April 5, 2020

KERISAUAN TERHADAP PENGURUSAN MASJID


KERISAUAN  TERHADAP  PENGURUSAN  MASJID
(Fikrah Bangi:  526).
BBB: 11 Sya`ban 1441H. 05 April 2020M. (Ahad).

Tinggal lebih sedikit dari dua mingg (18 hari) untuk menyambut Ramadhan. Pada kebiasaannya kehadiran Ramadhan al-Mubarak disambut dengan meriah, lantaran pada bulan penuh dengan peluang beribadat, tetapi sebelum tibanya bulan ini banyak kerisauan yang dihadapi..
Pada awalnya sejak dua bulan sebelum Februari agenda tentang Ramadhan telah dibawa di dalam
Mesyuarat bulanan dan ahli jawatankuasa kecil telah ditubuhkan  bagi melaksanakan program-program yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan. Bajet bagi kegiatan Ramadhan juga telah dirangkakan. Walau bagaimana dengan berkembangnya wabak Covid-19, maka dijangka akan mengganggu sambutan Ramadhan, bahkan akan memberi kesan dari segi kegiatan masjid keseluruhan. Ini bergantung pada arahan pihak atasan.
Sebagaimana maklum kesan wabak berkenaan melibatkan selurug dunia, termasukkesan kepada kegiatan  agama bagi umat Islam di seluruh dunia. Kesan ketara solat Juma`at tidak didirikan termasuk di Masjid alHaram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah  untuk mengelak dari berjangkit dan merebaknya  wabak Cobid-19. Ibadat Umrah telah ditangguh dan dijangka ibadat Haji pada tahun ini juga kemungkinan ditangguhkan.  Demikian kesan besar terhadap kehidupan manusia di selurh dunia termasuklah seluruh umat Islam. Kesan kematian dijangkaakan melebihi satu juta manusia dan kemungkinan lebih,jika wabak berkenaan berterusan dan tidak dapat disekat. Ia merupakan wabak yang boleh menghapus atau mengurangkan generasi manusia. Kejadian seumpama ini belum pernah terjad di dalam sejarah. Semua pihak termasuk pemimpin dunia dan berbagai pihak sedang berusaha menyekat perkembangan wabak ini. Setakat ini kelihatan masih belum reda.
Banyak kesan yang dialami oleh manusia seluruh dunia. Covid-19 merencatkan berbagai-bagai kegiatan dan rutin kehidupan manusia. Antara pendekatan yang diambil oleh seluruh dunia ialah kawalan pergerakan manusia,  mereka diminta berada di rumah dan tidak bergaul bebas. Setakat ini masih belum ditemui vaksyin yang dapat menentang wabak ini. Covid-19 mengganggu perkembangan ekonomi manusia seluruh dunia. Berlakunya kesengsaraan hidup terutama di kalangan rakyat biasayang makin dihimpit kesusahan, walaupun tidak dapat dinafikan pihak pemerintah, khususnya di Malaysia menyedari dan mengambil tindakan lebih awal mengekang kemaraan wabak Covid-19. Tidak sebagaimana setengah negara yang  tidak  memberi perhatian lebih awal, termasuk negara-negara Barat yang tidak ambil tindakan lebih awal. Akibatnya negara-negara  besar barat seperti Amerika, Itali, Spanyol, Peranci dan  German  menghadapi wabak Covid-19 dengan lebih  teruk. Perkembangan wabak Cobid-19 di Malaysua dapat dikatakan berada di dalam kawalan. Ikhtiarmenyekatnya dilakukan berterusan. Bahkan ianya adalah agenda utama negera yang diberi perhatian oleh pimimpin Tertinggi Negara membawalah kepada bidang Pertahanan, Keselamatan, Kesihatan, pihak negeri-negeri dan berbagai sektor  yang berhuungan.
Dunia  kini mengalami kemelesetan ekonomi. Kesannya dialami oleh semua sektor. Bebannya dialami semua negara di dunia,berbagai agensi dan institusi. Termasuklah di Malaysia. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 bilion sebagai salah satu usaha mengekang wabak Covid-19.
Kerisauan menyelinap kepada semua  bidang dan ruang. Sebagai contoh kecil, keisauan terjadi pada pentadbiran Masjid yang bakan sahaja  risau  menghadapi kehadiran Ramadhan, bahkan risau, jika wabak  ini berterusan, ianya juga mengganggu dari segi peruntukan masjid bagi meneruskan pentadbiran dan kegiatan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment