telefon dan internet.
Selama ini dapat dikatakan sebagai cukup-cukup derma mingguan dan harian yang
disumbang oleh jama`ah dan orang ramai. Sekiranya wabak Covid-19 berterusan,
maka dari manakah kewangan didapati bagi membiayai perbelanjaan bulanam,terutama
bagi tenaga-tenaga pekerja di masjid ?
Bagi Masjid Al-Umm selain dari beban
bayaran yang perlu diadakan bagi pekerja-pekerja di masjid, pihak masjid masih
mempunyai hutang sejumlah satu juta ringgit lagi yang selama ini dibayar secara
berdikit-dikit.
Apa yang diharap oleh Masjid A;-Umm,walaupun
solat Juma`at masih tidak dapat dijalankan dan kegiatan Ramadhan tidak
dapat diadakan di masjid, namun pihak
masjid berharap sempena dengan kehadiran Ramadhan al-Mubarak, orang ramai akan dapat terus menderma kepada Masjid
Al-Umm.
Setakat
ini kita tiada maklumat apakah ada sedikit peruntukan dari RM250 bilion
yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan itu ada sedikit bantuan kepada masjid
dan sarau atau peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor.
Adalah hasrat kita untuk mengekalkan kakitangan masjid.
Sekian.
No comments:
Post a Comment