KAWAL – TERKAWAL – MENANG !
(Sempena Ulangtahun Kelahiran (21 April) KE 57
Dato`
Dr. Noor Hisham Bin Abdullah KSU KKM)
Kunci menentang Covid-19
Tanpa kelihatan, ialah kawalan
Sebagaimana akronim (PKP) diungkap
`Perintah Kawalan Pergrakan`
Kawal !
Kawal ! Kawal !
Bersih tangan, muka, pakaian
Sering mandi menyegarkan
Kawal jarak satu meter dari berdekatan
Pakai mask elak tersedut virus hembusan
Hormat tangan ke dada tak perlu bersalam.
Kawal! Kawal ! Kawal !
Elak dari hadir perhimpunan
Lebih banyak berada di rumah
Bersama dengan keluarga tersayang
Jangan keluar kecuali perlu
Contoh ke pasar kawal jarak sosial.
Kawal ! Kawal ! Kawal !
Rumah, premis, pejabat, kedai, pasar
Sanitasi nyah kuman kerja berpasukan
Tentera, polis, pertahanan awam, majlis
perbandaran,
Bomba, rela, NGO, sukarelawan orang
perseorangan
Bersih alam sekitar tiada ragu keberadaan.
Kawal ! Kawal ! Kawal !
Segala pergerakan kenderaan di jalanraya
Kapal dari laut dari rapat ke dermaga
Kawal pesawat mendarat
di lapangan
Kuaratin 14 hari jamin tiada jangkitan
Yang lebih mengancam kawal dari penceroboh
Merentasi sempadan elak dari kawalan
Jika terlepas keluar dari jaringan kawalan
Merebak wabak di luar kawalan.
Kawal ! Kawal ! Kawal !
Jangan ada
perbalahan ketidakpatuhan
Semua pihak patuh pada arahan
Kita dalam peperangan, menentukan
Kita mesti menang – Insya Allah.
(Fikrah Bangi: 541),
BBB: 28 Sya`ban 1441H. = 22 April 2020M.
(Rabu).
No comments:
Post a Comment