April 27, 2020

MEMPERKEMASKAN PENGAJIAN TINGGI


MEMPERKEMASKAN  PENGAJIAN TINGGI
(Fikrah Bangi:  546),
BBB: 04 Ramadhan 1441H. =  27 April 2020M. (Isnin).
Kesan daripada Covid-19 adalah menyeluruh. Ianya melibatkan  sektor ekonomi, pentadniran, perniagaan, agama, sosial dan berbagai-bagai bidang yang lain. Antara bidang yang  terkesan ialah bidang pendidikan. Di dalam bidang ini kita lihat  kesannya seperti penutupan sekolah dan universiti, penarikan dari segi peperiksaan, penangguhan peperiksaan dan usaha bagi menyampaikan pengajaran  dengan menggunakan online dan sebagainya.
Kesan akibat dari Covid-19 adalah bersifat global. Kemusnahan antaranya kematian menuju kepada jumlah suku juta jiwa. Paling banyak berlaku adalah di negara-negara Barat seperti Amerika, Itali, Spanyol,  Perancis, German dan United Kingdom.. Dari segi kemusnahan, bukan setakat kematian, tetapi dari segi ekonomi, perdagangan,  komunikasi, dan sosial, maka ianya merupakan kemusnahan dari peperangan. Bayangkan betapa banyak peruntukan yang dikeluarkan  oleh lebih daripada 300 negara yang terlibat Malaysia sahaja memperuntukkan sebanyak RM26o bilion. Covid-19 adalah merupakan peperangan yang tidak nampak, tetapi kesannya begitu dahsyat. Ianya  Peperangan Dunia ketiga yang datangnya seratus tahun sejak dari Peperangan Dunia Pertama (1920).
Adalah dijangka selepas pulihnya dunia dari serangan Covid-19,  banyak perubahan  norma dan nilai akan berlaku. Perubahan ini juga berlaku di Malaysia. Antara perubahan yang berlaku dan sedang dialami ialah  bidang pendidikan. Antara perubahan berlaku ialah  penggunaan internet di dalam pembelajaran, sumber pembelajaran tidak terhad kepada buku, ruang pembelajaran, konsep guru,  kaedah peperiksaan, bahkan akan melibatkan kurikulum pendidikan. Pendeknya perubahan berlaku dan akan lebih banyak berlaku selepas tamatnya tempoh Covid-19.

Bagi mendepani perubahan yang berlaku dan perlu dilakukan, wajar diperbincangkan sebagai persediaan  bagi menghadapi, bahkan mengisi ruang perubahan yang akan dihadapi. Dalam hal ini kita melihat keperluan kepada `Mengemaskan Pengajian pada peringkat pengajian tinggi sesuai dengan:
a)      Perubahan Akibat Covid-19
Sebagaimana telah disebutkan akibat dari Covid-19 banyak perubahab yang berlaku dari segi ekonomi, perdagangan,  komunikasi termasuklah pendidikan.
b)      Tempoh yang Sesuai
Wabak Covid-19 berlaku selepas  100 tahun dari Peperangan Dunia Pertama (1920). Tiap  kali berlaku peperangan banyak berlaku kemusnahan dan terpaksa diikuti dengan pembangunan kembali dan perubahan. Berikut dari kemusnahan dari `Peperangan Dunia Ketiga`, maka banyak kemusnahan berlaku dan terpaksa dibangun kembali. Bagi membangun kembali wajar dilihat perubahan dan penyesuaian yang patut dilakukan
c)       Sejarah Universiti
Dikira dari perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan  yang menghasilkan universiti pertama darinya (Universiti Malaya – 1959) lanjutan dari Universiti Singapura, ialah UKM pada tahun (1970). Bererti usia universiti dari Dasar Pelajaran Razak hingga kini ialah setengah abad – 50 tahun (1970-2020), maka adalah wajar Faksafah,  Prinsip dan Dasar universiti dinilai dan diperkemaskan sesuai dengan perubahan yang berlaku.
d)      Pemerintah Baru
Berlakunya wabak Covid-19 adalah sebaik pemerintah baru – Pakatan Nasional  memerintah. Dengan adanya perubahan yang akan dihadapi,maka wajar sekali Kerajaan Pakatan Nasional mengambil inisiatif memperkemas dan memperbaiki bidang pengajian tinggi di negara ini agar ianya lebih bermutu.
Pengemasan dan pembaikan pengajian tinggi di negara kita hendaklah bersifat Glocal dan Global. Bermaksud ianya hendaklah berakar pada  tradisi budaya negara ini, tetapi dalam masa yang sama  ianya merimbun  luas dan bersifat global dan internasional.
Sekian.

No comments:

Post a Comment