April 28, 2020

PULANG PELAJAR


PULANG  PELAJAR
(Melibatkan 1,128 malam tadi daripada 53,000)

Pulanglah pelajar
Setelah lebih sepurnama terdampar di kampus
Diakibatkan oleh Covid-19 mengancam nyawa
Kini  200,000 kematian di seluruh dunia
Menurut arahan Pemerintah melaksanakan PKP
Memutuskan jaringan dari merebaknya wabak.

Dalam tempoh pengasingan
Betapa jiwa kalian  kecamuk
Antara cinta ilmu misi perjuangan
Dengan rindu pada keluarga dan kampung halaman
Meskipun kalian tidak diabaikan keperluan
Oleh pihak universiti dan Kerajaan
Namun pengasingan itu melebatkan buah rindu
Pada ibu bapa dan keluarga tersayang
Khususnya pada Ramadhan al-Mubarak
Ketika sahur dan iftar menjamah makanan.

Pulanglah anak generasi tersayang
Harapan negara bangsa agama  masa depan
Bergerak perjalanan silang arah
Dari kawasan tengah ke utara
Juga ke Timur Selatan dan kebalikan
Dengan konvoi bas berderetan
Antara mereka kelak merentas lautan
Dengan pesawat udara ke lapangan terbang pilihan
Merapatkan Sarawak, Sabah  Semenanjung
Dan kebalikan penuh kasih sayang.

Pulanglah Pencinta Ilmu
Melepaskan rindu pada keluarga kalian
Seterusnya menyambut `Idul Fitri menjelang
Meskipun masih dalam  PKP  sekatan
Bersama keluarga dan jiran tetangga
Dengan jarak sosial terkawal.

Cuma diingatkan kepulangan jangan melalaikan
Selepas Covid-19 dihapuskan – Insya Allah
Segera kembali ke kampus  ditinggalkan
Meneruskan pengajian belum selesai
Dengan semangat dan azam baru
Mencipta kecemerlangan harapan tercapai.

(Fikrah Bangi: 547),
BBB: 05 Ramadhan 1441H. = 28 April 2020M. (Selasa).

No comments:

Post a Comment