DILEMA
BARAT MENGATASI COVID-19
(Fikrah Bangi: 544),
BBB:
02 Ramadhan 1441H. = 25 April
2020M. (Sabtu).
Bagi mengatasi Covid-19, Barat berada di
dalam dilema dan tidak bersatu. Ketika pada peringkat permulaan dan Amerika
mulai menghadapi wabak dan berkembang pantas mengekori Itali dari segi jumlah
kematian, Donald Trump menyalahkan WHO,
kerana lewat mengambil tindakan memaklumkan kepada dunia, Ketua WHO menyanggah,
bahawa pihak WHO telah bertindak dari awal sejak Januari, bila wabak berkenaan
mulai jangkitan keluar China sejak Januari 2020. Sebagai President negara terbesar dunia,
Amerika seharusnya bertindak awal dan tidak mengharapkan kepada WHO.
Amerika mengambil tindakan sebagaimana
dilakukan oleh negara-negara lain, iaitu dengan menyekat pergerakan penduduk di
kediaman masing-masing dan menjaga jarak sosial, Ini diikuti oleh negara-negara
Barat yang teruk mengalami wabak yang terkeatasnya ialah Itali, Spanyol
Perancis, German dan British.
Beberapa hari sebelum ini statistik
menunjukkan bahawa yang terkesan dengan
kes seluruh dunia berjumlah 678,000. Daripada jumlah 175,000 kes, kematian
tertinggi adalah berlaku dI:
Amerika
43,796
Itali 24,600
Spanyol
21,000
Perancis 20,700
UK
17,300
Dalam masa wabak masih belum reda,
kelihatan tidak ada kesatuan pendapat.
Negara-negara Barat lebih melihat kerugian dari segi ekonomi berbanding dengan keselamatan rakyat. Mereka
juga berpegang kepada kebebasan
bertindak berdasarkan demokrasi. Lantaran itu kita melihat Donald Trump menentang tindakan govenor-govenor yang
bertahan dengan sekatan. Lantaran itu berlaku tunjuk perasaan di Amerika yang
diketuai oleh Donald Trump sendiri. Tunjuk perasaan membantah tinggal di rumah ini berlaku di UK, Itali,
Perancis dan juga di negara Amerika Selatan. German yang dianggap mengetuai
negara-negara Kesatuan Europah dan diharap bantuan darinya
anggota-anggota Kesatuan Eropah turut sama membuka kegiatan ekonomi bagi
memulihkan keadaan yang berlaku selama ini. Hujah negara-negara yang mau
kembali menghidupkan kegiatan ekonomi ialah kerana kes wabak Covid-19 makin
menurun. Namun tanpa pendekatan sekatan secara teratur menyebabkan virus boleh
kembali berkembang atau bertahan. Ikhtiar yang dilakukan oleh Barat kini ialah
menghasllkan vaksyin oleh Oxford Imperial College yang didakwa hampir menemui
kejayaan dan bercadang menghasilkan sejuta vaksyin pada peringkat permulaan
bagi kegunaan. Tetapi usaha mengadakan vaksyin ini bukan dilakukan oleh Oxford sahaja, tetapi turut secara kerjasama
antarabangsa di bawah WHO termasuklah Malaysia yang kita harap dapat
menghasilkannya dalam masa terdekat.
Malaysia jangan mencontohi negara barat yang
berdilema antara mengikut peraturan dan penentangan dan tiada pendekatan
konkrit bagi menghapuskan wabak secara berkesan.
Malaysia telah mengadakan PKP tiga tahap.
Mungkin akan ditambah lagi, tetapi secara psikologi janganlah digunakan penambahan
tahap keempat, tapi diubah penggunaan kepada tahap kelonggaran bagi tahap satu
dua dan tiga. Realitinya pelonggaran
sedang dilakukan terhadap sektor-sektor yang perlu bagi ekonomi . Menggunakan
tahap kelonggaran meringankan beban psikologi yang dialami rakyat yang telah
berbulan terkurung. Tahap kelonggaran bertahap ini boleh dipanjangkan menurut
keperluan di samping dibenarkan sektor-sektor yang dianggap tidak membahayakan dan
tidak mengundang kepada perkembangan
wabak Covid-19.
Sekian.
No comments:
Post a Comment