April 11, 2020

DEMI KESEJAHTERAAN, MENUNTUT KOMITMEN


DEMI  KESEJAHTERAAN, MENUNTUT KOMITMEN
(Fikrah Bangi:  531),
BBB:  17 Sya`ban 1441H. = 11 April 2020M. (Sabtu).

``Kesejahteraan`` adalah amat penting di dalam kehidupan (dunia dan akhirat). Kesihatan adalah salah satu  yang terpenting  di dalam kehidupan berkenaan. Ianya diusahakan oleh individu, keluarga, masyarakat dan negara. Ancaman terhadap kesejahteraan mengundang pertentangan terhadapnya. Contoh yang ketara pada masa ini serangan Covid-19 yang bermula di Wuhan, China dan merebak ke seluruh dunia dan hingga kini melibatkan 185 negara dengan 185,000 kematian.  Dengan 18,849 kematian di Itali,, 18, 022 di Amerika dengan diikuti negara-negara lain, terutama di Eropah seperti di Spanyol, Perancis dan England yang Perdana Menterinya Boris Johnson turut diserang  virus Covid-19.  
Di Malaysia, kes terawal dikesan menurut Dato` Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah  Kemeterian  Kesihatana Malaysia kes terawal dikesan  ialah pada awal Januari 2020 dibawa dari  China Ke Singapura dan virus berkenaan dibawa masuk pada peringkat permulaan melibatkan 22 kes positif yang 16 daripadanya berketurunan China. Lapan hari selepas itu tiada timbul kes.
Berikut dari itu berlaku perhimpunan Jama`ah Tabligh di Seri Petaling pada akhir  Februari hingga 6 Mac yang mencetuskan  ledakan kes  yang melibatkan 67 kematian yang darinya berangkaian wabak ke Simpang Renggam, Johor, Sungai Lui, Hulu Langat dan Bandar Baru Bangi dan merebak hingga Teluk Intan dan Kuala Lumpur dan Selangor sendiri. Satu lagi rangkaian ialah tercetus dari perhimpunan di Gereja di Sarawak melibatkan 41 kes dengan kematian 5 orang.
Pihak Kerajaan Malaydia mengambil tindakan awal dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga 14 April.  Usaha memutuskan jaringan Covid-19 ini melibatkan Kementerian Kesihatan,  Polis Diraja Malaysia, Tentera, Pertahanan Awam, Kementerian Komunikasi, Kebajikan, Perumahan, kerajaan-kerajaan Negeri, NGO.NGO, Rela dan berbagai sukarelawan. Ia merupakan peperangan terhadap musuh yang tidak nampak yang bukan sahaja oleh Malaysia, tetapi juga oleh 185  negara di dunia sebagaimana telah disebutkan.
Penentangan terhadap virus Codib- 19 adalah perjuangan yang sengit dari peringkat awal hingga kini melibatkan 4,346 kes yang dikesan. Daripadanya  1,830 yang dirawat dan 220 daripada merelka sudah di discharge yang merupakan 42.11 peratus kejayaan.  Namun kematian hingga kini berjumlah 70 orang, iaitu merupakan 1.6%, ianya  satu jumlah yang rendah berbanding dengan kebanyakan negara ialah  antara 5 hingga 6%. Walau bagaimana target mau melepaskan diri dari ancaman  wabak Covid-19, mulai dari1 18 Mac masih belum tercapai, sedang wabak ini masih berkembang. Adalah dinasihatkan oleh pihak WHO agar tidak segera mengisytiharkan selamat dari virus berkenaan, kerana kemungkinan serangan kembali boleh berlaku.
Lantaran itu pihak Pertahanan Negara sebagaimana dimaklumkan oleh Dato` Seri Ismail Sabri Menteri Pertahanan  selepas mengambil kira nasihat dari Kementerian Kesihatan dan pandangan berbagai pihak termasuk ibubapa yang bimbang melepaskan anak-anak kembali ke sekolah, maka pihak PKP m,embuat keputusan melanjutkan tempoh PKP kepada  28 April 2020. Adalah diharapkan dengan penambahan masa ini wabak Covid-19 ini dapat dihapuskan atau sekurang-kurangnya  berada di bawah kawalan. Tindakan ini diambil semata-mata bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dari semua pihak.
Bagi mencapai hasrat ini rakyat diminta bersabar, sementara semua gerakan pertahanan dan pengawalan diteruskan, manakala kebajikan rakyat akan terus dijaga. Peranan  ini bukan sahaja  dilakukan oleh Malaysia, tetapi oleh semua negara.  Bayangkan betapa besarnya tindakan dan pengorbanan dari berbagai pihak. Kita percaya semua pihak  melihat, memahami dan mengalami sendiri kegawatan yang sedang berlaku. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain semata-mata bagi  mengembalikan kesejahteraan, ianya semestinya dari usaha kita bersama.
Sekian.

No comments:

Post a Comment