April 23, 2020

RAMADHAN YANG DAGANG


RAMADHAN  YANG  DAGANG

Petang ini kita akan menerima kunjungan
Ramadhan yang dagang
Tamu itu akan terkejut
Tiada yang merainya menjelang maghrib
Sebagaimana  kebiasaan
Para  jama`ah memenuhi ruang
Bertambah kejutan ketika azan
Bilal mengingatkan ahli  kariah
Bersolat jama`ah di rumah
Yang datang imam dan siak
Setelah  menutup pintu
Agar tidak dimasuki yang lain
Bertiga mereka solat secara dagang
Berjarak antara jama`ah – bukan kebiasaan
Dan  selepas solat  masjid kembali sepi.

Petang pertama hadir Ramadhan
Adalah petang  penuh kesayuan
Persis waktu maghrib hanya dihadiri tiga orang
mereka dipertanggungjawab fardhu kifatah
Ditanbah mengimarah dengan tarawih
Dilaksana secara ringkas – tidak meriah
Tiada tasbih dan solawat secara bertingkah
Selepas solat tiada  kumpulan bertadarus
Mereka digalak lakukan bersendirian.

Kunjungan  Ramadhan musim Covid-19
Amat mengganggu jama`ah beribadat
Ramadhan  bukan saja dagang
Tetapi masjid dan jama`ah sama dagang
Amat memilukan.

(Fikrah Bangi: 542),
BBB: 29 Sya`ban 1441H. = 23 April 2020M. (Khamis).

No comments:

Post a Comment