LETAK ASAS:
ABAD MAJU MALAYSIA
(Fikrah Bangi: 529),
BBB:
15 Sya`ban 1441H. = 09 April 2020-M. (Khamis).
Pada masa PH berkuasa dan memerintah
Malaysia sejak 9 Mei 2018, mereka
menamakan zaman pemerintahan mereka sebagai Zaman Baru bagi Malaysia, tetapi di
dalam penulisan Penulis sekitar Februari 2020, Penulis tidak bersetuju
dinamakan era pemerintahan pada zaman PH memerintah sebagai Zaman Baru dengan
hujah-hujah yang dikemukakan. Nampaknya PH gagal menegakkan `Zaman Baru` bagi
Malaysia dan pemerintahannya bertahan setakat setahun setengah sahaja dan
berlaku perubahan bersejarah kepada pemerintahan sekarang dikenali dengan pemerintahan di
bawah kerajaan Pakatan Nasiona. Pada masa berlakunya peralihan kuasa kepada
kerajaan Pakatan Nasional ini banyak berlaku berbagai perkara yang merubah
sejarah dan pandangan masa depan dunia dan juga negara Malaysia.
Pendemik Covid-19 yang melanda dunia
sekarang mengubah keegoan , khususnya negara yang selama ini merasa diri mereka
lebih kuat, tetapi berdepan dengan wabak Covid-19 meletakkan semua negara di
dalam kelemahan dan berada pada tahap
yang sama antara negara.. Di dalam hal ini Malaysia lebih kedepan selepas China berbanding dengan negara-negara
yang lain, termasuk sebahagian besar dari negara Barat yang dianggap maju itu.
Didalam hal ini , Malatsia masih belum
dapat dikatakan menang menentang wabak
Covid-19, tetapi Malaysia tidak boleh kalah dan seharusnya muncul sama
memenangi dan mengalahkan wabak berkenaan.
Menentang wabak Covid-19, adalah bersifat peperangan terhadap musuh manusia
sedunia. Peperangan ini berbeza dari peperangan konvensional yang mengenali musuh
dan dapat digunakan senjata canggih bagi
memusnahkan lawan sebagaimana berklaku di dalam pepeangan konvensional. Secara
kebetulan peperangan dengan musuh yang tidak nampak ini berlaku betul-betul
selepas seabad berlakunya peperagam Dunia Pertama dan Kedua (1920-2020).
Bezanya kedua peperangan berlaku antara negara dan pemerintah negara-negara
sebagaimana dimaklumi di dalam sejarah. sedang peperangan dengan Covid-19, ialah antara semua manusia
dengan musuh bersama yang tidak dapat dilihat dan berkembang dengan begitu
ganas memakan korban yang banyak sebagaimana berlaku di dalam peperangan-peperangan
convensional. Antara ciri sigmificant, berlakunya penyatuan hasrat umat manusia mau menghapusklan seteru
bersama bernama Covid-19 itu. Sebagaimana disebut hilangnya keegoan
negera-negara yang kuat dengan persenjataan dan eknonomi serta teknologi dan
manusia bersatu menghadapi musuh,. Adalah diharapkan bahawa kerjasama dan
bersatu ini akan menjadi harapan masa depan bagi umat manusia di dunia
seluruhnya.
Di Malaysia sendiri, pada tahun 2020 ini
(Mac) berlaku peperangan politik antara PH dengan yang kemudian dikenali dengan
PN (Pakatan Nasional). Pertukaran politik berlaku secara dramatik yang
melakarkan sejarah tersendiri bagi Malaysia. Perubahan yang berlaku membawa
kepada ujian yang amat mencabar bagi pihak PN bagi menunjukkan kemampuan
menentang musuh bersama termasuk musuh bagi PH. Di dalam hal ini pendekatan
yang diambil oleh Malaysia (PN) dianggap
tepat dan releven dengan apa yang
diambil oleh dunia yang Malaysia dianggap terkedepan. Kemampuan yang
ditunjukkan hendaklah dengan apa cara mesti mencapai kemenangan. Masa yang
pantas dan strategik hendaklah digunaklan. Jika semakin lama masa diambil, maka
akan menimbulkan masalah. Kita mengharapkan kemenangan ini akan tiba dengan
secara yang baik. Kemenagan yang dicapai akan membawa sokongan rakyat Malaysia dan mampu menutup
mulut mereka yang menentang.
Dengan harapan kemenangan, kerajaan yang dikagumi rakyat di atas kebijaksanaan
memerangi musuh negara dan dunia, membuka ruang bagi merangka strategi masa
depan negara. Kerajaan baru jangan
melihat masa depansecara dekad dan baru-lama, tetapi mempunyai wawasan masa
depan yang akan diwarisi generasi secara abad. Iaitu abad yang membawa misi
``Abad Maju Malaysia`` yang membawa mesej rakyat Malaysia hendaklah bekerja
bagi memajukan Malaysia.
``Abad Maju Malaysia` diharap benar-benar
memajukan Malaysia sama dengan negara-negara yang lain yang maju.
Sekian.
No comments:
Post a Comment