COVID-19:
RESAH DIRI TULAR DI BANGI
Ia adalah peperangan keluarbiasaan
Pernah menyentuh sempadan diri
Oleh akad sepasang pengantin oleh Imam
Di aras Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm
Kemudian beberapa hari dimaklumkan
Oleh kedua pengantin mereka positif Covid-19
Dan Imam memaklumkan kepada jama`ah
Kes yang dialami secara serius
Menyebabkan jama`ah dalam resah
Masing-masing mengira konteks dengan Imam
bila
Sedang Imam mengasingkan diri 14 hari.
Selepas tular perhimpunan di Masjid Seri Petaling
Punca utama wabak Covid-19
Melalui Singapura dan pelajar pulang dari
Korea
Langsung ke Perhimpunan Seri Petaling
Tular pula di Bangi sebagai satu klaster
Bertapak pula di Sungai Ramal
Dibawa pula Doktor Pengantin
Ke Hospital Teluk Intan di sana
Covid-19
menjangkiti Pegawai Perubatan
Konon lumpuh di sana perkhidmatan.
Kembali ke Bangi dalam kebimbangan
Tiada gejala di kalangan jama`ah jangkitan
Imam
keluar dari pengasingan – bertugas
Al-hamdulillah tiada jama`ah bermasalah.
Berikut dari itu diisytihar Perintah
Kawalan Pergerakan
Masjid ditangguh dari Juma`at dan berjama`ah
Kecuali Imam, Bilal dan Siak menunaikan kifayah
Dan dari 18 Mac bermula tahap pertama PKP
Menggesa semua berada di rumah
Jaga kebersihan dan jarak hubungan.
Masjid Al-Umm disanitasi
Kawalan diperketat demi untuk selamat
Namun kerinduan untuk berjamaah itu
Tetap menyentuh hati tiap kali
Bilal
mengalunkan Panggilan Suci.
(Fikrah Bangi: 538),
BBB: 25 Sya`ban 1441H. = 19 April 2020M. (Ahad).
No comments:
Post a Comment